Thursday, February 16, 2012

senyum :)

saya mungkin bukan jenis yang nak mengomel secara direct.oh nampak sesuatu yang tak kena je,terus nak mengomel pumpampumpam.kalau nak bagi opinion atau yang seangkatan dengannya pun,mungkin saya akan cakap sebaris ayat je.sangat tidak sihat,mungkin.

tapiiiiii kalau suruh tulis,hahaaaa (senyum 20 sen)
anis yg tulis feedback pnjg berjela haritu, tkde pape nk cakap ke??

haha.sweet.email mak usrah buat saya senyum solo.entah apa yang saya bebelkan tempoh hari pun saya sudah tak ingat semuanya.kadang-kadang,perasaan itu memang indah diterjemah dengan perkataan kan?

:)




Monday, February 13, 2012

apalahhh sangattt.


sesuatu cerita atau pelajaran itu akan benar-benar larut dalam hati bila aplikasinya terjadi ke atas diri kita sendiri.seperti seorang manusia yang mendengar deritanya sakit jantung akan benar-benar merasa sakitnya jantung apabila penyakitnya datang.jika sekadar mendengar kemahsyuran ABC Frodo di seksyen 2 tanpa merasanya dengan deria rasa anda sendiri,pasti keghairahan anda untuk ke sana hanyalah suam-suam kuku sahaja,bukan?hehh.

begitulah aturannya.begitulah jua dengan pelajaran yang dipanggil namanya 'tarbiyah'.

waktu sembang-sembang matang dengan seorang adik,kami mencapai konklusi yang sama.kami berdua suka travel untuk ke program.sendirian.haha macho kan?

"saya boleh je kak nak minta tolong parents ambil waktu sampai Seremban nanti.tapi saya lebih suka naik bas sendiri.baru adventure kak.hehee"

"kan?barulah terasa ruh tarbiyahnya kan kan?hehee"

mungkin,sesetengah persepsi akan menganggap ianya sebagai satu kegiatan yang membahayakan diri sendiri.dengan keadaan keselamatan negara yang tidak sepenuhnya selamat.tapi inshaAllah,inshaAllah,segala kemungkinan atau risiko bahaya itu cuba dilimitkan sehabis baik.dan inshaAllah,pegang dalam hati kuat-kuat bahawa Allah sentiasa menjaga kita.aman.satu ayat Kak N petang itu sangat melegakan hati saya.

"keadaan masyarakat kita masih belum aman lagi dengan karat jahiliyah.masyarakat kita belum berada dalam situasi saling berkasih sayang seperti mana masyarakat Madinah dahulu.sebab itu,kita sebagai orang-orang yang telah dipilih Allah perlu untuk keluar menjadi agen perubahan yang diharapkan masyarakat.ke arah membentuk masyarakat yang aman"

"Engkau (Muhammad) tidak akan mendapatkan suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,saling berkasih sayang dengan menentang orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya sekalipun orang-orang itu bapaknya,anaknya,saudaranya atau keluarganya.mereka itulah orang-orang yang di dalam hatinya telah ditanamkan Allah keimanan dan Allah telah menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dari Dia"
(58:22)

apalah sangat kebimbangan saya ke atas perkara yang belum pasti atau bahaya yang hanya dibisikkan oleh makhluk yang bertenggek di hati jika nak dibandingkan dengan ugutan & kesakitan yang benar-benar dirasai Nabi,para sahabat & pak syeikh pak syeikh yang terdahulu semata-mata untuk menyampaikan Islam kepada kita sehingga ke hari ini.

apalah sangat T________T

hakikatnya,setiap perjalanan kini mengajar saya tentang tarbiyah itu sendiri.seperti cik mak usrah terdahulu yang juga suka terlepas stesen train (senyum dalam hati) perjalanan yang meletakkan kita untuk bergantung sepenuhnya kepada Dia.perjalanan yang juga menguji kita secara terus tentang apa yang kita belajar waktu daurah.zassss..!

mari buka cerita.petang itu saya merancang untuk ambil bas P jam 5.45 petang supaya mudah untuk puan Emak mengambil di terminal bas nanti.waktu sampai di Kajang sudah jam 3.30 petang.singgah sebentar untuk mengusha rumah Ucu yang katanya ada swimming pool di tingkat bawah.wuhooooo!

"sekarang dah pukul 3.30.bajet masa dalam pukul 5 kita kena gerak dah nak ke shah alam.sempat ke kak nak kejar bas akak ni?'

"ala takpe..inshaAllah,kalau Allah izinkan,jalan lah akak nanti.hehe"

"aah kan kak.letakkan sepenuh kebergantungan dengan Allah"

(dalam hati--> hanya Dia yang Tahu sobsob)

tiba masanya,tettt dah 5.15 petang.sudah naik kereta dan shah alam masih jauhhh lagi.sudahnya,

"takpelah.kita try tengok bas kat Kajang lah"

dan ceritanya,sesat jalan.tak jumpa bayang stesen bas pun.haha

"takpelah Ucu.drop kan akak kat stesen KTM je.akak naik train je lah kot inshaAllah.rasanya ada train pukul 7"

saya pun turun di stesen KTM tersebut.setimpal dengan maksud perkataan rasanya itu,terbuktilah 'rasanya' itu bukanlah suatu fakta.ia hanyalah andaian saya dan tiada tiket train jam 7 petang.semuanya SOLD OUT.sekian.

makanya,saya mengambil keputusan untuk pulang semula ke shah alam untuk kejar bas seterusnya.Allah telah menyusun bas 9.45 malam lah yang ditakdirkan untuk angkut saya pulang ke Ipoh.

alhamdulillah.masih ada tiket kan?masih ada bas kan?masih mampu lagi bergerak kan?

walaupun kadang-kadang terdetik dalam hati,

"letihnya,panasnya KTM ni,aircond tak function ke,aaaaa kenapa tiket habis..."

etc,etc,etc...

tetapi itulah hakikatnya tarbiyah kan?Allah hanya menguji saya dengan sedikit kudrat & titisan peluh yang tak seberapa.tetapi mereka yang terdahulu diuji dengan nyawa & titisan darah,tetap saja mereka utuh.

"tangan yang mengangkat syahadah,tak akan mungkin tunduk pada taghut" (syed Qutb)


itu yang saya dapat dalam daurah.kata-kata Syed Qutb sebelum beliau dihantar ke tali gantung.saya tidak dihantar ke ambang maut pun.apalah sangat yang saya lakukan untuk menjadi golongan yang mahu menyampaikan deen ini pada generasi seterusnya.malulah saya jika dalam perjalanan itu saya mula berkeluh-kesah,merungut,tidak mensucikan hati.maluuuu.

T______________________________T

tarbiyah itu mengajar kita untuk merealisasikan matlamat hati untuk bebas dari unsur jahiliyah.walaupun berdikit-dikit.walaupun merangkak-rangkak.membentuk unsur diri sendiri dan untuk mempersiapkan unsur tersebut sebelum larut dalam masyarakat.tiadalah gunanya unsur itu untuk larut membawa Islam ke dalam masyarakat andai jahiliyah masih belum ditapis secara maksimum kerana dibimbangi kita hanya akan menjadi unsur yang tidak membawa langsung rasa Islami untuk masyarakat.

terduduk sendiri.mari bersihkan hati setiap waktu.

"ya Allah,semoga kami tidak menjadi golongan yang tertapis dari jalanMu ini"



'when in fact all focus should be on ourselves'