Thursday, October 27, 2011

sakit


semoga dunia tak mencampakkan kami ke jurang yang jauh daripadaMu


makin ramai yang demam.
mungkin sebab terperap dalam udara air-conditioner dari pagi ke malam.
mungkin sebab letih.
mungkin sebab tak biasa dikerah tenaga begini.
apapun yang pasti,Dia nak menguji kita.
nak memadam dosa kita pada Dia.
baik kan Dia? (senyum)

A demam panas semalam.panas sangat sampai rasa sebak tengok keadaan dia.panas sangat badan dia sampai terasa diri tak mampu nak berbuat apa sangat.A menangis.mesti dia rindu mak dia.lebih tersentuh hati bila A banyak kali mengucap istighfar.ya memang itu yang perlu kita minta dari Dia kan.minta ampun atas dosa-dosa kita.

Allah,semoga Kau kuatkan A & kembalikan kesihatannya semula agar kami lebih bersyukur dengan nikmat sihat.hari ni jumpa A,dia masih lemah lagi.lebih mengejutkan,tentang analisis ujian darah dia.semoga A tak apa-apa.Tuhan,tolong.


Sunday, October 23, 2011

peperiksaan mengejut

situasi di dalam kelas.
'expect the unexpected' katanya.
seorang guru masuk ke kelas dan zassss;

"I want to conduct a test today which carry 10 % of your assessment"

dush!dalam keadaan terpinga-pinga & for sure tak ready apapun.

tak ready APA-pun.NIL.

memang hidup 'expect the unexpected'.

lalu,kita bagaimana?tak akan nak bangkang kata cikgu.dah lama hidup?ha-ha.kita tak ada pilihan melainkan mengharunginya saja lah.tulis saja apa yang tahu & jangan berhenti selagi masa tak tamat.

coolio.
situasi tidak merujuk kepada sesiapa.

dan hari ini,hari yang seharusnya saya senyum kembang pipi dari pagi hingga malam.kita merancang,Dia juga merancang.nyata perancangan Dia lebih Maha Teliti & Maha Superb.

saya merancang perjalanan famili untuk bergerak dari hotel ke Dewan Agong (er untuk graduasi katanya).saya merancang untuk check out lebih kurang jam 12.tapi as I said,perancangan Dia lebih Maha Teliti.

tet,Ayah tukar plan last minute.

dan saya?

seperti biasa,kelam-kabut.ke sana sini.macam kucing hilang anak (eh?)

sedangkan saya tahu,saya perlu bertenang.

banyak kali saya bisikkan 'sabar,sabar'.nyata,sabar hanya lah di bibir puan sabariah.tak masuk dalam hati,langsung (sedih)

habis beg saya punggah semata-mata nak mencari sepasang stokin.habis segala saya telangkupkan,

hingga ke suatu saat,bila saya terasa sukar benar mahu meresapkan sabar di dalam hati,

saya menangis.ya,dengan bersungguh-sungguh menangis.menangis setelah memeluk mak & ayah *hati berkeping-keping*

saya tahu saya tak boleh marah.saya tahu saya perlu sabar.yet masih sukar nak mengaplikasinya dalam perlakuan hingga semuanya been throw out like heavy rain.

saya terasa kalah.sedih.kecewa dengan perlakuan sendiri.kecewa amat kerana saya menyangkakan sabar itu sudah sebati dalam hati.ku sangka-sangka saja rupanya.kerana saya tahu,nikmat sabar & syukur itu,makam syukur lebih tinggi daripada sabar.maka jika saya kalah dengan sabar,bagaimana saya mahu belajar nikmat syukur?

astaghfirullah hal adzim (sedih amat)

cebisan jahiliyyah masih tersisa.there's something wrong inside me.ada 'bekal' yang masih belum cukup masak.dan saya mula berfikir.

'expect the unexpected'

eh?macam dalam situasi kelas!

Allah akan menguji kita bila-bila masa saja yang Dia suka.bila-bila.tak kira lah kita dalam keadaan ready to go or what not.Dia akan didik kita sesuka yang Dia mahu.kerana faktanya,Dia Tuhan & kita hamba.

maka Dia tak perlu nak tanya kita,
'dah bersedia nak diuji?'
tak perlu.

baru saya tersedar,saya banyak leka.main.tak bersedia nak menghadapi saat-saat cemas.saat bila sabar dalam hati boleh ditarik Dia bila-bila masa saja.masalah kematangan kerana selalu meletakkan matang di paras pelajar darjah 6.seakan Alzheimer yang saya sebenarnya sudah perlu menggalas tugas besar.perlu matang.tak boleh semedang jadi crybaby mak ayah.

kalau assessment 10% pun tak pernah nak bersedia,final macam mana?kalau dah diuji sekecil ini pun seakan kalah,bagaimana untuk ujian besar?

perlu ready.

Allahu.jauh lagi proses tarbiyah saya rupanya.saya selalu bercerita dengan adik I dan sahabat N,kalau dididik secara direct oleh Dia,itu lebih nikmat & hikmat.nyata,kata-kata saya itu benar-benar diuji ke atas saya.saya bersyukur untuk itu kerana pengalaman terus lebih kuat kesannya dalam hati berbanding dengan hanya mendengar ungkapan 'fasobrun jamil' atau 'assobrun minal iman'.nyata bila ditoreh-toreh hati dengan perasaan sukarnya nak mengekalkan tempat sabar di posisi sepatutnya lebih bermakna.lebih ibrah.

syukur untuk itu.ada nasihat?saya harus tidur dulu.sesuka hati saya telah mengambil keputusan untuk ikut mak balik rumah di Perak dan esok saya harus pulang semula ke shah alam dan lusa saya ada test criminal procedure dan saya tak cover apapun lagi.

hey,tadi bukan kata PERLU PREPARE?

ter-ba-ik.