Thursday, April 2, 2009

days of high euphoria



sebelum memulakan bicara,Hana ini untuk ko :D

gambar di atas ni aku ambil sewaktu mereka menunaikan solat Asar,budak-budak ni baru habis sekolah agama dan hari hujan di Bandar TAR.aku dan Syairah bercerita perihal zaman sekolah kami dolu-dolu :)

post ini adalah atas permintaan Cik Hana nun di sana.sebagai balasan kite nak susu lembu fresh dari NZ (erk!ko tak suka susu kan Hana? :p ) mari kita balik semula ke tahun 2001-2005,merentasi masa,membuka ikatan minda yang tersimpul kemas setelah berlalunya zaman paling best di muka bumi ni.disebabkan keputusan UPSR aku yang tak berapa bijak itu,aku diterima masuk ke SMKASR,bumi bertuah aku.sampai-sampai di sana,terus didaftarkan di dorm akak-akak Seniors membuatkan aku cuak untuk menyesuaikan diri.first time aku masuk dorm B1-5,aku ingat lagi,Kak Huda tengah makan goreng pisang dan siap offer aku lagi.tapi,walaupun teringin nak makan,kena berlagak cool la disebabkan masih segan lagi :D aku,Fatin dan Syakirah je budak Form 1 dalam dorm tu tapi sangat best tau!sebab kitorang dilayan dengan pampered sekali.bertuah!haha~ aku sangat suka tidur sebelah Kak Efie,kakak yang sangatlah caring tentang perihal adik-adik.sampai orang tahu aku adik manja Kak Efie,tapi sekarang dah lama tak contact Kak Efie(sedih :( )

dipendekkan cerita,antara perkara-perkara cool yang masih melekat dalam kotak memori aku adalah yes!peristiwa putus bekalan air.sangat best kan kawan-kawan?bangun pagi seawal 3 am,turun padang besar sekolah kita tu,beramai-ramailah mandi kat tepi padang tu.kalau bangun lambat,nanti kena berebut dengan putera pula.hoh,dah lama tak guna istilah itu :p bergilir-gilirla kita membuat tirai kain batik,perempuan kenalah menjaga diri,kan.paling best waktu kita Form 3.sebulan takde air.PMR pun dah makin dekat,selama itulah juga kita semua bersabar,saling tolong kejut-mengejut di pagi hari,saling berjimat-cermat menggunakan air.time tu lah juga terasa kuatnya ukhwah kita kan?dan,dan sangat best waktu PMR sebab kita diberi breakfast yang special.telur separuh masak yang ummphh!apa ya nama mak cik dining kita yang baik hati tu?Mak Cik Mah kan?sangat ramah kan beliau? :)

dan ini pun best juga,Malam Warden.every year batch kita akan berusaha membuat performance yang terbaik.ingat lagi dikir barat Hindustan kita tu Hana dan Husna?haha..banyak je idea budak-budak ni kan?dan bila time kita handle Malam Warden,kita adakan di waktu siang hari pula.dengan fesyen show tajaan Hana,aku segak bergaya jubah koleksi Saadah dengan Syaza.ko pun Hana,apa kurangnya dengan wajah ko yang ayu naturally tu :p kawan-kawan,Hana memang terkenal di sekolah dengan keayuannya.haha~ dan time kita Form 4 jugakla kita sibuk dengan business PUM.pantang bila mana ada je events,ahli Lembaga mulalah sibuk merancang itu dan ini.sangat enjoy berganding tenaga mengangkat barang-barang jualan,mencuci pinggan dan kuali bila tamat jualan,potong-potong buah,kira-kira duit.rindunya kat korang semua!sorry Hus waktu meeting tu,kita cadangkan kamu untuk post Pengurus Pentadbiran.sebab kamu sangat layak! :D tak lengkap rasanya kalau tak sertakan nama Ustazah Arbaayah,warden kesayangan kita semua.nasihat dan leteran beliau sangat aku rindukan.baru aku rasa beliaulah yang sebenarnya banyak membentuk kita.susun kasut sebelum masuk bilik,cadar ditegangkan,cuci toilet waktu gotong-royong,cabut rumput kat kawasan hostel dan baju dilarang bergantungan di depan katil benar-benar membentuk aku untuk sensitif pada keadaan yang berselerak.Cikgu Ros,kalau ada je baju yang berselerak dalam dorm,for sure dalam masa sesaat baju itu akan berterbangan di udara lalu jatuh ke court badminton.kalau bernasib baik la tu,kalau tak,masuk longkanglah jawab nya.mujur baju aku tak pernah menjadi mangsa :)

bila dah Form 5,kehilangan Husna dan Fatin benar-benar terasa.kalau seorang teringat pasal mereka,maka 1 geng akan menangisinya(hyperbola lagi).bila dah dekat raya,1 geng bertukar kad raya.aku simpan semua kad raya korang tau! :) bila nak ke dining,selagi tak cukup ahli,takkan keluar.dan ko kan Hana yang selalu siap lambat.haha~ aku nak mengimbau banyak lagi ingatan kita,tapi Sir Nazim tak benarkan.beliau minta aku baca kes :D

special untuk ko Hana,kita nyanyikan lagu sekolah!alamak,lupa lirik :D nanti ye?Sir menunggu kita ni :D

Wednesday, April 1, 2009

adjournment sine die

seriously,aku blur first time bile dengar perkataan "Adjournment Sine Die".bunyi memang meremangkan seluruh tubuh aku (hyperbola).semalam aku hadir ke satu rancangan diskusi TV9, Hujah yang diadakan di Dewan Seri Budiman ni je.dekat dengan kolej,jadi janganlah melepaskan peluang :D tajuknya berkisar tentang apa lagi kalau bukan krisis di negeri tanah tumpah lahir aku.sebab dah selalu sangat orang bertanya,siapa sebenarnya MB Perak yang sah,kenapa nak memberi alasan untuk tak datang kan?bagi pendapat aku,tetap lagi Dato' Dr Zambri,walau ramai yang mempertikaikan kesahihannya,still itu satu daripada discretion Sultan,kan?Dato' Zambri pun telah membawa kes berhubung kuasa Speaker yang telah mensuspendkan beliau dan 6 orang rakannya dari Dewan Undangan Negeri.selagi keputusan hakim tak dikeluarkan,kita akan terus menunggulah sama ada beliau itu masih lagi Ahli Dewan atau tidak.

sangat bersyukur sebab aku diberi peluang untuk berada dalam landasan ini dan aku sangat suka belajar dari isu-isu yang timbul ini.disebabkan segala assignment dan tugasan-tugasan aku untuk semester ini telah dibereskan dan hanya menunggu semester ini untuk berakhir 3 Mei ini insyaAllah,maka aku pun mengisytiharkan "adjournment sine die" untuk diri sendiri :D

terima kasih TV9 sebab buat diskusi dekat dengan kolej aku.Alhamdulillah.semalam jugalah baru aku faham kenapa keputusan Speaker DUN Perak itu menjadi isu.kamu semua pun pasti tahu,kan?aku cuma nak share,adjournment sine die itu maksudnya penangguhan persidangan DUN atau Parlimen,cuma bezanya dengan adjournment biasa adalah kerana ia diisytihar sewaktu sidang Dewan telah menyelesaikan tugasan mereka dan tiada lagi isu berbangkit.mungkin ada sesetengah pendapat yang akan membangkitkan hujah,apa bezanya adjournment sine die dan prorogation.kedua-duanya diisytihar apabila Dewan telah menamatkan tugasan.perlu diingat,kedua-dua perkataan ini memberi impak yang besar di mana prorogation dilakukan bila Dewan menamatkan sesi dan untuk memanggil Dewan kembali bersidang memerlukan consent dari Sultan vice versa pula dengan adjournment.Speaker punya kuasa memanggil Dewan bersidang bila melibatkan adjournment tanpa perlu consent dari Sultan.nah!aku mula membebel.baik,baik,sila berhenti.harap-harap ada sedikit input yang berjaya aku sampaikan :D untuk details,bolehlah mencari artikel tulisan Tommy Thomas.di situ,kamu akan lebih faham tentang segala istilah-istilah persidangan Dewan ini.

esok,plannya nak ke Rumah Soleha di Bandar Tun Razak,menziarah adik-adik di sana.Alhamdulillah Komie dan Hawa bersetuju akhirnya untuk turut serta setelah dipujuk rayu aku.haha~ jadi,semua sekali 6 oranglah yang akan berhimpit dalam kereta Kak Farah esok hari.semoga Allah menyempurnakan niat kami,insyaAllah.



mari ke sekolah!



ikan Syairah:Rei,Kenzu,Masau,Erie,mereka comel!

p/s:Fai,jom ikut lagi! :D