Saturday, March 14, 2009

sometimes,we need a fireman :D

malam yang sangat serabut,secara tiba-tiba aku rasakan.membuak-buak api kegelisahan itu.disebabkan test yang menghampir atau diakibatkan perasaan lone ranger itu.duduk tak kena,nak makan,dah terlebih kenyang.so,aku tarik nafas dalam-dalam.tak lama kemudian,encik bomba datang menghulur bantuan dengan siraman email beliau.oh..terima kasih encik bomba.kamu memang telah mengurangkan api kegelisahan yang semakin merebak.hasilnya,aku kini lega.terima kasih! :D

"Sebab ALlah dah kata usaha dan tawakkal tu kena seiring.kalau anis dah usaha, pasti anis sentiasa tawakkal, mesti boleh buat. Allah itu Maha Adil, pasti Dia dah hitung sebab-musababnya kenapa anis xdapat jawab, buat. Pasti rezeki Anis ada, InsyaAllah. Kita doakan anis slalu :D "



..[encik bomba segak yang berkhidmat untuk society]..

aku perlukan tips cara belajar yang berkesan.aku nak jadi Sir's expected student.sangat teringin untuk sampai ke tahap itu :( pesan Husna,niatkan kerana Allah.ya,aku berusaha sebegitu.adakah tips lain yang boleh kamu sarankan?

kamu punya cara?

Friday, March 13, 2009

untuk Husna yang jauh di sana ^-^

Husna adalah kawan baik aku sejak Form 1 lagi.kami tak pernah lupa mengirim kad raya saban tahun hinggalah kami mencecah usia 17 tahun.aku simpan semua kad-kad raya Husna,dia lah pengirim kad raya tetap aku,kan Hus? ;)

dia kini jauh nun di Bumi Egypt,mahu jadi doktor katanya.harap-harap Hus dapat berkhidmat untuk misi kemanusiaan,ya?aku lihat banyak perkembangan positif dalam dirinya,dia makin banyak mengumpul ilmu-ilmu agama,itulah untungnya belajar di bumi berkah kan?Hus,boleh share dengan kite nanti eh.aku tertarik dengan bait-bait ayatnya;

"Saya garu lagi kepala yang tak gatal.Baru tadi otak berfikir.Mahu ke mana cuti-cuti begini sedangkan dalam sehari saja sudah dua tempat saya pergi.Dan kedua-duanya memberi makna paling hebat pada saya.Astaghfirullah.Kadang saya jadi terlupa pada rancanganNya.Bukankah perancangan Dia yang terbaik?Ini buktinya.Jika tidak mungkin saya berada di rumah saja malam itu.Sibuk mengemas barang melancong barangkali.Oh saya perlu habiskan bacaan Syabab Musafir Kasih sebelum pulangkan pada tuannya.Pergi dulu."

boleh jadi ayat novel tak?hee~ Husna tak jadi melancong ke luar negara atas sebab mengikut dalil yang mengatakan perempuan tak boleh bermusafir tanpa mahram.jadi,plannya menjadikan melancong sebagai hobi barunya dicancelkan.sangat terharu melihat Husna dalam versi yang ini.bertanya dalam hati,"aku mampukah begitu?"

ini dia request kamu Hus,akan kite penuhi,tapi boleh tak main tipu sikit? :p

1.Go to your photos folder in your computer.
2.Go to the 6th folder of photos.
3.Go to the 6th picture in that folder.
4.Put the picture on your blog and describe about it.
5.Invite six friends to join the challenge.
6.Link them in your blog and let them know they have been challenged.




ini bukan gambar ke-6 tau.ini gambar ke-5.aku suka gambar ini hingga menjadikan ia sebagai desktop background.bukan kerana siapa pengantinnya ya,tapi aku suka melihat keindahan penyatuan 2 hati itu.huu~ mereka ada connection dengan Cik Cookie roomate aku,dan mereka baru mencecah umur 22 tahun.tapi,mereka nampak matang,kan?

dan rewards untuk kawan-kawan aku,6 orang yang akan ditag;
  • Hawa
  • Komie
  • Cookie
  • Angah
  • Izan
  • Fairuz

Thursday, March 12, 2009

cinta ex-parte yang mendera,bertahanlah!

pernahkah kamu mengalami situasi seperti yang aku alami ini?mengejar sesuatu tapi ia seolah semakin menjauh dari kamu.itulah cinta ex-parte ku,cinta aku yang bertepuk sebelah tangan,dengan dia.



..[ini dia cinta hati saya,buku Contract by Datuk Visu!]..

aku sangat cinta pada dia,subjek Contract aku.cinta aku sudah bermula sejak zaman foundation aku lagi.ditambah dengan cerita Madam Irma tentang pengalamannya bekerja dengan syarikat di sebuah pelabuhan,menguruskan contract itu dan ini,sejak petang itulah cintaku pada Encik Contract mula bersemai.aku memasang cita untuk menjadkan ia sebahagian dari hidup aku kelak.

tapi,ternyata,semakin aku kejar ia,semakin ia menyerabutkan aku.semakin ia mendera aku untuk memahaminya.bila aku semakin mendekatinya,hingga aku merasa teruja mendalaminya,sampai di hujung chapter,dia menyerabutkan aku kembali.kenapa wujud istilah Quantum Meruit itu?tapi aku takkan mengalah.teringat Cik Fairuz dan Angah yang sedang bergelut dengan cinta hati mereka di sana,plus dengan nak menyesuaikan diri dengan suasana di oversea,pasti lebih mendera,kan?lantas,aku memutuskan untuk mendapatkan khidmat kaunseling dari Miss Dora(Syairah) petang ini,supaya hubungan aku dengan Encik Contract yang semakin goyah ini bertaut kembali.semoga proses conciliation petang ini berjalan lancar.mudah-mudahan,Alhamdulillah :) doakan aku ya!

p/s:Angah,macam mana nak belajar dengan tenang?tolong bagi tips! :p

Tuesday, March 10, 2009

Baru saya tahu!

Pertama

Sir Nazim seorang lecturer yang sangat concern tentang student.Why did I mention Sir's name again and again,don't ask me whatsoever ok! :) kami belajar as usual tengahari tadi,menelaah kes itu & ini,menjawab soalan2 Sir walaupun aku tahu kami belum mencapai Sir's expected level,tapi pelajaran dan sesi soal jawab perlu kami teruskan demi memastikan kelangsungan belajar,kan?

aku rasa sangat senang hati dengan Sir hari ni.why?sebab kami telah dileter oleh Sir hampir 15 minit (maybe more than 15 minutes) only caused we didn't reached his expected standard of students.aku nak kongsi apa yang Sir cakap.

"You're in the university level,don't expect me to feed you with all those things,you're just come to class without analyzing your case,etc,etc.."

actually ayat sebenar Sir tak la begitu.aku summarykan sedikit.betul kan pesan Sir.Sir sangat risau kalau kami tak manage untuk jawab final exam dengan baik nanti.berulang kali dia cakap,"I'm so worried about you people".kamu tahu,analisis kes itu sangat tough bagi aku.membaca judgment judge yang panjang lebar itu dan nak digest untuk dapatkan keywords dia itu sangat memerlukan bacaan melalui hati.even some will said that Consti is a simple subject, but whoever entered Sir's lecture will feels like we're like in the LLB level.bagi aku,jangan harap dengan sekali baca saja boleh digest all the hidden facts beyond the words.this is really a world full with the beauty of hidden language!tolong jangan give up kan saya Ya Allah.berilah saya peluang untuk menjadi student yang menyenangkan hati guru-guru saya.

apapun,aku sangat bersyukur punya guru seperti Sir.beliau telah membuka minda aku untuk memajukan orang Melayu especially and throw away the so called "minda kampung".jawab saja apa yang Sir tanya tanpa perlu takut betul atau salah.there's no right or wrong answer in this field,kan Sir?hee~ betul cakap cookie,hari ni Sir nampak seperti seorang abang yang risaukan adik-adiknya.kami dileter dengan penuh sifat keabangan.

Kedua

cakaran kucing boleh sebabkan tumor?
Yup!kawan aku baru lepas buat operation sebab terkena jangkitan kuman dari cakaran kucing.kesian kawan aku tu,3 minggu tak datang class.aku tengok sendiri parut operation dia itu,memang nampak sakit.adoi!dan secara tak sengaja,aku telah tercepuk tempat operation dia itu.tu lah,lain kali jangan mengusik aku.huhu..sorry kawan :( nasib baik luka operation tu dah makin sembuh dan tak la terasa sangat tamparan manja aku tu.bahaya kan kucing ni,bahaya dalam diam.so,kepada penggemar kucing,hati-hati ye time korang main dengan kucing.cuci tangan lepas main dengan diorang,if ada luka cepat2 sabunkan tempat luka tu.gunalah DETTOL!duta tak bertauliah :D kepada kawanku itu,jaga dirimu ya.sangat risau melihat kamu semakin kurus.dah la da memang kurus,bertambah kurus lagi.agaknya aku je yang semakin membulat.

Kesimpulan:
Sir,saya nak jadi the expected student of yours![angkat tangan tinggi-tinggi :) ]