Monday, April 23, 2012

pohon yang menjulang tinggi-part 2

bismillah

I know I should reading my law books now and finish up my assignment by tonight.but yeah,bila perasaan menguasai ketelusan otak untuk berfikir dengan rasional,maka terjadilah resolusi ini:

'hey I should continue blogging for my part 2'

=____________________________=

maka,mari betulkan niat sebelum menulis.saya tahu bahasa saya sukar difahami,tapi semoga the very gist of it sampai ke hati anda (tock tock,mesej nak masuk hati boleh?)

'apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", dan mereka tidak diuji?' (29:2)

baca banyak-banyak-banyak kali.

saya selalu highlight point ini pada kanak-kanak ribena saya;

mari bersyukur.dalam banyak-banyak tahun pengajian kita,Allah pilih final year untuk kita melaju dalam gerabak tarbiyah.dalam banyak-banyak tahun yang sebelum ni kita berfoya-foya dengan zaman BLS,final year ini juga yang Dia pilih untuk kita membina rijal.

Allahu.ini sangat filter.

filter?

ya.manusia memang akan diuji dengan nikmat masa lapang.dan saya juga percaya,diuji dengan masa sibuk juga satu ujian yang sangat 'mengujakan'.semua orang boleh claim title busy dengan kerja sekolah melambak,jadual pack,consultation hours dengan lecturer dan bagai-bagai lagi.hakikatnya memang hidup seorang student begitu kan?

tapi,sejauh mana kita memaknakan hakikat 'busy' itu dengan masa kerja tarbiyah kita pula?adakah alasan-alasan busy itu justify enough untuk kita claim di hadapan Dia nanti bahawa "Tuhan,aku terlalu sibuk dengan urusan dunia.berilah aku excuse"

hey,berani keeee?

inilah filter kita.filter untuk menapis golongan-golongan yang benar-benar faham hakikat penciptaannya.golongan-golongan yang mengangkat kesaksiannya.golongan-golongan yang mengerti dakwah ini suatu kemestian untuk melestarikan generasi seterusnya.ke arah memahami islam yang syumul.dan untuk mereka yang faham itu,busy study itu hanyalah satu gangguan yang perlu ditapis menggunakan pemukul lalat (ala ujian kecil je.eh?)

baru busy study beb.belum diganggu perasaan dengan ujian dipenjara,dipukul dan dicemuh lagi (uhhh sentap)

bukankah golongan muhajirin dulu telah Dia uji dengan pelbagai tekanan ketakutan,kehilangan jiwa,kesakitan dan hasilnya,lahir golongan core group itu yang mampu meneruskan dakwah dan menyampaikan Islam pada kita hingga ke hari ini.

kita?ala setakat busy final year student,hey sangatlah kacang botol cap king je tuuuuu (check hati-masih bernafas?)

saya tahu,kalau kesibukan itu hanya melibatkan kita sebagai individu,mungkin kita boleh settle kan dengan reschedule jadual atau stay up lebih dan minus sleep hours kita.tapi bila ia melibatkan kerja firm (kerja berpasukan) yang memerlukan munculnya wajah kita setiap kali meeting & discussion,itu extra filter.mungkin.

saya pernah ajukan pertanyaan itu pada puan naqibah.kata beliau;

itu extra training yang saya dapat dari Dia alhamdulillah.itu akan mengajar saya teknik untuk berdiplomasi bersama rakan sekerja nanti in future inshaAllah.bagaimana untuk saya menyusun kerja dan kata-kata (pastinya) agar tidak ada yang berkecil hati atau merasakan saya mengabaikan mereka (wah).

seriusly,kerja bukan masalah besar saya sekarang.masalah saya adalah bagaimana untuk memastikan kerja dnt ini tidak menjadi fitnah buat mereka.amat lah gugup sekiranya mereka merasakan kerja dnt ini menyebabkan saya mengabaikan kerja firm.aduhhhhhhhhhhhh. mohon tidak.

diselangi dengan pelbagai drama hati saya itu,Dia tetap menganugerahi beberapa berita yang membuatkan saya berasa-->

'jalan dakwah ini memang sangat lara.tapi yakinlah,di sepanjang jalan itu,Allah pasti akan memberi kita berita-berita gembira tanpa kita expect pun.'


class cancel tetibe di saat kita belum fully ready dengan revision.second chance to do some amendment dengan course work.dan banyakkk lagi.semua yang kita tak expect untuk kita dapat pun.sebab bukan kita yang control takdir kita pun,kan? (senyum)

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.

'apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", dan mereka tidak diuji?' (29:2)

ujian itu lumrah.bila kita dah pass exam untuk third year,maka akan ada fourth year.bila kita merasa telah kuat untuk sesuatu perkara,maka kita akan diuji dari sisi lain pula.

sesuatu berita yang baru kita terima,di awalnya kita merasa sangat-sangat tak mampu untuk melaluinya.sangat-sangat berasa lemah.sangat-sangat buntu untuk langkah seterusnya.maka saya mengambil keputusan untuk tidur.

3:154

sedikit ketenangan itu,semoga membuahkan semangat untuk saya kembali melangkah.di suatu saat itu,Dia akan menyedarkan kita akan hakikat,tempat kembali hanya pada Dia.u-turn pada Dia.

"anis, jagalah Allah tak kira susah atau senang, nescaya Allah akan jaga kita tak kisah senang atau susah. jika manusia dh bosan dengar rintihan kita, Allah tak pernah bosan. insyaALLAH kite doakan anis. kuat yea anis! ♥"

mungkin ada part 3.haha sila berharap.sila jaga diri.semoga cuti tidak memfuturkan kita.