Friday, October 9, 2009

Welcome Final!

Jeng,jeng,jeng!
Jadual exam sudah keluar ya kawan-kawan.

25th Oct :Land Law 1
1st Nov :Criminal Law 1
4th Nov :Administrative Law
10th Nov:Equity & Trust
14th Nov:Alternative Dispute Resolution

17th Nov:Kembara Gunung Ledang(ini bukan final ya.haha)

Apa tunggu lagi?Mari berdrama!Mak Ayah,ampunkan dosa anakmu ini.Sila ke hadapan segala tong keropok,biskut dan tongkang pecah.Jangan lupa baca Quran sebagai penguat semangat,inshaAllah :)

Bethoven,oh!

Secara tiba-tiba,entah kan demam atau sakit atau jatuh cinta,
Cinta dengar pertama kata orang,
Habis semua playlist Bethoven saya mainkan,
Imeem digeledah semuanya,
Sambil konon-konon baca Equity,
Juga sambil-sambil teringat babak-babak dia menyanyikan lagu Bethoven dalam class,
Barulah datang mood kan,
Bethoven Symphony no 5 ok,
Bethoven,oh!
Bethoven memang sesuai dengan jiwa Equity agaknya(sungguh tidak bermotivasi ya),

Sir,kenapa ajar saya part Bethoven juga,sungguhlah mudah terpengaruh muridmu ini,haih!

Monday, October 5, 2009

Proses pemanasan hati.

Bila segalanya kita lakukan kerana kasihkan saudara seakidah,
Kerana sayangnya yang tiada ruang lingkungan,
Hingga tangisnya kita sambut dengan deraian air mata,
Salju beku jiwanya kita rasa bak bongkas ais yang tak terkalahkan,
Hingga terasa mahu mengalirkan seluruh tenaga Sang Suria kepadanya,
Agar dia melalui proses pemanasan itu,
Dan kelak menyilau seperti ketulan emas yang tersedia setelah dilebur,
Hasilnya dipuja.
Lalu,apa tujuan hidupmu?
Satu,redha Tuhan dan selamanya tetap satu.

Terus berjuang teman-teman,untuk assignment,final exam,paper work,lab report,tests,presentation,etc (setelah meneliti situasi di sana-sini yang haru-biru dengan tanggungjawab masing-masing :D ) Tahniah Adik Sharihana telah submit essay anda ;)

Saya quote ini dari buku yang baru saya beli semalam;

"Sebenarnya cinta Sang Penerang hati menjadikan para pencinta terjaga sepanjang malam tanpa tidur dan makan.Oh kekasih,jika engkau seorang pencinta,jadilah seperti lilin di sepanjang malam,membara dalam kesenangan hingga pagi menjelang"-Rabiah al-Adawiyah & Mabuk cintanya kepada Sang Khalik,Abdul Mun'im Zandil.




"Betul,betul,betul."

Dari hidup yang mulia menuju mati yang syahid,yosh!

Sunday, October 4, 2009

I wish I could be there,besides you.

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Waktu dia mengkhabarkan,saya terasa mahu menangis,
Bukan kerana sedih,bukan berduka,
Tetapi terharu bercampur gembira dan sedikit iri,
Kerana dia kuat di jalan dakwahnya,
Kita tidak begitu dekat kan?
Kita mula kenal erti persahabatan di alam maya ini,
Tapi Allah telah menanam rasa rindu setiap kali saya menatap gambarnya,
Mungkin dia tidak tahu,
Betapa banyak gambarnya telah saya simpan,
Betapa saya kerap menatapnya,
Biar dikata mereka pelik,biar dicanang orang apapun,
Biarlah saya melepaskan rindu saya padanya dengan cara itu.

Dia semakin dewasa kini,
Meninggalkan saya yang masih merangkak dan bertatih,
Satu jam bicara dengannya kali ini menambahkan lagi kecintaan saya padanya,
Cinta yang bukan kerana parasnya,
Bukan kerana jauh langkahnya,
Tetapi kerana hatinya,
Hatinya yang sentiasa mencari ketenangan,
Hatinya yang sejuk dengan limpahan Nur Ilahi,
Hatinya yang mudah terkuis bilamana debu dosa menghiasi.

Dia,
Baru saya tahu lembut jiwanya,
Runtun hatinya,
Bergetar hebat akalnya,
Kerana dia tetap bergelar seorang perempuan.
Saya merasa sama getaranmu,
Mungkin senada getaran di Bumi Sumatera kini,
Entah mengapa,
Terasa mahu mengusap bahumu agar kau bisa teguh kembali,
Melakukan segala apa cara,
Demi hatimu sembuh dan riang seperti ada nya dulu,
Hanya satu,untukmu "dia",
Peganglah kata semangatmu,
"Allah Bersama kita".

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”
(Al Anfaal ayat 63)