Sunday, September 18, 2011

dunia looks like buzy I

saya berharap saya punya lebih kemahiran lembut (baca: soft skill) dalam mendekati manusia.bukan kucing semata-mata.

saya berharap bibir saya lebih murah dengan senyum dan lidah saya lebih ringan dengan tutur kata yang baik-baik.

kerana saya suka melihat hadek-hadek yang sedang membangun.

dakwah mereka secara stylo.spontan.efektif.

tak perlu nak duduk secara proper dalam bulatan gembira.
(oh tapi bukan maksud saya tak perlu bulatan gembira)

cumanya kadangkala untuk meng'approach' mereka yang alergi dengan term bulatan gembira,kita perlu kemahiran lembut itu.

untuk menyulam hati manusia dengan ayat-ayat tarbiyah secara spontan.

melalui perbualan.gurau-gurau ringan.akhlak mereka.
tapi isinya ada.kesannya ada.yang kembali cepat-cepat ingat pada Dia ada.

dan saya harap saya lebih jadi ramah bertempat selepas ini.

"kita kena support orang yang belajar.sebab dia belajar untuk Allah" (adik I)
(sambil menghulur kuih raya)

tanggungjawab utama kita kan khalifah :)

khalifah (2:30)--> berpesan pada kebenaran & kebaikan (103:3) --> dakwah