Tuesday, September 30, 2008

dua dunia berbeza

post sebelum raya.hoho~

29th september 2008,Alhamdulillah,dimurahkan rezeki & diberi kelapangan untuk join encik afifi ke ipoh,bought some raya's stuff ;) syukur juga,dapatla saya beberapa helai baju raya baru sumbangan abang saya yg baik hati.ehe~

namun,bukan itu yang menjadi fokus utk entry kali ini.fokus saya adalah pada panorama manusia yang saya lalui tika sinngah solat di masjid negeri ipoh perak.bermula alkisah:

tiba di masjid around 230 pm.oh..sudah terlambat untuk solat zohor.bergegas turun dari kereta,menapak ke arah bilik wudhu' wanita.di pertengahan jalan,disapa oleh seorang lelaki.tidak dapat dipastikan status kewarganegaraannya,but i think he's bangladeshi.huh~

"dik2,ada syiling tak?"
"syiling?rasa cam takde je"
"oh..yeke.dompet saya hilang la,ingat nk buat phone call"
[seperti bersimpati pula]
"oyeke..haa..ade kot.jap,saya cek.haa..ade2.5 posen je la"
"ok2..boleh2.duit kertas ada dik?seringgit ke?"
[eh..td ckp nk buat phone call,apa kaitan pula dgn note seringgit?]
"erm..ada"
"boleh pinjam tak?dua ringgit pun boleh"
[eh?da bagi betis,peha pula diminta*sekadar peribahasa*]
"takdela,seringgit je ada ni"
"ok2,takpe2.trime kasih"

saya berlalu.perasaaan takut mula menyelebungi.dalam hati,saya tertanya,apa motif lelaki itu sebenarnya.apa benar dompetnya hilang?atau sekadar taktik m'perdayakan saya yang sememangnya lurus dan mudah tertipu?Istighfar dipanjatkan,jangan kamu bersangka buruk dengannya.kesimpulan,anggapla benar dompetnya hilang,jika tidak,itu urusannya dgn Allah.duit itu pun,walau kecil nilainya,bukan milik saya.segala pemberian itu hanyalah pinjaman semata dari Dia yang Maha Kaya.

langkah diteruskan.melintasi bilik wudhu' lelaki.kelibat seorang warga emas yang kurang upaya menarik perhatian.umurnya mungkin sekitar lewat 50an.tidak mampu berjalan,hanya mengengsot,namun gigih berusaha menunaikan tanggungjawabnya.saya fikir dia baru usai mengambil wudhu'.kagum dan bangga,masih ada insan sepertinya.tiba-tiba,melintas seorang lelaki,menghulurkan sehelai duit kertas kepada pak cik tersebut.pak cik kelihatan terpinga,pelik tapi benar.mungkin pelik,dia tdak mengemis atau meminta-minta,tapi ada tangan yang bermurah hati menghulur bantuan.pak cik seakan tidak mahu menerima,mungkin berlanggaran dengan prinsip hidupnya.saya fikir,walau dalam keadaan dirinya yang kurang upaya itu,dia masih lagi mahu b'usaha dengan kudrat yang sedia ada untuk mencari sesuap rezeki,tidak sesekali akan mengemis atau meminta-minta.ya!itu yang saya fikirkan tentang spiritual pak cik itu.namun,setelah dihulur dan seakan didesak untuk menerima,pak cik itu akur.terimalah pak cik.rezeki dari Allah :) saya meneruskan langkah dan meneruskan misi solat zohor.hoho~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


apa yang ingin saya kongsikan di sini,dua karekter manusia yang berbeza keupayaan dan berbeza penyelesaian 'survivor' mereka dalam hidup ini.saya tidak ingin untuk berbicara dengan lebih lanjut,tapi yang pasti,kamu semua dapat berfikir secara kritis mesej yang ingin saya sampaikan*ala-ala iklan petronas :p* tentang berbezanya dua manusia dalam dua dunia berbeza.

"diskriminasi menjatuhkanku,reputasiku diam membisu"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


akhir kalam,mohon maaf zahir batin.correct me if i'm wrong~

Sunday, September 28, 2008

l luv eid cards :)

2 hari lg hari raya bakal m'jelma.ada prasaan sedih,teruja,tertanya2,terpingu-pingu,tersipu-sipu (oh..prasaan~) namun Ramadhan ini ana rasakan masih serba kekurangan lg,sesuatu yg x dpt ana penuhi.duhai diri,lemahnya dikau..

pabila raya m'jelma,sumthing that i must wait each year.the eid's card.heh..but this year,seems that i'd only got one.jadila dari takde.ehe..thanx angah,nice card,nice words :) zaman moden ni,orang da x layan kad raya.ayte?maybe cam leceh kut.but,i prefer this traditional way.satu kepuasan untukku :)


..[to the sender,thanx! :) ]..


..[from zaman mude2 dlu,miss those time frenz]..

di kesempatan ini,dh x sempat ana nk pos kad raye kt orang.sory beb :p
neway,salam lebaran..maaf zahir batin.doakan kita pjg umur,insyaAllah b'jumpa dgn Ramadhan lagi nex year.jgn lupa,exam around the corner (oh..tidak!)

salam p'habisan untuk kali ini.yosh!

Wednesday, September 24, 2008

going home.wee~

akhirnya 26 september menjengah tiba.plusliner yg ana tunggu seakan melambai, menjemput ana menaikinya.sabar ye bas.hee~


..[tiket bas yg teruja utk digunakan]..

namun,tatkala kita semua b'gembira ingin pulang ke rumah, sedarkah kita Ramadhan menuju ke penghujungnya.Ramadhan oh Ramadhan..sekejap rasanya kau menziarahi hari kami.tak sempat rasanya untuk kami menjamu malam mu dengan ibadah yg patut.tak tercapai rasanya target ana untuk menjadikanmu tetamu istimewaku buat sepanjang tahun.maafkanku Ramadhan..semoga di kesempatan yg akan datang,kau tidak jemu menziarahku Ramadhan :)

garfield,tompok,kechik,itam,comel dan anak2nya,tggu kite!rindu nk bg korang makan.uhuw~ mari kite beraya bersama.ehe..


..[beebee pun nak balik kampung]..

cookie..nk kuih raya kelantan.cicah budu eh.bestla dpt merasa mkn budu.thanx to cik nor juga.sesungguhnya,kami warga2 perak dan kedah menghargai jasa baik anda berdua :) haa..buat cookie,ckup2la dgn brite "tarik nafas" anda itu.malu saya.waa~
selamat pulang ke kampung.hati2 di jalan raya dan ingatlah org yg tersayang :)

Monday, September 22, 2008

bersabarlah hatiku sayang~

entah mengapa terasa ringan tangan ku utk menulis hari ini.memandangkan clas arab yg hny b'langsung kira2 15 minit,ana pun b'gegas pulang ke hostel,m'cari sources utk constitutional law mulanya.Alhamdulillah..after consultation with mdm,clear sedikit step2 yg perlu ana elaboratekn.

hati ini menangis lg smlm.entah mngapa,tatkala suara ibu ku dengar smlm, seakan sayu rasanya.mengapa mak..mengapa kita diuji sebegini rupa?namun ana teguhkan hati."Allah takkan menguji hambaNya melainkan mengikut kemampuan mereka". dan tidak berimanlah seseorang itu sekiranya dia tidak diuji.mungkin inilah caranya Allah mentarbiah hati kita mak,dgn air mata.supaya kita kembali sujud pdNya,supaya kita tidak lupa bahawa di luar sana masih ramai lg insan yg lebih b'duka dr kita.Alhamdulillah..terima kasih ya Rabb.kuatkan hati kami ya Rabb :)

Thursday, September 18, 2008

from Palestine to Malaysia

From Palestine to Malaysia: An Imam’s advice to his students!
Syeikh Mohamed Mahmoud Seyam-Former Khatib of Mosque al-Aqsa
16th September 2008 at Dewan Kuliah Utama Akedemi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Photobucket

Alhamdulillah..segala perancangan ana,hafsah & cookie berjalan lancar. Kami telah selamat sampai ke bumi shah alam setelah semalaman mengikuti pengalaman berharga yang kami kira takkan kami lupakan. Syukran Ya Rabb atas nikmatMu :)
Petang itu, after MLS lecture with prof Ibrahim, ana,cookie, hafsah & k.farah bergegas turun ke bus stop, mengejar masa yang telah menunjukkan jam 5.40 ptg. Kami telah terlebih dahulu menunaikan hak Allah ke atas kami(solat Asar) tika waktu kuliah. Maafkn kami Pak Berahim, keluar seketika waktu kuliah prof. bimbang sekiranya kami terlepas bas yang semakin ketandusan di bulan barakah ini. Hampir 10 minit kami menunggu, x Nampak bayang bas pun. Akhirnya, ana lihat kelibat kuning..ya! bas Triton. Alhamdulillah..jadila. walaupun sempit dan padat,tetap boleh menumpangkan jasad ana. K.farah, cookie & hafsah tak dapat naik sama disebabkn keadaan yg sudah terlalu padat. Ana pun sekadar muat-muat b’diri di gigi pintu bas dan melekap di cerminnya bak seekor cicak yg melekap kata cookie. Lumrah la, b’himpit dlm bas free. Sampai saja di seksyen 2, trus ana beli juadah b’buka utk kami b’empat, bimbang tidak sempat tiba sebelum waktu maghrib.

Alhamdulillah sekali lagi, masih kelihatan kelibat U80 yg menanti penumpangnya. Urusan kami dipermudahkanNya dan masih ada kerusi yg kosong buat kami. Perjalanan diteruskan, jam 7 ptg kami sudah memasuki daerah kuala lumpur. Setibanya di stesen university, ana, cookie & hafsah trun. K.farah tidak turut serta kerana beliau ingin ke UIA kerna ada janji yg perlu ditunaikan katanya. Kagum pada dirimu naqibatku.. ana mengepalai rombongan. Kring~ [handphone berdering, sound efek yg lebih ni :p ]

“k.farah?nape ni?” getus hatiku. Panggilan dijawab.
“anis..anis nk jalan ke mana tu?nk menapak masuk UM tu?”
“aa?anis salah jalan eh k.farah?adeh..kena lintas jalan kan?”
“a’ah.tggu cab kt stesen universiti tu”
“ok2..time ksh k.farah,anis lupe plak k.farah dh ajar td.hehe..” salam diberi.

Nasibla ada k.farah membantu.kalo x,ana dh meletihkan teman2 ana ni jalan jauh. Ibarat rusa masuk Bandar kami ni :p setibanya di UM, kami trun di kolej ke 11. Rupanya, API terletak agak jauh dr kolej ke11[if naik kereta x rasa jauhla]. Kami salah trun rupanya. Menapakla jwbnya. 3,4,5 tapak..kami t’lihat kelibat sebuah kereta kancil. Pemandunya m’berhentikan mobilnya, seorg lelaki, b’tny kami hendak ke mana. Mungkin dia nampak beg2 kami yg buncitni. Kebetulan saudara itu juga menuju ke tmpt yg sma seperti kami lalu m’pelawa kami menumpangnya. Kami segan, tp memandangkan waktu mghrib yang akan masuk seminit dua saja lg dan kami yg tak tahu jalan ke API, kami terima pelawaannya. Rezki ;)

Photobucket
..[ifthar jama'ei,time ni cookie wat air tumpah.bocor rasia anda ;p ]..

Photobucket

Photobucket
..[with hafsah&rum8 saya yg 'biskut']..

Photobucket

Dipendekkan cerita, usai solat tarawikh dan witir, kami dijemput ke dewan kuliah utama API. Sahabat2 di API ramah belaka. Setelah mengetahui kami dtg dr uitm, mereka memberi ciuman ukhwah yg masih ana rasakan kekuatannya hingga saat ini. Terharu ana, diberi layanan sebegitu rupa. Kesemua mereka memakai jilbab labuh dan air muka mereka terpancar kejernihannya, Alhamdulillah. Kalian bertuah m’jadi insan terpilih :)

Photobucket
..[moderator]..

Ketibaan tetamu undangan disambut dgn bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. terasa rindu ana pd kehangatan suasana sebegitu. Lama rasanya ana memendam rindu pada suasana itu,majlis yg penuh dgn ungkapan cinta pd Allah&RasulNya. Majlis dimulakan dgn ucapan pembuka oleh Saudara Hafizuddin, x silap ana, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM. Kemudian, tetamu undangan, yg mencuri tumpuan ramai, Syeikh Mohamed Mahmoud Seyam dan seorg penterjemah dijemput naik ke pentas. Sesi ceramah bermula.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Syeikh kelihatan bersemangat mnyampaikan amanatnya. Banyak juga ilmu yg ana peroleh malam itu. Banyak juga perkara yg Syeikh ingtkan pada kami, ttg tanggungjawab sbg seorg pelajar dan muslim. Syeikh mengingatkan kami supaya belajar bersungguh-sungguh, m’doakan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia serta jgn terlalu mengejar politik hingga m’abaikan pelajaran. Kata Syeikh, pd bulan Ramadhan ini, dihimpunkan kesemuanya akhlak2 Islam dgn rasa p’saudaraan, kasih syg, ihsan, hormat pd ibu bapa, melipat gandakan usaha dlm pelajaran etc. syeikh juga sempat mengungkapkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yg b’maksud “Barangkali ada orang yg b’puasa itu tidak m’dpt apa-apa melainkan lapar dan dahaga”. Justeru itu, syeikh mengingatkan agar bulan Ramadhan ini dihargai dgn sebaik mungkin. Bukan sekadar solat lima waktu dan tarawikh, bertadarus al-Quran, malah nilai2 murni yg ada pada Ramadhan itu perlu dihayati&diamalkan. Syeikh turut menasihatkan agar pelajar2 m’sia b’syukur dgn nikmat yg telah Allah kurniakan yakni nikmat keamanan. Doakanlah dan pohon kpd Allah dgn nikmat ini semoga segala fitnah yg melanda umat Islam di seluruh dunia dpt diselesaikan.

Photobucket

Syeikh mula b’cerita mengenai Palestin & masjid yg kita cintai, masjid di mana berlakunya peristiwa Isra’ Rasulullah, masjid al-Aqsa. 2 perkara yg syeikh bangkitkan yg mana 2 perkara ini dianggap menyakitkan.
1. Kedudukn masjid al-Aqsa agak tinggi dari muka bumi. Kaum yahudi m’gunakan peluang ini, mereka tinggal di bhgian bawah masjid dan menggunakan alasan melakukan kerja2 arkeologi, kununnya utk m’cari tapak kuil Sulaiman. Hakikat sebenarnya, mereka ingin merapuhkan struktur binaan masjid al-Aqsa dgn harapan masjid kecintaan umat Islam yg m’jd kiblat pertama kita roboh menyembah bumi. Zalimnya kamu wahai Yahudi…
2. Bukan itu sahaja, penjajah yahudi malahan m’halang pemuda2 Islam untuk m’dirikan solat t’utama solat Tarawikh&Jumaat di dalam masjid. Namun mereka tetap dtg ke masjid biarpun hny b’kesempatan b’solat di luar kwsan msjid, di tmpat parking kereta. Motifnya, kaum yahudi m’inginkan yg tinggal di dalam masjid hnylah golongan tua.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Apakah yg kalian hajatkn wahai yahudi? Dendam kesumatmu masih membara. Palestin masih tetap kau rampas kesuciannya, tetap kau nodai dgn tangan2 besimu. Ana terbayang wajah anak2 kecil di sana, yg tidak berdosa tetapi kau rampas kegembiraannya, kau rampas tawanya, kau renggut kebahagiaannya, tetap kau hukum yahudi. Tidakkah kau lihat sinar mata anak-anak kecil itu, ada bisik yg menyapa pd secebis kedamaian, ada hati yg rindu pd keriangan alam kanak-kanak, ada tangis yg memendam pd belaian ibu dan ayahnya. Apakan daya si anak kecil, tetap redha dgn jalan Ilahi. Tangan yg biasanya disentuh dgn belaian lembut ibu kini menggenggam batu utk dilontar pd musuh agama. Anak kecil bukan dilihat lg pd faktor usianya, namun smgt yg membara demi kedaulatan negara terus tersemat. Mengapa jalan itu yg kau ambil yahudi?di mana rasa kemanusiaanmu yahudi?

Terimbas ana sepotong ayat al-Quran, katakanlah (Muhammad), “wahai ahli kitab! Mengapa kamu menghalang-halangi orang-orang yang beriman dari jalan Allah, kamu mengkehendakinya (jalan Allah bengkok) padahal kamu menyaksikan?” dan Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan (3:99)

Syeikh turut m’ceritakan perihal umat Islam di Palestin yg kini terbahagi kpd dua puak, Fatah yang dianggap secular hingga sanggup menyerahkan senjata pd musuh, berdamai dgn musuh dan mengenepikan kepentingan Islam dan al-Aqsa. Inilah golongan yg tinggal di Tebing Barat. Puak kedua, Hamas. Golongan ini menetap di Semenanjung Gaza, melawan musuh habis-habisan, memilih utk berjihad dan sebahagian drpd menteri mereka ditngkap. Salah seorgnya adalah Ketua Majlis Pembuat Undang2 Palestin.
Ketika beliau m’ziarah Indonesia, syeikh m’ceritakan ada seorg pemuda Indonesia yg b’tny, mengapa negara2 Arab yang kaya tidak memberi bantuan kpd Palestin? Benar kata syeikh, mmg mereka kaya. Tetapi utk memberi bantuan, mereka mengemukakan 3 syarat:

1. Palestin m’iktiraf Israel.
2. Palestin m’hentikan perjuangan menentang Israel.
3. Palestin tunduk pd Amerika.

Lihatlah saudaraku, bagaimana umat Islam sendiri m’jatuhkan saudaranya. Hati ana sayu, apakah ini sifat umat akhir zaman? Tidak lg mementingkan kebajikan saudaranya. Atas dasar yg dikemukakan Negara Arab itu, Palestin dgn lantang menolak bantuan mereka. Palestin lebih rela berjuang, mengangkat senjata yg sedia ada walaupun kekurangan asalkan mereka dpt membela&m’perjuangkan kemerdekaan Palestin. Palestin hak Islam! Ana emosi~ syeikh turut merumuskan p’janjian damai yg dibina antara Fatah&Hamas selepas penubuhan kerajaan Hamas menemui kegagalan.
Marilah kita saudaraku, doakanlah kesejahteraan saudara2 kita di bumi Palestin. Doakan kemerdekaan dan kedaulatan serta kesucian al-Aqsa ditebus kembali. Bantulah hamba2Mu ya Allah, yg b’juang membela kesucian agamaMu. Majlis diakhiri dgn bacaan doa wehdah yg diketuai saudara Hafizuddin. Kami merangkul tgn 1 sama lain dan doa dibaca dgn penuh smgt.

“sabiluna,sabiluna jihad!amaluna,amaluna syahid!”

Photobucket

Moga Palestin dilindungi Allah.ameen~

Photobucket
..[syukran mira,k.ain&k.fatihah]..
Photobucket
..[nope!we're not ninja]..
Photobucket
..[poster menarik hati kami,obviously muke letih dan ana rendahnye.uhuw~]..

Kami bertolak pulang pd jam 10 pg keesokan harinya setelah menumpang bermalam di blk nurul amirah abd shukor, sahabat ana tika di smka. Thanx mira atas layanan, dan trimas pd k.fatihah yg mnyediakan juadah sahur[m’buat ana terharu dgn sahur yg meriah itu] dan k.ain yg ramah melayani kami. Semoga Allah m’balas jasa kalian :)

ana gembira sbb da khatamkan novel ketika cinta bertasbis vol 2.Alhamdulillah ;)

Photobucket

semoga sedikit sebanyak ada pengisian yang kita kongsi bersama.ameen~

Friday, September 12, 2008

.:2 months "permukimanku" here

Alhamdulillah..perjalanan ana selama 2 bulan di sini melakar secebis pengalaman yg ana kira berharga utk ana abadikan sbg pengalaman hidup seorg student (br 2 bulan dh kecoh ;P )

ya..ana akui agak serabut & pening hidup di shah alam compare ngan merbok dulu.walaupun agak kekampungan di sana,tapi sumber ilham,inspirasi dan ketenangan itu ada (versi jiwang seketika).apapun,kesusahan itulah yg mengajar kita erti kehidupan sebenar.hati perlu dikuatkn demi menghadapi cabaran mendatang dan mind set perlu difokuskan utk mengenggam segulung ijazah.BLS yg ku idamkan,insyaAllah ;)
Alhamdulillah..telah melepasi beberapa siri mid sem test dgn lancar even agak x best jwb soklannya sbb not well prepared,biasala..anis mmg begitu ;( siri-siri test ku:

*6th sep :malaysian legal system
*8th sep :arabic mid sem test
*9th sep :english a.k.a bel [my killer subject]
*10th sep:law of torts
*11th sep:CTU [tamadun islam dan asia]

jadual wiken ana pun diharapkan dpt dipenuhi dgn pengisisan2 berharga.terima kasih pd naqibat2 ku yg tidak jemu2 berkongsi ilmu anda [k.farah&k.izzati].semoga Allah merahmati kalian ;)

list to do this coming weekend:
*13th sep:bersama k.yah & shikin m'compilekan assignment CTU
*14th sep:ke Pusat Islam,ceramah dan ifthar bersama fairuz[first date with her]

terima kasih ya Rabb kerna memberi kesempatan pd hambaMu ini mengharungi campus life ini hingga ke saat ini ;)

Photobucket Image Hosting
..[brassband perkad08]..

Photobucket Image Hosting
..[upps!bukan platun ana ;p ]..

Photobucket Image Hosting
..[da real perkad,platun milik komander]..

Photobucket Image Hosting
..[perkad H koir]..

Photobucket Image Hosting
..[mereka berkawad,kami melepak]..

Photobucket Image Hosting
..[apakah??]..

Photobucket Image Hosting
..[last day of TOT,thanx to you guys]..

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting
..[adik2..kamu best!]..

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting
..[buku yg menarik hati cookie,tp die x beli.haiyo~]..

and thanx to cookie kerna menjadi rum8 ku yg tabah*secara tibe2 kuar topik ;P *
speechless after mendengar cerita anda dan if i can share the pain that you're going through right now,i will dear.wah..giwang.pray for your happiness,insyaAllah..


akhir kalam..

Wednesday, September 10, 2008

class with kapten hafiz firdaus

“CEGAH sebelum PARAH”

(Hukum & Adab Bersumpah Dalam Islam)

Date: 7th September 2008
Venue: Bait Ustaz Kapten Hafiz Firdaus Abdullah

Berikut adalah ringkasan daripada artikel yang telah ditulis oleh ustaz yang telah ana ‘summarize’kn. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam memahami erti sebenar sumpah itu sejajar dengan timbulnya isu-isu kontreversi yang melanda tanah air masa kini.

Authority sumpah

Rasulullah s.a.w pernah bersabda;
(Nabi) ‘Isa ibni Maryam (‘alaihi al-Salam) melihat seorang lelaki mencuri, lalu dia
berkata kepadanya: “Apakah engkau mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Tidak! Demi
Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia!” Maka ‘Isa berkata: “Aku beriman kepada
Allah dan aku mendustakan mataku”
(Sahih: Dikeluarkan Al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 3444)
Berdasarkan hadis ini, kita dapat melihat ‘authority’ sumpah itu sendiri sehinggakan Nabi ‘Isa sendiri mendustakan mata baginda disebabkan sumpah yang disandarkan pada nama Allah yang telah dibuat oleh lelaki itu.
Namun demikian, sebelum mengangkat sesuatu sumpah, kita hendaklah terlebih dahulu memahami hokum dan adab-adab bersumpah di dalam Islam. Ini adalah untuk memastikan sumpah itu tidak dijadikan alat mainan atau menjadi suatu kebiasaan dalam masyarakat kita.

Syarat-syarat sumpah

1.Bersumpah dengan nama Allah (“Wallahi”,” Billahi”, “Tallahi” = Demi Allah)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang ingin bersumpah, maka bersumpahlah atas nama Allah atau (jika tidak)
maka diamlah”
(Sahih: Dikeluarkan Al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 2679)

2.Bersumpah dengan salah satu nama Allah (al-Rahman, al-Rahim etc)

3.Bersumpah dengan salah satu sifat Allah

Sumpah sebegini pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w :

“Aku berlindung dengan Kemuliaan Engkau, yang tidak ada Tuhan melainkan Engkau yang tidak mati manakala jin dan manusia akan mati”

(Sahih : Dikeluarkan Al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 7383)

Perlu ditekankan di sini jika seseorang bersumpah dengan sesuatu selain Allah, dengan kata lain, menyandarkan sumpahnya pada sesuatu selain Allah, nama-nama Allah atau sifat-sifatNya, sumpahnya bukan sahaja tidak sah, malah dia telah melakukan syirik yakni menyekutukan Allah. Dosa syirik tidak akan diampunkan Allah melainkan jika orang itu bertaubat.

Hadis Rasulullah s.a.w,
Ibn ‘Umar (Radhiallahu ‘anhuma) mendengar seorang lelaki bersumpah: “Tidak,demi Ka’abah!” Lalu Ibn ‘Umar berkata kepadanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah,maka dia telah berbuat syirik.”

(Sahih: Dikeluarkan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albbani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 3251)

Orang yang melakukan sumpah dengan selain Allah perlu segera mengucapkan syahadah, “Tiada Tuhan selain Allah.”

Kita juga diperingatkan agar jangan berdusta dalam sumpah sekalipun terhadap perkara yang kecil hatta sebatang pensil atau sebatang mancis dan lain-lain. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang mengambil hak seorang Muslim dengan sumpahnya (yang dusta), maka sesungguhnya Allah mewajibkan baginya neraka dan mengharamkan ke atasnya syurga”
Lalu seorang(yang hadir bersama) bertanya kepada baginda: “Sekalipun terhadap
sesuatu yang remeh ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “(Ya), sekalipun sebatang
kayu arak (yang digunakan untuk bersiwak).
(Sahih: Dikeluaran Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 137)

~to be continued...