Monday, May 4, 2009

hati menjerit,"GEMBIRA!"

di kala ini beberapa detik saja lagi menuju ke jam 12 malam.tetapi hati masih lagi ingin berkata-kata sebelum mata dipejamkan.sangat indah hari ini,segalanya indah,Alhamdulillah.mari bersyukur.mari memuji Dia yang telah mengatur segalanya untuk kami pada hari ini.iya kan,kadangkala apa yang kita rancang dari mula berserta dengan hati yang excited tak menjadi,tapi apa yang dirancang last minute itu jugalah yang menjadi ganti.

hari ini adalah hari terakhir aku bersama mereka,geng Kancil aku.kami tak jadi ke Melaka,sebagai ganti,Komie bawa kami ke Aquria KLCC.simple trip kami tapi sangat best.ini pengalaman pertama aku melihat jerung dari dekat,siap tengok beliau itu melahap ikan segar lagi.thanks abang Aquaria yang macho lagi segak bergaya sebab menghiburkan kami setelah penat menghadap kertas-kertas exam dengan hati yang gundah gulana.Syairah for sure orang yang paling excited di antara kami,sebab aku tahu si adik kecik Dora itu memang penchenta ikan.kalau tidak,masakan dia sanggup menjaga ikan yang nakal lagi buas seramai 2 ekor itu di rumahnya(seekor sudah kembali manghadap Ilahi).sayangnya,tidak semua ahli geng Kancil dapat turut serta;Hafsah dah pulang ke Skudai,Kak Farah mengajar di sekolah,Cookie pula katanya kehabisan contact lens,alasannya nanti comot.macam-macam hal sungguh dia kan?haha~





aku suka bangat Zon Amazon ini,siap ada bunyi kilat lagik!


1 hari nanti,anak aku harus melalui jalan ini juga! :D



kagum melihat anak yang setia ini membawa ibunya bersiar



lovers di Taman KLCC :D

sewaktu aku pusing-pusing keliling Taman KLCC,ada sesuatu berlegar dalam kepala,akal,otak dan fikiran aku.sangat best! :D kesimpulannya,aku sayang kamu semua bangat!kamu adalah penceria hari-hari aku di sini.aku pasti rindu kalian 2 bulan ini.Hawa jom,kita ke Terengganu holiday ini! :D harap-harap Wanita Tercantik & Ayah Terbaik aku izinkan.doakan tahu!hee~ baiklah,mata sudah penat,dan hati sudah cukup happy dan bersyukur.tapi,masih ada insan yang tak punya peluang seperti ini kan?bersyukurlah,bersyukurlah,bersyukurlah dengan setiap apa yang kita punya.jangan mengaduh,jangan bersedih :)

p/s:Wanita Tercantik aku call tadi,aku tahu beliau excited menanti pembantunya yang setia ini pulang.saya punya hadiah untukmu Mak! :D

-apa khabar dirimu-

aku benar-benar lost contact dengan kamu.lama juga ya kita tak bertanya khabar sudah.kali terakhir aku dengar cerita tentang kamu,kau menderita barah.benarkah itu?aku tidak punya sumber yang sahih tentang itu walau hati tertanya-tanya.kawan,moga kau sentiasa tabah dan kuat seperti mana kau yang aku kenal suatu ketika dulu.

entah kenapa aku jadi teringat pada kamu tadi.mungkin disebabkan berita tentang Dilla yang akan mengharungi pembedahan di Hospital Ipoh 12 May ini,insyaAllah.kami justeru merancang menziarah Dilla nanti walau pada mulanya sukar melembutkan hati beliau untuk mengizinkan kami berbuat demikian.risau juga hati mendengar kata Komie yang peluangnya 50-50.berada di sekeliling teman-teman yang bergelut antara hidup dan mati membuatkan aku berfikir panjang.kalau dulu Alia,kini Dilla.esok lusa,mungkin kah aku?takutkah aku akan mati?

kamu,walau di mana pun kamu berada,sihat atau tidak,aku doakan kamu sentiasa di kalangan mereka yang kuat kesabarannya,positif akalnya,redha hatinya.semoga kamu masih kamu yang aku kenal dulu :D

.Qada' dan QadarNya pasti yang terbaik untuk kita.
ingat ya kawan-kawan Rukun Iman ini!

Friday, May 1, 2009

hawa,zaiton sameon,renungan terakhir,sorry beb :D



"sebelumnya kau pergi,
renunglah ku di sini,
kerna mungkin terjadi kita takkan bersua lagi,
untuk itu maafkan ku,
kiranya mengganggu ketenangan dalam hidupmu,
yang tak perlu kehadiranku"

tu dia karya Hawa Darlida setelah menelaah "Cinta Kau dan Aku".sentimental dan telah menyebabkan aku dijangkiti virus yang sama.kalau warga US dan Mexico dan Eropah bergelut dengan virus H1N1,aku dah berjangkit virus Hawa pula.haiyo!tidak,tidak,no more.sekarang adalah masa untuk 'berkarat' dengan MLS,garnishee order,Shaaban,etc,etc...

tengok playlist Hawa dalam hp pinky beliau,lagu Zaiton Sameon pun ada beb!pergh :D

p/s:nasib badanlah Hawa dapat 'pengkerobek' harta benda seperti ini.hee~

Sunday, April 26, 2009

tanya pada diri

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

kita petah saja mengakui "aku ahli Sunnah wal Jamaah".aku berpegang hanya pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.tapi,sejauh mana kebenaran hakikat itu?sekadar omongan atau fakta yang benar.cantik analogi yang dibuat Al-Fadhil Ustaz Fathul siang tadi dalam Majlis Wala' dan Ilmu.cuba kita lihat,manusia yang takutkan hantu,mereka pantas mendapatkan Al-Quran,bukan untuk dibaca tapi sekadar dipegang,sebagai pelindung,mungkin.kepercayaan mereka,Al-Quran dapat menjauhi diri daripada makhluk halus,lantas ia mempengaruhi tindak-tanduk mereka.

bagaimana mahu mengaplikasikan yang itu dalam situasi umat zaman ini?ya,kebanyakan kita merasa bangga menjadi umat Muhamad s.a.w.tapi hakikatnya,sejauh manakah kita cuba mangkaji segala ilmu yang kita amalkan?ada kita punya dalil yang sahih?hadis yang matannya tidak diragui?tajuk kuliah hari ini "Mulanya Asing",memang pada mulanya kedengaran asing bagi aku.apa yang mereka cuba sampaikan?2 jam setengah di dalam dewan dengan hidangan high-tea bersama golongan mewahan(hanya beberapa kerat saja students yang aku lihat),ditambah pula dengan kami yang pergi tanpa dikenakan bayaran,membuatkan aku berasa ini benar-benar 1 nikmat!terima kasih di atas sponsor.back to the main point aku.

lihat cuma dari 1 faktor saja kali ini.solat kita,kamu yakin solat kamu itulah yang sebagaimana diajarkan Rasulullah s.a.w?sebagaimana yang dipraktikkan para sahabat?aku bukanlah golongan bijak pandai mahupun ulama,tidak juga kakak usrah yang petah berbicara tentang soal ini.tapi,aku cuma ingin berkongsi sesuatu yang aku rasakan menjadi 1 tanggungjawab untuk aku sampaikan.agar mata hati kita nampak,melihat dari sudut yang positif.segala teguran,nasihat kalian amat aku alukan.kata Ustaz,"Kita mungkin mampu mengubah solat seseorang(berpandukan apa yang diajar Rasulullah s.a.w),tapi sukar untuk kita mengubah kepercayaan seseorang".

ya,kepercayaan berlandaskan AQ dan Sunnah.aku dulu pun tak tahu apa dalil yang patut kita pegang dalam melakukan tiap pergerakan dalam solat.hinggalah tahun lepas,hinggalah ukhti-ukhti itu membuka mata aku melihat,setiap amal kita perlu ada dalilnya.apa guna amal tanpa ilmu.iya kan?lantas,kawan-kawan,marilah belajar bersolat dengan sifat solat Rasulullah s.a.w.bukanlah sesuatu yang asing lagi kiranya tanpa doa qunut di waktu subuh,dan bukan lagi sesuatu yang asing untuk menggerakkan jari sewaktu tasyahud awal dan akhir.belajar kawanku,belajar.aku jua di dalam usaha itu.tanya pada diri,jangan berlengah lagi!

Saturday, April 25, 2009

Catatan hati dan kitab cinta.

pertama-tama sekali,Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah!kenapa?

sebabnya hari ini mulanya kerungsingan kemudian Allah lantas menyelamatkan aku dengan penawar dan nikmat yang sangatlah berharga.sungguh,Dia sentiasa Yang Maha Terbaik!Dia menggerakkan hati untuk aku berjalan ke Kolej Mawar menemui Komie dan kami keluar makan beramai malam ini.walaupun simple dan mungkin tiada makna bagi kamu,tapi aku sangat menghargai tiap saat yang kami luangkan bersama.sebab aku dapat rasakan prihatinnya Kak Farah,caringnya Komie dan childishnya Hawa.3 lagi ahli Geng Kancil tidak turut serta malam ini;Cookie,Syairah,Hafsah.

dan,dan,1 lagi nikmat yang sangat istimewa malam ini.tempoh hari menerima mesej dari wanita tercantik dunia aku,minta belikan buku Nik Nur Madihah selepas beliau menonton wawancara Nik Madihah di MHI."Tersentuh hati Mak tengok".begitu kata beliau.aku cadangnya nak ke Pesta Buku semalam tapi kita hanya merancang kan.dek kerana kekangan tertentu,niat aku dibatalkan.Alhamdulillah,Cookie meluangkan masa ke sana hari ini bersama temannya dan sila jangan melepaskan peluang!aku kirim pada dia 2 buah buku;1 untuk Mak dan 1 daripada kiriman Kak Farah.wanita itu memang membuat aku semakin rindu padanya.sampai saja buku itu di tangan aku kira-kira 930 malam tadi,aku lantas menelefon beliau.gembira suaranya.

"Berapa harga buku tu?nanti Mak ganti"

"Eh,takpelah Mak.Tak yah ganti"

"Oh..dah kaya sekarang kan?"



bersama Wanita Tercantik Dunia aku:Raya o8

aku lantas ketawa bersama Mak.bukan kaya lah Mak.rezeki Allah pinjamkan untuk kita.moga bermanfaat.Alhamdulillah,kasih sayang Mak tak mampu Ika bayar hatta dengan cara apa sekalipun.tahniah kepada Hijjaz Records dengan terbitan buku-buku ilmiah seperti ini.Catatan Hati Nik Nur Madihah,berharga RM23.sangat berbaloi bagi aku dengan kualiti kertas dan gambar-gambar berwarna.tapi pada hemat aku RM23 itu apalah sangat kalau nak dikira dengan pengalaman dan ilmu yang Adik Madihah kongsikan dengan kita.aku belum mula membaca buku ini lagi tapi tadi mata aku tertangkap dek kisah Adik ini yang menyalin kamus kerna tidak mampu membelinya.kalau nak dikenangkan dengan kita yang tanpa perasaan,bangga menghulurkan senarai dan bil-bil buku yang diperlukan pada zaman sekolah dulu kepada mak ayah,aku jadi malu pada diri sendiri.manusia yang berjaya itu selalu saja punya semangat yang tinggi.tak pernah terlintas di benak aku nak menyalin kamus yang setebal itu.kamu pernah?



.comel je Madihah.

satu lagi kitab yang aku beli semalam,Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha karya Taufiqurrahman al-Azizy,juga belum aku khatamkan lagi.tapi,rasanya hati tertarik lagi untuk menghabiskan Catatan Hati Nik Nur Madihah terlebih dahulu.itu kan Mak pesan dulu :) kawan-kawan,kamu juga HARUS membaca buku ini.kalau kamu mahu meminjamnya dari aku,aku sangat mengalu-alukannya.mari yok,kita belajar dari Adik Madihah.komentar aku tentang kedua-dua kitab ini,sila tunggu aku habis exam dulu ya!

"Orang-orang miskin itu disayangi Allah dan Rasulullah SAW".bagi aku mereka itulah antara golongan yang senantiasa bersyukur walau hanya mengalas perut dengan nasi berlaukkan kicap.tapi kita?Muhasabah diri mari.

kata hati waktu ini

"Sudah lupakanlah aku,
Yang telah menduakan,
Ketulusan itu,
Kelam yang telah ku buang,
Meruntuhkan perihmu,
Dan seluruh rinduku.

Kepergianmu telah,
Merundungkan duka padaku,
Yang telah terobati dirinya,
Dan mengganti dirimu dihati."

sounds like putus chenta kan?haha..am I?who knows? :) sudah,berhenti mengarut!lagu ini Apaw yang bagi tempoh hari dan kedengaran seperti Apaw memahami jiwa aku.I'm waiting for another 7 days-to-go and waiting for the KTM to fetch me back to my mother.sangat perlukan beliau,aku takut itu berlaku pada aku.Nauzubillah.hamparkan hati,tadahlah tangan memohon pada Yang Kuasa.

Tuesday, April 21, 2009

plan,plan,plan!

aku memecah perintah.belum habis exam,kembali menjengah alam blog.kebetulan singgah library nak register course sem depan.alasan semata :p

pendek saja post kali ini.belum habis exam juga aku sudah sibuk merangka nak ke sana ke mari sejurus tamatnya paper MLS nanti.melampaukah?erk!pelawa Kak farah,jom ke Melaka!bunyi menarik,lagi excited!Syairah pula mahu ke zoo.rindu agaknya pada saudara-saudara di zoo itu.hee~ dan aku?aku mahu ke Jepun,tapi tiada yang sudi nak bawa.bagaimana itu?mungkin Yuya Tegoshi patut menjemput aku.haha~ teringat satu ceramah perdana yang pernah aku dengar tentang melancong ini.ia suatu ibadah juga kan?ada ayat dalam surah Al-Hajj,aku lupa ayat berapa,perihal tidak membawa tafsir bersama ke sini.berjalan di muka bumi Allah yang terbentang luas ini sebenarnya bakal membuka mata,melihat dan belajar dari apa yang kita lihat.belajar dari pengamatan.lihat dengan mata hati bukan sekadar dengan pandangan zahiriah.tambahan pula,aku terpaksa balik sendiri hujung sem ini,gara-gara ayah ada urusan lain.baik!jangan membebankan mereka.mari berkorban dan mari imagine bahu yang akan terkehel membawa beg-beg itu.err..



adakah ini hentian seterusnya? :D

tapi,keexciteddan itu elok dipendamkan sehingga berakhir paper Consti Jumaat ini insyaAllah.Sir,doakan kami semua berjaya dengan berwarna-warni ya!bak kata Madam Atifah,"insyaAllah".Madam memang bijak mententeramkan hati-hati mereka.kamu,jangan lupa mendoakan sahabat kamu ini.battle yang sebenar-benarnya Jumaat ini!

ada 1 doa Nabi Ibrahim yang aku jumpa semalam tatkala membelek-belek AQ.(26:83).mari kita beramal dengannya YOK!