Thursday, January 14, 2010

The second week of class.

Saya berada di atas awanan rasanya.Berfikir-fikir,mampukah saya menjadi tukang karut program?Oh kawan-kawan,why me,why?Berdiri di hadapan membentangkan proposal dengan perasaan nervous dan gelabah sambil dalam hati berkata "Apa cheq duk melalut ni?" bukan kegemaran saya.Syairah,ini semua mungkin gara-gara terkena tempias glamour kamu,aiyo.

BTW,bersiap siaga la nanti ya kawan-kawan di awal bulan March nanti insyaAllah kita bersua di dewan seminar.Haha.

Minggu ini plannya mahu rehlah bersama mereka ke mana-mana sungai di Selangor.Jom! :D

P/s:Make sure kamu semua pakai baju warna alam ok :p

Sunday, January 10, 2010

Puas sudah kalian?

Si ibu membelai anak-anaknya,sedari mereka kecil,membentuk mereka untuk jadi insan berguna.Jerih payah ditelan sedalam-dalamnya.Menggalas bahu sebagai ibu dan ayah dalam waktu yang sama hingga terkadang hatinya menelan duka dipersoal anak-anak tentang bahagia.

"Kenapa Ayah tak sayangkan Adi?"

"Kenapa Ayah tinggalkan Ira?"

"Kenapa Ibu biarkan nasib kami begini?"

Tatkala anak-anaknya lena diulit mimpi,si Ibu masih bersengkang mata menelaah buku bagi membolehkannya menjawat jawatan yang lebih tinggi,demi anak-anaknya.Agar mereka merasa nikmat yang dirasakan anak-anak lain,agar makan pakai mereka mencukupi,agar kelak mereka ke menara gading.Anak-anak harus cukup makan,biar mereka kenyang dengan air tangan Ibu,biar mereka tumbuh dengan kasih sayang Ibu,agar mereka tak pernah merasa kurang kasih Ayah.Ibu tak mahu mengeluh,anak-anak adalah harta paling berharga yang dia punya.Biarlah Ibu menelan segala duka,tapi tak mahu walau setitis air mata anaknya tumpah.Itu kekalahan baginya!

Kini mereka dewasa dan Ibu dimamah usia.Tangannya makin berkerut.Pengukur segala kerja keras yang telah dilakukannya dulu.Kerja apa yang tak dilakukannya?Dari seringan-ringan hingga seberat-berat,semua dipikul demi anak-anaknya.Kulit tidak sehalus mereka yang lain walau dalam hatinya mengidam mimpi itu.Langkah tidak sepanjang mereka yang merantau ke pelusuk dunia.Tetapi Ibu bangga,anak sudah berjaya menemui hala tuju masing-masing.Profesional belaka.Hingga tiba di suatu hari,bangkit seorang anak mencarit hati,mencoret luka untuk maruah yang dipegang teguh si Ibu.Seorang lagi,pantas mengungkap kata mempersoal keperluan disediakan Ibu yang tak sesempurna mana.

Ibu menangis,mengapa.Apa keikhlasannya diragui si anak?Apa butakah hati mereka menilai kasih sayang Ibu?Apa mereka pernah menyelami erti hati Ibu?Saat Ibu dihentam fitnah menggunung,apa mereka turut merasa?Saat ibu ditinggalkan sendirian,siapa di sisinya?Di ruang malam Ibu sendiri,siapa mengesat air mata Ibu?Tiada!

"Biarlah,mereka semua anak Ibu.Tak mengapa,Ibu cuma tersentak tapi Ibu tak menyimpan dendam".

Ibu tersenyum cuba mengubat lukanya sendirian.Moga anak-anaknya puas menakung air mata Ibu.

p/s: Ayuh jaga hati Ibu,malulah kita jika Ah Seng lebih sayang Ibu nya berbanding kita.

[Watak adalah imaginasi penulis,tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia-terkenang mulianya Ibu.]

Tuesday, January 5, 2010

Sila berakhir segera.

Salahkah saya?

Sudah mula benci pada si rapat ini?

Buruk sangatkah saya?

Bukankah kamu dulu yang tak mahu saya bersedih?

Kamu yang sentiasa ada waktu saya benar-benar terjelepuk di tanah basah.

Saya mahu call kamu tapi saya takut dimarahi lagi.

Kamu tahu rasa saya?

Terhimpit.

Sunday, December 13, 2009

Puas!



YOSH!





3 hari bahagia,gembira cukup.riang cukup,penat pun cukup.Terima kasih kawan-kawan,setelah sekian lama,rindu terlerai sudah.Dari KL,Kedah semua turun hingga ada yang bermotosikal dari Kedah,kamu semua memang terbaik!





Puas rasanya membuli,meluahkan isi hati,memeluk erat hangatnya ukhwah kita,juga sudah mendapat balasan setimpal di atas penganiayaan yang telah saya lakukan pada si mangsa,Lynn :D Hampir pitam itulah pengalaman kali pertama seumur hidup yang berlaku sepanjang 21 tahun hidup.Pandai tak saya memilih tempat untuk sejarah hidup ini? :p





Saya rindu kalian semua,kawan sekolah tak dapat ditukar ganti,kan?Trimas untuk semua committee yang telah bertungkus lumus,mengangkat itu dan ini,memotong di sana sini untuk kami :) Jazakallah.





[Sharihana,Izzati,Nana,Fatin,Adlina,Syairah,Atifah,Umi,K.Ida,Husna-Hati saya full dengan kamu semua :D ]

Sunday, November 15, 2009

Cartoon pun bagi ilham :D

Saya sudah mahu pulang,sudah mahu menjenguk ibu ayah di rumah.Sudah bersedia melepaskan segala kerisauan exam.Sudah full perut dengan Nandos sepinggan semalam.Sudah bersedia untuk membanting tulang di musim kenduri.Sudah mula berangan-angan bercuti bersama mereka.Dan sudah mula terasa kita akan semakin jauh,jauh,jauh hingga suatu masa nanti.

Saya sudah mula sukakan Itachi di saat dia sudah mati.Kenapa selalu kebenaran terbongkar bila ia sudah tidak dapat dihargai lagi.Pernah seorang sahabat bertanya,apa yang patut dilakukannya bila mana si kawan seringkali mengguris hatinya dan dia seakan terpaksa mengucapkan terima kasih untuk itu.Hidup tak seindah suria,suria pun bukanlah si makhluk yang kekal.Suria pun perlu berehat,keindahan juga perlu berundur seketika agar si duka datang,mengajar erti hidup itu apa.Erti tabah dan sabar itu apa,ikhlas itu bagaimana.Kalau selamanya yang indah-indah datang,bila mahu merasa keperitan itu apa?Bila mahu merasa sakit dan pedih?Saya yakin,manusia yang kuat itu lahir dari sakit yang amat.Belajar untuk bangkit tampak mudah,tapi untuk merealisasikan kamu perlu gigih.Seperti Sasuke yang membina kekuatan hasil kebencian dan dendam yang teramat pada abang yang telah membunuh seangkatan keluarganya.Abang yang disayanginya,yang selalu menguis kepalanya waktu dia teruja belajar jutsu.Dan di pengakhiran hayat abangnya di tangannya sendiri,barulah kebenarannya datang.Segala keperitan,panggilan pengkhianat,dan paling memedihkan dibenci dan mati di tangan adik sendiri dilaluinya kerana mahu melindungi adiknya.Terlalu sayangkan si kecil Sasuke.Itachi,kita terlalu buta untuk melihat semua itu.Dan di waktu itu,walaupun saya hanya membaca manga online,gara-gara episod tak keluar lagi,mata sudah basah,hati sudah sebak.Emo!Hidup dalam kebencian sendiri memang sangat tidak bagus.



[Berbahagialah Itachi gugur di tangan insan paling dilindunginya,serious sedih!]

Kawan,
kadang-kadang,kita cepat menghukum.Benar,mungkin dia banyak tersilap langkah dan menyakitimu.Tapi,yakinlah,pasti ada secebis sayang di hatinya buat kamu,yang mungkin tak kita nampak.Mari kita menghargai secebis itu.Hargai walau sekecil zarah.Allah pun menghitung amal kita walau sebesar zarah kan?Mengapa tidak kita.Senang saya bercakap dan kamu yang mahu memikulnya.Bertahan ya,saya tahu kamu kuat,lebih lagi dari saya,kan.Berterima kasih pada dia,sekurang-kurangnya dia mengajar kamu bersabar.Mari kita berfikiran baik dahulu dalam segala hal.

=Masih berduka dengan kematian Uchiha Itachi (katon pun nak emo)

=Masih malas-malas untuk packing,tolong saya jom.

=Wow,saya antara yang terawal bakal jumpa Siti Fairuz selepas ketibaannya di Malaysia semalam,insyaAllah.

=Sudah mula merasa rindu untuk mengusik Kak Nurul lagi.Selamat Pengantin Baru Akak :)

=Berlagak kuat dan terus berlagak kuat.

Tuesday, November 10, 2009

Perasaan berbaur-baur.

Short,really.



Done with the killer paper,let's pray for the very best.

Wedding invitation,insyaAllah ke Kelantan kita,yosh!
Cookie,mahu tumpang motel mu :p




Hari-hari terakhir K.Nurul sebelum bertukar gelaran membuat saya berdebar sama.Sungguh saya banyak belajar dari beliau ilmu wanita lantaran diri yang tak ada geng di rumah.
Nasihat beliau yang akan didakap kemas insyaAllah,berjimat-cermat selalu.Don't buy unnecessary stuff.

Ulam-ulaman yang semakin berkembang,selamat membesar kebun sayur!



Ulam pucuk Ginseng kata K.Nurul

Saya mahu kawan seperti dia,Uzumaki Naruto.Nak satu,please.
Inilah dia perasaan berbaur-baur.


Monday, November 2, 2009

Adopt kids!

Kalau saya punya banyakk duit sekarang,maka ini adalah salah satu impian;

Adopt a kid!

Disebabkan tiada duit yang banyakk dan tanggungjawab yang belum selesai,maka belajar dulu ya :)



Lagunya comel sangat,endingnye mampu buat kita bersedih.I miss Mom :(

Text mak,"My mum is amazing.Saya sayang Mak! :) "

Mak mereply,"Muah,muah!"

Mak saya comel kan? :)

Suatu hari,di waktu kita bakal kehilangan mereka,bagaimana kita.