Thursday, December 16, 2010

my new-ehem-guess-who.

saya semakin jatuh cinta.
semakin dalam semakin mengisi.
semakin berbunga tanpa musim.
mekar kembang di sana sini.
semakin harum semakin ranum.
semakin tumbuh melata dunia.
pudar warna tak terlihat.
kuntum di tangan tak mahu dilepas.

saya semakin jatuh cinta.
semakin tinggi setinggi langit.
semakin membiru semakin kelu.
kalau pun hujan terbit pelangi.
kalau pun terik subur sang rimba.
kalau pun kelam lena berteman.
ucap apakah mampu menafsir.

ini benar cinta kemaruk.

ini benar tidak selindung.

ini benar jangan kau ragu.

ini benar tulen cop mohor kasih sayang.

(okay over sebab dah hyper gembira err mungkin rindu juga)

buka pintu luas-luas.
buka mata besar-besar. Oo (ini mata ka hidung?)
buka mulut nganga-nganga (hey senonoh plis)
selamat ke mari Syairah.



nah hug daripada Pooh :D
esok kita pesta kerja yeay!
& esok ayuh cakap bantal-to-bantal oh teruja!

ps:sebab Syairah tak baca blog (sebab ehem dia matang dengan dunianya),maka membuat sedikit confession tidaklah menjatuhkan macho ditayang.HAHA

Tuesday, December 14, 2010

kira (tekan calculator)!

saya terbaca satu artikel mengenai dakwah seorang akhawat.syahdu,sungguh!satu ayat yang menyentap jiwa saya ketika ini; rehat adalah memenatkan.

rehat=penat?

tapi realitinya,kita lebih suka tidur dari study,tengok TV dari baca buku,lepak-lepak di rumah dari memenuhi jemputan manusia sekitar,mengeliat dari birrul walidain.mengapa kita sangat sukar melihat masa itu sebagai suatu kualiti untuk menghambakan diri selayaknya di sisi Allah?kenapa sukar payah jenuh?

saya bukan pejuang dakwah yang hebat.bukan juga seorang mad'u yang sentiasa menggembirakan hati murabbiah saya.corak-carik di sana sini.hingga suatu ketika saya merasa hampa dengan kekuatan diri sendiri.hampa kerana tidak mampu meneguhkannya.hampa kerana tidak mampu menarik jiwa-jiwa suci untuk sama-sama menggalas cinta dakwah.

Tidaklah sama antara mu’min yang duduk [yang tidak turut berperang] yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar. (An-nisa: 95)

waktu cuti ini mungkin saya tidak banyak menghabiskannya untuk menyertai daurah,mengikuti program ilmiah etc.sebagai gantinya,saya cuba memanfaatkan masa lapang sebaiknya dengan mencari masa-masa kualiti bersama bunda & ayahanda.kerana kata orang jawa;masa lapang itu membunuh.masa lapang akan membuat kita hidup dalam angan-angan dan masa lapang juga akan menyempitkan jalan-jalan mencari masa kualiti di sisi Allah.

jangan terlalu banyak mencari uzur.kerana belum sampai masa untuk kita rehat.

kerana itu,tak kisahlah walau kuku terkopek,kulit tercarik,pinggang tergeliat kerana terjengket-jengket menggantung kain (overnya kau mention segala PANG),muka hitam berjemur (eh pindah Africa jom!).semoga keikhlasan itu muncul berdikit-dikit dengan semangat yang Allah sebutkan ini.semoga kesakitan yang sedikit ini akan menghapus dosa saya pada ibu ayah (secara sedar,sengaja atau tidak) insyaAllah.

& saya percaya setiap kita juga punya cara memenuhi masa lapang dengan sebaiknya.ayuh kita letak sepanduk; REHAT ADALAH MEMENATKAN.kerana itu,- - - rehat & + + + sibuk sibuk sibuk.biarlah rehat hanya pada waktunya.biarlah rehat diletakkan di senarai bawah sekali.biarlah rehat kita reserve waktu di syurga nanti.

kerana waktu di dunia adalah waktu untuk bekerja,bekerja & bekerja!jadi ayuh kira,kira,kira kerja apa kita nak buat.kira sampai hilang waktu rehat yang tak sepatutnya.

okay jom lipat kain,masak,mandi,kemas rumah,sapu sampah,cuci lantai (haa sebutlah semua sampai kau pengsan).

ps:kawan-kawan,nanti ajak saya pergi program okay ;)

Saturday, December 11, 2010

di sebalik wajah heyya apa ini maa.

si kuat gagah lagi berani.
si tegap berdiri lagi sasa.
pantas kah kau mendapat gelaran pendekar,
bila dijentik sudah mengaduh.


pendekar oh pendekar.
eh perempuan la okay tukar srikandi.
PANG-apa kau bebel ni.

malu-malu bila mengembang.
kuncup diri bila terasa.
bunga indah ku seru seru.

Friday, December 10, 2010

1 pelukan untuk bonda di pagi hari.

kasih sayang Allah itu teramat manis untuk dirasa.
manis untuk dihirup,manis untuk diteguk.
sampai di suatu tahap kita merasa sangat tidak layak kita untuk semua itu.
melihatkan dosa dan janji-janji yang dimungkiri,
sucikah kita untuk menerima semua nikmat yang tak terjangkau ini?

semoga kita lebih bersyukur dengan cara menambah ketaatan kepada Dia.
sebagai cara membalas cinta Allah yang terlalu tinggi untuk kita.
untuk setiap doa yang dikabulkan atau yang ditahan hingga sampai masanya.
benar Allah tak pernah mungkir.
bersyukurlah dan bercintalah dengan selayaknya.
jangan kufur,moga-moga.
walau apapun hadiah yang Allah beri ini,
kembalilah kepadaNya dengan redha hati.

semoga kita berusaha lagi & tahniah untuk kawan-kawan semua ;)
bukan kejayaan dunia matlamat utama.
kejayaan mengejar redha Allah itu harus di level atas sekali.
yok!

juta-juta senyum untuk semua!

Thursday, December 9, 2010

grant me zillionth smiles.



dan ia turun melimpah-limpah tak tertahankan.
mengulang semalam yang hampir 2 tahun lalu.
selamat kembali dunia kuat.
selamat berkarya kehidupan baru.
selamat mengejar syurga.
selamat tinggal 21 tahun.

buka mata lihat langit.
ia masih biru.
buka hati lihat jiwa.
ia minta cleanser.
clorox nak jugak?

Wednesday, December 8, 2010

sepintas.

saya pernah terbaca suatu tulisan,bunyinya begini;

"Jika Allah menginginkan kebaikan pada seseorang,
maka dia akan disibukkan dengan perkara-perkara kebaikan."

lebih tepat lagi,jika berpandu dengan hadis di bawah;

Dari Abu Hurairah radhiyallâhu'anhu, dia berkata:
“Rasûlullâh Shallallâhu 'Alaihi Wasallam bersabda,
“Di antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah
meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya".

(Hadits hasan. Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan selainnya seperti itu).

kita saban hari berdoa,semoga Allah menjadikan kita solehah,menjadikan kita hamba yang taat.sampai suatu ketika,kita seakan tertanya,apakah doa kita tadi diterima Allah?apakah Allah mengurniakan kebaikan untuk kita?

siapa kata tidak.apakah masa 24 jam kamu terbuang begitu saja?apakah Allah tidak menyibukkan kamu dengan urusan membantu kedua ibu bapa,membersihkan tempat kediaman,mengunjungi jiran tetangga,menyediakan makan untuk keluarga dan haiwan peliharaan.yep,bukankah semua itu kerja-kerja kebaikan?kita berharap segala pekerjaan itu tak tergolong dalam amalam yang tidak mendatangkan manfaat.insyaAllah,semoga Allah terima amal baik kita.semoga Allah redha atas semuanya.

jadinya sekarang,saya memilih untuk patah hati secara terhormat dengan menyibukkan diri sesibuk mungkin.Allah telah mengabulkan doa-doa kita sedikit demi sedikit.Allah tak pernah mungkir dengan cintaNya.tak mahu jadi pencinta setia juga?syurga itu dipenuhi dengan manusia yang tak mahu kalah dengan semangat buruk meruntuhkan jiwa.manusianya sentiasa berlumba-lumba mengejar kebaikan.

semakin tua,sudah tidak mampu mengarang dengan baik.semoga cuti kita dimanfaatkan sebaiknya.Allah sudah mengabulkan doa,kita juga perlu usaha mengekalkan momentum ini.jom sibuk-sibuk!

biar letih badan,biar tergeliat pinggang,asal tak hangus dimamah api neraka.
semoga Allah pelihara kita semua ;)

Sunday, December 5, 2010

30 mins call,
not long enough to get relief from this 'fever',
still im quite thankful enough.
maybe there's one or perhaps two words hopefully
may help her to go through this stage of life,
& now I miss you more.
thanks you for being my very wonderful friend.
your shoulder always been my place to cry.

i think your pure heart made me fall for you.
pure heart to love me as I am.
though Im not good as you.
yeah miss syiee,
tolong terima kasih sayang saya,nah!
have a safe journey,till then,Im gonna miss you
(count word miss plis :p)

yeah tak hebat bermadah in english.
tunggulah encik mood ke mari bila tidak sibuk dengan urusan anak-anak.
ini salah satunya;



bila Adam mula solat.

ibu muda (bajet nah lempang) memang excited.
tak sibuk pun,nak sibuk-sibuk.