Friday, January 20, 2012

yogurt.

segala puji hanya bagi Dia,yang mencukupkan segala keperluan & Maha Mendengar permohonan hambaNya.

kadang-kadang,pernah tak kita meminta daripada Dia tapi dalam masa yang sama-sama berasa ragu-ragu,adakah permintaan itu akan dikabulkan Dia?egois sungguh bila merasa kita lah yang menatijahkan sesuatu keputusan itu.kita lah yang menyebabkan hasil keputusan peperiksaan yang cemerlang.semuanya kerana usaha diri sendiri.egois!

Allah,itulah saya di suatu waktu dulu (tunduk malu)

ditakdirkan Dia,sekumpulan anak muda setelah melakukan operasi ziarah-menziarah pensyarah kesayangan mereka di Kuala Lumpur waktu siangnya.setelah itu,memandangkan waktu siang masih berbaki,mereka meneruskan perjalanan cuti-cuti habis exam ke sebuah pasaraya terkemuka.majoritinya bercadang untuk menghabiskan masa di sana dengan menonton wayang.mencari-cari kalau-kalau ada filem tiptop yang baru release.

alamak.seseorang sudah seperti cacing kepanasan yang disalai di atas tar jalan yang memang sedang 'hangit' disiram terik matahari.apa mahu buat,apa mahu buat.dia sudah bertekad,semampu yang mungkin,dia tak mahu lagi menjejakkan kaki ke tempat bernama 'panggung wayang'.kerana baginya,duit dan harta yang kita pegang semuanya adalah amanah daripada Allah.masakan kita mampu membelanjakan harta untuk sesuatu yang minima atau mungkin tiada langsung manfaatnya untuk kita mengingati Dia.Allah,dia tahu dia hanyalah si celapuk lama yang masih lagi bertatih mahu menuju Tuhannya.Allah,dia hanya mahu agar semua mereka dan dirinya diberi kefahaman yang baik untuk menjadi muslim yang benar-benar muslim.

agama bukan hanya saduran di kalimah syahadah.

mendalam.

apa yang mampu dilakukannya waktu itu,seperti selalu dan kebiasaannya.berharap dalam hati dengan setinggi-tinggi harapan dan kali ini ditambah dengan percaya bahawa Dia benar-benar akan mengirimkan 'keajaiban' itu.mereka sudah beratur,sudah memilih filem yang menarik hati.

tuppp.

sesungguhnya tiada suatu pun istilah kebetulan di dalam hidup ini melainkan semuanya adalah dalam aturan & perancangan Dia.

"tiket mahal la,RM 20 lebih.jom kita pergi makan lah.laparnyeeeee"

Allah,Engkau jua lah yang memegang hati mereka.Engkau jua lah yang berkuasa mengatur segala caturan hidup kami.kami ini tidak lain hanya mengadukan kepadaMu betapa lemahnya iman kami untuk sama-sama mengingatkan sesama sendiri tentang erti hidup ini hanyalah semata-mata untuk menjadi hambaMu yang sebenar-benarnya.

Allah itu sangat dekat dengan kita.memintalah sebanyak-banyaknya pada Dia.dan percayalah sebulat-bulatnya bahawa Dia akan sentiasa membantu kita membawa agamaNya.positif dan letakkan aim kita secara khusus,kata Muna.

inshaAllah.bertatih dan menapak satu-satu itu lebih baik daripada berjalan terus laju lalu tersungkum tak mahu bangkit semula.

yogurt --> masam manis rencah kehidupan.

selamat bercuti! :)






Wednesday, January 18, 2012

bahagian saya,bahagian Dia.

"tips akak,akak mewajibkan usrah & daurah diri sendiri.yang lain-lain tu bonus kalau boleh buat.bukan untuk siapa-siapa,untuk Allah,inshaAllah" [quoted]
saya tak tahu apa perancangan Dia untuk saya dalam masa 5 atau 10 tahun ke hadapan.

adakah masih tetap berdiri,lesu atau lebih mengharukan,sudah kembali ke sisi Dia.tak tahu.dan saya tak akan pernah tahu di waktu 10 tahun lalu bahawa Dia akan 'menarik' langkah saya untuk masuk ke simpang jalan ini.jalan yang menemukan saya dengan wajah-wajah suci yang tak lekang dengan senyum dan salam.saya yang suatu ketika dulu,benar-benar di 'lorong gelap'.

pada ketika di awal usia tarbiyah,saya sering mendengarkan kisah mama usrah yang bertukar-tukar usrahnya daripada naqibah ini ke naqibah yang seterusnya.menarik.lalu saya memasang hajat.untuk jadi sepertinya.resam si anak ketam,mengikut rentak jalan si ibu ketam.eh.

(rupa-rupanya agak sakit waktu kita mula-mula sedar,kita sudah bertukar mama.emosi.)

hingga ke suatu saat,Tuhan benar telah membuka jalan itu untuk saya.sedikit demi sedikit.masih ingat lagi,suatu petang di sebuah surau,saya ajukan pertanyaan pada mama usrah pertama saya,

"kita ni baru nak menapak,adik-adik yang muda-muda,dah jauh berjalan"

dia hanya senyum.

setiap kita ada jalannya.setiap kita ada susunan hidupnya masing-masing.susunan yang akan membentuk kita hingga jadilah kita sepertimana kita hari ini.mungkin kita lambat,mungkin kita tertinggal gerabak keretapi.mungkin disebabkan 'kejadian-kejadian' itu,ada sesuatu yang Dia mahu kita ambil pelajarannya.kerana tahap penyerapan ruh kita tak mungkin sama dengan mereka yang lain.

semangat.kekuatan.keikhlasan.

lebih mudah menulis & berkata daripada beramal dengannya [sentap]

saya masih lagi si celapuk lama yang penuh dosa dan noda.masih lagi bertatih mengajar diri untuk benar-benar memaknai hidup dalam erti kata yang benar.masih lagi mengugut diri untuk berbuat sebanyak yang mampu.masih lagi memaksa-maksa diri untuk menghabiskan bahan bacaan yang ada.masih lagi perlu menepuk-nepuk dada untuk sabar dan kuat.masih lagi berkira-kira dan bermain tarik tali untuk cari ikhlas.masih banyak lagi ruang untuk dikoreksi diri.



Allah,saya hanyalah seorang hamba yang mahu kembali padaMu dalam keadaan yang paling Engkau redhai.saya hanyalah seorang manusia yang mungkin tak dipandang makhlukMu tapi saya memohon padaMu agar tak Kau palingkan kasih sayangMu atas sebab kedurhakaan saya yang disengajakan atau tidak.paling takut,bila saat saya sudah merasa cukup dengan apa yang telah saya lakukan.sedangkan,Engkau Maha Tahu segalanya tentangku.

Allah,
rahmatMu lebih ku harapkan daripada amalan-amalanku.

bahagian saya berusaha ke arah Dia.bahagian Dia,menemukan cinta saya inshaAllah :)

Monday, January 16, 2012

talk about 'em,talk about yourself.

saya selalu cakap pada diri;

Tuhan benar-benar adil pada makhluknya.saya tak punya kakak atau adik perempuan untuk saya bercerita mengenai hidup,tentang fesyen,tentang stress belajar lambat faham.tapi Dia beri saya lebih daripada apa yang mampu saya bayangkan untuk jadi peneman menuju jalan lurus.

akhawat.

:)


jazakillah khayr untuk hadiah birthday yang 'luar biasa' ini :)

Friday, January 13, 2012

shuffle.

minggu lepas ada cubaan nak hapdate.tiba-tiba,disconnect.sekian.dan tak sempat save dalam draft.lagi sekian.

oh.apparently saya sudah selesai bekerja keras (keras ke?) untuk 3 kertas peperiksaan akhir.jangan ditanya soalan paranoid boleh jawab atau tidak.markah assessment seperti tidak dijangka akan keluar sebegitu rupa.saya sangkakan hujan di tengahari,rupanya panas hingga ke malam.alhamdulillah untuk keputusan yang tak diduga (sebenarnya suam-suam kuku aje resultnya).Allah,ini semua bukan bahagian saya.semoga segala usaha yang saya letakkan, hanyalah semata-mata untuk mengharap redha Dia,hanyalah sebagai menurut perintahNya untuk belajar & berusaha.'usaha tak menatijahkan keputusan',lembut kata Kak N.kerana bahagian kita hanyalah usaha.dan bahagian Allah adalah untuk menentukan dan menetapkan baik atau buruk hasilnya.

dan apparently juga,sudah 2 minggu saya diserahkan kepada mama usrah baru; Kak N.dan adik beradik baru juga.lebih ramai,lebih meriah orang kata.dan pastinya mereka itu walaupun agak muda setahun dua daripada kita,percakapannya lebih matang daripada usianya!untuk dua sesi yang lepas,saya lebih banyak mengambil peluang untuk memerhati dengan gaya pak cik nazir sekolah.saya lebih banyak cuba mengumpul hamasah-hamasah dan soft skill mereka dalam menyampaikan point-point penting.

eh?siapa mak usrah sekarang?kenapa pulak kau yang nak observe lebih? *conflict identity*

ohh.abaikan.

banyak yang terjadi belakangan ini.si putih walaupun semakin uzur dimakan usia,sudah dikerah tenaganya ke sana ke mari untuk menunaikan misi & hajat si pemandu dalam jalan sumpah panjangnya.tahniah si putih kerana berkhidmat dengan penuh dedikasi.walaupun kadang-kadang terbabas di tengah bukit (=.=) sesi muna & dr muhaya masih lagi berlangsung setiap kali liqa'.semoga banyak amal dr muhaya & muna yang diterima Dia,ameen.saya memasang hajat semoga suatu hari nanti muna akan menerbitkan buku motivasinya sendiri ataupun diundang untuk jadi tetamu siaran di IKIM fm.wah.sila ameenkan beramai-ramai.

terima kasih muna kerana jadi mama usrah pertama terbaik saya.ya,I should thank Him more for sending you in the right time & place.Dia memberi sesuai dengan kesanggupan kita.march ini inshaAllah genaplah setahun usia tarbiyah saya bersama muna.dan saya tak akan mampu membayarnya dengan hatta seisi dunia ini untuk segala memori manis,separa manis dan terlebih manis.dan pastinya anda lebih mengimani kata-kata ini;

'jika disebabkan kamu seseorang itu mendapat hidayah,maka itu adalah lebih baik daripada dunia & seisinya'

dunia & seisinya.banyak tu.


Ilham,0640 am.port 'lepak' terbaik.

mungkin patut lebih menyimpan masa untuk satu post bertajuk 'muna ku'.haha.esei tahun 1.doakan saya untuk 2 paper akan datang :)

selamat jadi hamba Dia yang sentiasa redha.kebaikan apapun yang kita 'punya' hari ini di mata manusia lain bukanlah kepunyaan kita.kebaikan yang tampak di mata mereka itu adalah atas rahmat Allah yang telah menutup aib kita daripada 'penglihatan' mereka.mendalam.

jaga diri.jaga iman.mari doakan sama-sama.

Sunday, January 1, 2012

apa yang tinggal,untuk diingati.

helo 1 Januari 2012.

saya masih di sini.di rumah syurga dunia yang terkandung wajah-wajah yang saya sayangi (intro bungaaaa habis) plan awalnya mahu pulang semalam.tahu-tahu aje lah kat rumah,emm,rumah,buku diselak memang totally selak.bacanya? (jawab sendiri)

oh ini bukan salah rumah.ini salah diri sendiri.omputeh kata 'fail to plan'.alamak,masalah!

lets keep the remaining of the story to my own-self.as a 'dead weapon' to me to push myself to the limit & as a reminder that I've only have few days left before the so called 'war time with mr final'.lesson learn well from the previous test.jangan main-main angin dengan dunia sekarang,kelak kau akan melayang bagai taufan Tornado.eh.

ekceli,saya sebenarnya mahu menulis tentang inche abang.inche abang yang membesar bersama-sama sejak saya dilahirkan hingga dia masuk ke sekolah berasrama waktu umurnya 13.inche abang yang melatih saya memandu basikal.inche abang yang berkongsi angsa Ayah,seekor saya punya & seekor lagi dia punya.inche abang yang selalu menjadi inspirasi supaya kumpul duit sendiri kalau nak beli buku kartun.inche abang yang selalu menjadi idola untuk berjimat-cermat & hey sila beli barang keperluan saja bukan kemahuan.inche abang yang mengatur strategi belajar dengan cemerlang.beli buku 555 bukan untuk tulis hutang,tapi tulis vocabulary untuk subjek English.inche abang yang selalu mengendong saya naik basikal Purple nya ke kelas tuisyen malam.inche abang yang jatuh pokok jambu sampai luka kaki semata-mata nak menunaikan hajat hati adik nak makan jambu.inche abang yang jadi kawan panjat bumbung rumah mandi air hujan.inche abang yang mengepos kad dari Ireland bersampul merah mengatakan 'Anyah sentiasa ada' di waktu saya benar-benar down dengan hidup.

t-e-r-l-a-l-u-b-a-n-y-a-k.

terlalu banyak kenangan zaman kami membesar bersama.terlalu banyak hingga semalam bila saya mula sedar dia akan punya kehidupannya sendiri kelak membuat saya sebak.sebak habis baik punya.hati span ini memang mampu menyerap emosi sekelip mata dan memerahkan emosi sekelip mata juga.walau apapun & siapapun dia di kehidupan lalu & akan datang,dia tetap inche abang saya.inche abang yang berkongsi darah & daging yang sama.inche abang yang bagaikan air dicincang tidak akan putus.

[memang kontra sejak dari kecil]

saya tidak berhajat untuk membebel panjang.kerana hati span saya sudah tidak mampu menanggung beban air di hati.nanti banyak pula air-air yang tidak sepatutnya dirembes keluar akan keluar (haha heyyyy emo nya) tapi saya percaya,semua adik-adik di dunia pasti akan merasai perasaan 'kehilangan' ini bila tiba saat abang/kakak mereka akan bertukar menjadi superman.

super-->jadi suami/isteri + bapa/ibu.

peranan utama mereka pastinya lebih kepada keluarga yang bakal mereka bina.dan tanggungjawab kita?mari doakan semoga alam baru yang bakal mereka bina sentiasa dirahmati & diredhai Dia.semoga alam rumahtangga mereka dibina atas keberkatan cinta Dia & keluarga.

selamat menghabiskan sisa umur bujang anda inche abang.saya tetap akan jadi adik anda yang paling sweet (tolak Aiman ke tepi haiyakkkk!~)


Wednesday, December 21, 2011

hilang ramuan.



saya menangis semahu-mahunya petang itu.
semahu-mahu dan sekuat hati.
di suatu titik,saya terasa hilang separuh hidup.
tak melihat apa-apa melainkan gelap.
kelam.tenggelam.


kasihan emak.menahan hati agar dia tidak turut luruh bersama.menahan hati agar si anak tidak terus mengasak emosi.kasihan emak.anak yang selalunya 'tampak' kuat di depan mata,hari ini tiba-tiba hilang pasaknya.

sedih.

hanya kerana satu ujian hidup,saya REBAH.

kita sudah sepatutnya bersedia dengan bekal yang banyak untuk menghadap jalan ini.tapi kita masih lagi memilih untuk 'sambil lewa' dan tangkap muat apa yang dapat saja.hati tak cukup fuel.otak tak cukup makan.ruh tak cukup nyawa iman.dan kita masih berani-berani mahu cuba nasib redah jalan berliku.

lalu?menangis semahunya sedangkan kau tahu di saat itu adalah saat titik paling kuat kebergantungan pada Dia kau perlukan.dan kau masih memilih untuk lebih mempercayai kata hati yang sememangnya dekat dengan bisikan khannas?

masalah.

mulut yang berkata memang lebih ringan dari amal yang diperlakukan.

pelajaran dipelajari.

'beggars cant be choosers'

Sunday, December 11, 2011

R & R,bukan destinasi.


"when the world put you down to your knees,
you are in the perfect position to pray."

Boona Mohammed.

seorang sahabat pernah berdoa;

"Ya Allah,ambillah darahku ini sekehendakMu.
asalkan Kau redha padaku"

redha Allah bukan barang mainan boleh dijual beli di loken atau pasar malam.tak akan ada juga di shopping mall setaraf OU.hatta terbang ke Paris pun tak akan ada dilelong.perlu selalu tiup hamasah dalam diri.setiap saat hakikatnya kita sedang berjihad.setiap saat adalah saat-saat didikan Dia.bila Dia sentiasa 'menyentuh' hati kita dengan pelbagai kesakitan dunia,bukankah hakikatnya Dia juga sedang 'memegang' hati kita untuk kembali kepadaNya?untuk dekat & lebih dekat lagi dengan Dia.untuk merasa di suatu saat,kita tak punya apa-apa lagi melainkan pertolongan Dia.

walau zahirnya terasa pedih,hakikatnya bukankah itu lebih manis?

dunia hanyalah sebuah R & R.bukan fullstop.harapan kita bukan pada dunia.keyakinan kita bukan pada dunia.

Ya Allah,biarkan dunia ini menyakiti aku sebanyak-banyaknya.supaya nanti akan ku impi ketenangan yang benar-benar kekal hanyalah di duniaMu di sebelah sana.