Friday, July 20, 2012

number one.

hati seorang ibu,Allah saja yang tahu.
daripada takut & gelabah,mendengar suaranya,
kita rasa dekat dengan dia.

Allah,pelihara mereka & ganjari mereka dengan syurgaMu.

Sunday, July 15, 2012

Tuhan saja yang tahu.

meniti hari-hari terakhir bersama puan naqibah membuatkan dada jadi sebak.fikiran kadang-kadang sempit.jangan ditanya bisikan makhluk syaitan itu.entah berapa kali menggoyah iman.

hampir setahun.hampir setahun yang banyak membuat diri jadi lebih matang (inshaAllah) hampir setahun mengajar diri menerima dan memperbaiki kelemahan sendiri,berlapang dada,memanjangkan telinga untuk semua.

dua minggu lepas,dengan tenang puan naqibah menyampaikan pesan;

starting bulan 9,awak tukar usrah dengan naqibah uitm.awak tajmik adik-adik law inshaAllah.kak A akan planning inshaAllah.

dan saya,berlagak tenang.


dalam hati,Tuhan saja yang tahu.Tuhan saja yang tahu.

parting is a must in life.

sebab tak ada apapun yang akan kekal dalam hidup kan.lagi-lagi gerabak tarbiyah yang merupakan gelanggang didikan terhebat dari Yang Maha Agung.dan kita sebagai hamba,tiada daya dan upaya untuk mengatakan 'tidak' pada sesuatu yang dirancang Dia & pastinya paling superb untuk agamaNya.tentera tarbiyah Dia harusla sentiasa bersiap siaga untuk ditukarkan 'kiblat' bila-bila masa saja.

"Kami tidak menjadikan kiblat yang (dahulu) kamu berkiblat kepadanya melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul & siapa yang berbalik ke belakang.sungguh (pemindahan kiblat) itu sangat berat kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah.dan Allah tidak akam menyia-nyiakan imamu" (2:143)

Tuhan kita tetap Allah.walau siapapun yang disusun Dia untuk mengemudi jalan,membawa kita menghadap wajahMu,Tuhan kita tetap Allah.

kak,Allah je yang boleh balas semua kasih sayang & tarbiyah yang kak berikan pada kami.

bubur nasi & spagethi hailam kak juga ^^

Allah saja yang tahu betapa saya sangat awkward kali pertama teman kak overnight kat rumah kak & saya menyusun ayat apa nak disembang dengan akak (haaaa ini lawak)

Allah saja yang tahu betapa saya teringin nak berceloteh itu dan ini tapi bila sampai masa saya jadi 'budak skema' (haaahaa)

Allah saja yang tahu setiap kali kak sampaikan taujihat & tausiyah,hati saya jadi tenang.semacam beban di pundak ini lalu bagaikan air sungai.hilang.dan saat-saat travel untuk ke daurah bersama kak dalam kereta sebelum kewujudan Hud-hud di sisi saya adalah travel termanis saya.cerita kilat,cerita UK & post mortem dakwah kak yang unexpected (kikiii) cerita serabut dengan planning anak usrah jangan cerita.

betul kak.Tuhan saja yang tahu.segala apa yang disusun Dia sepanjang tempoh hampir setahun ini is my precious puzzle of life I must say.dan biarlah Tuhan saja yang tahu,dalamnya hati saya untuk seorang yang bergelar puan naqibah.



dilarang memanjat hati :')

I must stop writing now.emosi.

:)

Friday, July 13, 2012

menjadi hanzalah



menjadi hanzalah itu disebabkan apa?


ANTARA TARIKAN KELUARGA DAN PANGGILAN ALLAH
Perbezaan dari segi kefahaman dan iltizam ini kadangkala menampakkan hakikatnya dalam keadaan-keadaaan yang genting seperti pergi untuk berperang atau berhijrah di jalan Allah kerana perbuatan-perbuatan ini boleh membawa kepada perpisahan keluarga sama ada melalui kematian atau berbagai-bagai kemungkinan lain. Keadaan ini memang menimbulkan masalah bagi seorang suami atau bapa dan di sinilah letaknya ujian-ujian Allah. Dalam keadaan ini, ia berada di tengah-tengah dua tarikan, antara tarikan keluarga pada satu sisi dan tarikan kefahaman dan keiltizamannya dengan panggilan Allah pada sisi lain. Apabila tarikan keluarga lebih kuat, maka isteri dan anak-anaknya menahannya dan menjadikannya teragak-agak untuk bergerak keluar rumah bahkan mungkin membatalkan niatnya sama sekali. Tetapi apabila tarikan kefahaman dan keiltizaman seorang ayah atau suami lebih kuat maka ia boleh melepasi halangan-halangan itu seperti kejayaan Nabi Ibrahim ketika diperintah menyembelih anaknya Ismail, atau seorang sahabat yang baru saja berumah tangga tetapi apabila berkumandang pangilan jihad ia pun meninggalkan isterinya dan terus berjihad sehingga syahid. Begitu juga jika kita lihat keadaan Imam Hasan Al-Banna yang tidak menghiraukan rayuan isterinya untuk menemaninya menjaga anaknya yang sedang demam. Beliau tetap meninggalkan rumah untuk menghadiri program penting dalam dakwahnya .

gasp.gulp.

dewasa

bila kita meletakkan Allah di atas pilihan di atas pilihan.
Allah sebagai yang atas & utama di atas pilihan.
pasti sakit manapun kita akan berlapang dada.sekurang-kurangnya mencuba ke arah itu.
sebab kita yakin,Allah jua yang akan soothing kita kembali.

bila kita meletakkan Allah di atas pilihan,
perkara-perkara lain akan nampak minor.
sebab kita ada tujuan yang jelas.
Allah.

dan bila kita meletakkan Allah di atas pilihan yang ada,
dicampak ke manapun kita,
jadilah benih yang bercambah & tumbuh subur membiak.
kerana yang menggerakkan kita adalah kerana benih yang baik itu,
yang telah diextradict dengan tarbiyah yang muntij & ruhi.

bila kita meletakkan Allah sebagai yang atas & utama,
yang di sebelah kita nanti itu juga semoga faham.
bahawa Allah adalah yang atas & utama.
bahawa dakwah ini jalan kita.
bahawa dunia,anak-anak & harta adalah permainan & senda gurau saja.
dan tetaplah Allah itu sebagai tujuan.



contoh depan mata sangat merefleks diri sendiri.bergeraklah.dengan kefahaman.

Tuesday, July 10, 2012

note to self.

dah lama tak sakit.

seronok sangat semalam,sekarang Allah bayar cash.

satu lagi paper,yokkkk!


Briskly, rising to the sky. 
Cold, clouds rushing past. 
Flying, hopes to never land. 
Light. Streatching out my hand.

Out seeing the fields. 
What is a dream and 
can you tell me what is real? 


Tuesday, June 5, 2012

satu mimpi.satu kenyataan.

saya yang tak punya apa-apa.
bagaimana harus saya persembahkan pada Dia.
bagaimana saya mampu tersenyum simpul.
tidak.sekali-kali tidak.
tangga satu yang haru biru.
tangga satu yang terangkak-rangkak.
tangga satu yang baru mengenal pencerahan.
tangga satu yang bertempel-tempel lagi.

berbuat hanya kerana Dia.
sakit perit air mata,semoga semuanya kerana Dia.
astaghfirullah.

menelan sebuah hakikat.

Monday, May 14, 2012

baik sangka.

bismillah.

sedang menikmati nasi bekalan ibu tersayang bersama ayam golek kfc yang dibeli inche afifi.alhamdulillah.pukul 1.40 pagi kenyang membulat dan sebentar lagi bakal beradu.sungguh sihat yayyy =.=

weekend yang banyak mengajar saya.sekali lagi tarbiyah dari Dia.what should I say for everything that He gives through thick and thin?kerana setiap kesusahan itu pastinya ada kemudahan kan?mentioned twice in al-Insyirah.

pulang ke rumah membawa hati luka.luka yang cuba disimpan kemas supaya tak ternampak oleh siapapun.hambatan dunia yang kadangkala benar-benar menguji sabar hingga terasa sifat cool terhakis dalam.jarang berasa stress disebabkan study tidak bermakna selamanya akan tegar.bila terkena sekali,I know it will take times to bear with it.take time until I decided not to sit for the PTD exam.God bless.

maka sepanjang hari membuka laptop menghadap kerja sekolah hingga mengabaikan mak di luar.sayu.hingga di suatu saat saya tersedar.what have I done?inikah hasil tarbiyah?kecewa yang sedikit telah melukakan hati hingga begitu?kononnya untuk redeem 'luka' lalu dengan bersungguh menghadap hambatan dunia hingga terlupa apa yang saya kejar sebenarnya.redha Dia atau markah yang tak seberapa?nilaian jadi kabur.kaca mata bertukar warna.usrah adik-adik terasa kering.zalimnya saya.pedih.

sampai di suatu saat,akhirnya saya meluahkan isi hati pada mak.betapa saya berasa lemah untuk mengejar kedua-dua matlamat dalam masa yang sama.begitu pesan mak;

jangan give up.kamu dah di klimaks nya.mak pun tak nak give up.

ringkas.tapi masuk.

dan ia membuatkan saya tersedar.perkataan give up itu.teringat--> jangan berhenti selagi Allah tidak memberhentikan (mematikan) kita.kerana pilihan tetap saja di tangan kita.melangkah dan terus melangkah atau....tak perlu memilih pilihan yang kemudian.full stop.

sepanjang perjalanan dalam ktm,di sebalik empuknya tilam dan bantal coach,Dia menyedarkan saya tentang banyak perkara.putus asa itu bukan sifat kita.sabar itu bukan setakat sabar.tapi perlu dikuatkan.

"wahai orang-orang yang beriman,bersabarlah dan kuatkan kesabaranmu" (3:200)

Dia menyedarkan saya,hambatan dunia itu tidak sepatutnya menjauhkan saya dari Dia.terpukul.

"maka celakalah orang yang solat.iaitu orang yang melalaikan solatnya" (107:4-5)

sebak.luka itu tidak sepatutnya menjauhkan kita.luka itu tidak sepatutnya 'dirawat' dengan telusukan-telusukan membungkam yang semakin menggigit iman.membiarkan luka hingga lupa,kita hanya manusia untuk berusaha.

the rest of it,let it remains in the memory-box.thank you Allah.

memohon untuk dimudahkan menghadapi ujian tiada salahnya.tapi lebih masyuk sekiranya kita memohon kekuatan untuk menghadapinya.kerana Dia Maha Tahu upaya kita.hanya yang kita perlukan,kekuatan dari Dia.

the seed inside us,its time to water the dry one.bila Dia mengetuk khabar iman kita,itu saatnya kita harus membangkitkannya berkali ganda.ayuhhh!

kurang dua bulan.dan saya boleh inshaAllah! :)