Thursday, February 19, 2009

untuk adik-adik :)


..[LDK 7 Modul 1 Diploma]..

adik-adik kakak,
maaf ye kalau kakak bukan fasi yang baik,
there's a message that i would like to tell you,
regretly,
kakak didn't do that on that day...

there's one thing that everyone has in everyday,
going through it every single day,
but somehow,
not everyone really appreciates it,
live life once,
gambatte on it!

Tuesday, February 17, 2009

mak oh mak.

mak aku jatuh kelmarin.dalam lubang di sebuah padang.sangat tidak patut menggali lubang di padang tanpa meletak tanda-tanda "AWAS".sungguh tidak menepati piawai standard of care kan?mujur Allah itu ada.tidakla ada luka-luka yang parah but still masih terseliuh.

perasaan ingin pulang menderu-deru dalam hati.tapi,apakan daya tugas-tugas dan assignment aku memerlukan aku di sini.

"mak,jaga diri ye"
..[dialog di saat kerisauan]..

Saturday, February 14, 2009

terima kasih anda walaupun saya sedih :(

aku tahu setiap kali aku meminta,kau pasti akan mengusahakannya walau apa yang aku minta itu membuatkan kau bersedih.

tapi aku bersyukur punya teman sepertimu,kerana engkau sentiasa yakin dalam percaturan hidupmu.

"terima kasih anda kerana sangat memahami aku!"

Thursday, February 12, 2009

simptom yang normal sebenarnya



kalau seorang perempuan itu kerap berleter,

queen control kah dia?

tapi aku jadi teringat kisah Saidina Umar r.a,yang terkenal dengan ketegasannya.beliau sendiri pernah dileteri isterinya.jawab Umar kepada sahabatnya;

"Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.

"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya."

aku jadi bimbang sebab aku dah mula menunjukkan simptom-simptom berleter.tapi,tak mengapa kan? :)


wallahua'lam...

Wednesday, February 11, 2009

letih itu norma hidup,ya kan?

hari itu hinggalah hari ini,aku rasa letih.tapi,letih aku itu tak la seberapa kalau nak compare dengan kak farah yang siang nya ke kuliah dan di sebelah malamnya,mengajar tuisyen.istilah rehat hanya mungkin hadir untuk beberapa minit.

tapi,di sebalik keletihan itu,aku sangat gembira!menyambut kehadiran fairuz minggu lepas,bertandang ke rumah syairah untuk 2 malam dan memasak semula setelah sekian lama(cikai-cikai boleh la),menyiapkan assignment Tun Salleh Abas,kes-kes yang still in progress up till now,dan sat for the unexpected test semalam.oh..sangat terharu hinggakan terkeluar perkataan "sir,i love you!"~ekspresi yang unexpected jugak.haha~

dalam sibuk menghitung-hitung hari,bila aku nak tido awal ni,aku jadi teringat dialog syairah di satu malam.info:syairah adalah antara bright student,bak kata madam Nora J,yang aku simpulkan,masa rehatnya adalah tidur je.beliau sangat buzy dengan kelas dan meeting-meeting sampai 1 malam tu,beliau terkulai lemah.lalu,beliau berkata;

"kalau ikutkan hati,saya dah malas dah,tak larat dah,berulang-alik nak pegi meeting(dgn berjalan kaki dari kenanga ke blok engineering,jauh tau!),tapi saya duk ingat badan saya ni bukan milik saya,badan saya ni dianugerahkan untuk bekerja.so,saya kena bekerja"(untuk Allah dan agamanya,insyaAllah).

*meeting:PMH(Persatuan Mahasiswa Hadhari)

baru aku rasa,aku tak layak lagi nak ungkapkan perkataan letih tu,kan? :(

tapi,dalam gembira aku,ada gundah yang menyorok.gundah dengan sesuatu yang bakal meninggalkan aku,lagi.biarlah,biarlah dia berlalu...taiyo na mida bakal menyerang!

hari ini,11 feb kan?selamat hari lahir fairuz!tak dapat nak pos kek,tapi gambar kek boleh kan? :)




p/s:agak-agak,sampai bila MB Peraks akan menjadi satu ye?the dismissal of Muhammad Nizar boleh tak kita analogikan seperti kes Stephen Kalong Ningkan,sir Nazim? :)

Friday, January 30, 2009

aku dan melatah?



kalau aku diberi peluang itu,
ingin aku jerit sekuat hati,
"aku sayang kamu Palestin!"
mungkin sayang ku ini tidak seberapa beharga,
takkan mungkin dapat menebus impian kalian,
untuk hidup atas nama kemanusiaan,
satu demi satu jasad kalian gugur,
namun srikandi-srikandimu tetap utuh berjuang,
"kalau 1 nyawa pejuang Palestin gugur,kami akan melahirkan 1 lagi generasi yang baru"
bagaimana kalian begitu tegar menghamburkan semangat itu,
sedang aku di sini,baru dijentik sudah melatah?

p/s:sangat suka dengan semangat siti fairuz acapkali dia membuka bicara Palestin ;)

Tuesday, January 27, 2009

cerita kesusahan 'cikgu' sebuah kehidupan

di suatu petang,perbualan di antara abang saya(encik afifi) dan temannya,abang shahriman;

"aku suke cite cerita kesusahan aku kat adik-adik aku,bior diorang tahu aku dulu susah.nak beli handphone pun kena keje,carik duit sendiri.bukan macam diorang mintak je dapat.bagi diorang insaf cket"-abang shahriman.

beliau kini baru pulang dari UK dan bakal menjadi cikgu math yang berkaliber aku kira.sebab katanya dia nak bagi student dia homework yang diorang takkan boleh solve.haha~

post kali ini tiada kaitan sangat pun dengan mereka berdua,cuma aku tertarik dengan perkataan 'cerita kesusahan' itu.

aku pulang ke kampung semalam,menziarah tok dan saudara-mara di sana.seperti biasa,1 forum dengan topik-topik hangat akan dibuka.hinggalah tiba giliran tok membuka bicara.tentang cerita kesusahan beliau suatu ketika dahulu.cerita yang sangat menarik hati aku hinggakan mak cik ku menegur;

"khusyuknya ika dengor tok cerita"



ya..aku memang suka dengar cerita tok,bagaikan seorang cucu yang setia dipangku di sisi datuknya dan mendengar hikayat-hikayat dahulukala.cerita tok bermula saat beliau terkenangkan arwah opahku yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira 3 tahun yang lalu.cerita kesusahan bagaimana mereka berdua membesarkan 9 orang anak dengan melakukan kerja-kerja kampung.mengait kekabu,menternak itik untuk dipungut telurnya lalu dijadikan telur masin,pinang yang dikacip untuk dijual di pekan,sawah yang dibajak untuk dituai padinya,berkebun dari pagi ke petang malahan memerah keringat mengangkut 2 tin air dari perigi untuk diangkut naik ke atas rumah.arwah opah ku memang kuat semangatnya.semangat untuk membesarkan anak-anak dan memastikan mereka membesar menjadi orang yang berguna.tok juga adalah seorang anak yang taat.beliau menjaga mentuanya seperti mana beliau menjaga dan mengasihi kedua orang tua nya.beliau memandikan dan melakukan segala kerja-kerja mencuci demi kasihnya pada mereka.

tok selalu pesan,"berselawatlah ke atas Nabi sambil mengingati mak ayah kita".kasih sayangnya pada mereka tidak pernah luput dan cintanya pada arwah opahku tidak pernah padam.hingga ke hari ini,beliau masih lagi terbayang kelibat opahku berjemaah dengannya,menanti tok pulang dari kedai dan setia menemani tok ke surau.aku sangat kagum dengan kisah cinta mereka.cerita kesusahan yang mereka lalui bersama menambahkan keutuhan kasih sayang mereka.

jika anak-anak seusia kita di zaman ini diminta melakukan kerja-kerja sedemikian,mampukah kita?persoalan yang berlegar-legar dalam kotak mindaku sepanjang perjalanan pulang semalam.aku suka mendengar cerita kesusahan kerna bagi aku dari kesusahan itulah yang mengajar kita erti sebuah kehidupan.yang mengajar kita erti jatuh dan bangun,mengenal makna sebuah harapan dan keyakinan,keyakinan bahawa hari esok masih menanti untuk kita raikan dengan usaha yang lebih gigih.manusia akan lebih mudah belajar daripada sebuah kesusahan.kerana dari situ,kita sebenarnya akan lebih bersyukur dengan apa yang kita punya sekarang.dan aku mula mengenal erti kehidupan ini juga setelah melalui beberapa kesulitan dalam hidup aku.aku mula melihat dunia ini dari perspektif yang positif dan bersyukur dengan segala yang telah aku lalui suatu ketika dahulu.kerana aku yang sekarang lebih yakin dengan kehidupan aku!

cerita kesusahan aku adalah cikgu kehidupan aku
;)


bukankah Allah itu sentiasa menguji hamba-hamba yang Dia sayangi? :) Rasulullah s.a.w sendiri membesar dalam suasana yang memerlukan Baginda mencurahkan keringatnya sejak dari kecil lagi.dan lihatlah,begitu besar sumbangan Baginda kepada umatnya hingga ke hari ini.Baginda kekal sebagai manusia agung hingga ke akhir zaman.

anda setuju dengan aku?


..[promote:nak tengok kurosagi? ;p ]..