Thursday, April 9, 2009

fruit of the night


..[ini ditempek dari video "Try Not To Cry"]..

sudah lama hati mencari-cari waktu ingin treasure hunt segala lagu Sami Yusuf.pertama kali dengar di corong IKIM dulu dah membuat aku jatuh hati dan terduduk mendengar keindahan lagu yang penuh maksud itu.lagu kali itu yang aku dengar tajuknya "Mu'allim",ditujukan buat junjungan besar Rasulullah s.a.w.kemudian aku dengar lagu "Try Not To Cry",juga lagu yang sangatlah best untuk didengar dan membuatkan aku teringin sekali untuk terbang ke tempat-tempat misi kemanusiaan.banyak lagi lagu-lagu beliau yang lebih sesuai untuk didengar compared to lagu-lagu nipong itu ok!(tujukan buat kau,Anis!) lagu Sami Yusuf benar-benar membantu mendamaikan malam yang penuh kegelapan luar dan dalam ini :D

ini antara koleksi lagu beliau yang juga best!promo Sami Yusuf :)

Anything For You Lyrics

If there were a single sacred rose
On a mountain top that grows
Where nobody ever dares to go
For you I’d climb that mountain high
I would reach up to the sky
If that rose was your desire

Don’t you know that I
Would do anything
Would do anything
For you
I would do anything
Would do anything
Anything for you

For you, I would sail the seven seas
Walk the deserts in between
Just to bring you anything you need
Nothing could ever be too much
Anything to show my love
‘Cos it gives me strength enough

yang lain kamu boleh hayati sendiri,kot.jazakallahu khairan Cik CoOkie Suria ajar kita ambil gambar tu :D tadi,aku mimpi Mak dan rindu makin menebal.wanita itu benar-benar menggugat credibility aku untuk lebih tabah di sini.bertahan YOK just for another 3 weeks time!dan juga rindu pada si kenit itu even dia dah lanyak aku habis-habisan cuti tempoh hari.this friday gonna be my last class and end up this semester with this kind of feeling really put a cloud on my head.at least,Madam Atifah sudah mendengar keluh-kesah mereka itu.thanks a lot Maam :)


otai:bilalah dia nak mengikut langkah mak cik nya :D

Sunday, April 5, 2009

penat dalam syukur.

2 hari berkampung dengan projek drama yang baru diwujudkan semester ini membuatkan otot-otot aku menjerit minta diurut.tangan mengadu,kaki mengendeng.agak penat tapi tetap bersyukur sebab aku tahu aku tidak membazir masa dengan perkara yang tak berfaedah selama 2 hari ini.ada sesuatu yang dapat aku kongsi dengan mereka,ada ilmu yang mengalir,ada senyum yang terukir,ada pengikat yang makin menguatkan ukhwah kami.susah dan senang tetap bersama.tolong orang lain,dan minta moga Allah mempermudahkan urusan kita.

di saat-saat babak terakhir hendak dirakamkan,hujan turun menderu-deru.ujian Dia.bersyukur lagi kerana mereka punya tahap kesabaran yang tinggi.12 jam mengerah tenaga di luar memang mengambil tenaga.ditambah dengan kerisauan "cukup sempurnakah cerita kami?"dengan segala dhomir dan fi'il yang aku pun masih kurang mahir lagi,menzahirkan betapa kurangnya ilmu aku.Alhamdulillah,Dia Maha Penyayang,Maha Melihat dan Maha Mendengar.doa kami agar usaha kami itu nanti mendatangkan hasil.assignment Arab yang kedua terakhir disempurnakan dan esok petang assignment terakhir untuk persembahan kreatif,lagu anak itik Tok Wi yang diubah suai ke dalam Bahasa Arab menjadi pilihan.thanks Hawa untuk ilhamnya :) belajar itu satu perjalanan hidup.jangan berhenti belajar selagi kamu masih bernafas.kutiplah segala ilmu yang ada.aku,kau,ilmu,hujan,sahabat,usaha segalanya milik Dia.

"dan milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi,dan (pengetahuan) Allah meliputi segala sesuatu" (4:126)



"kalau kau tanya,siapa yang mencarikkan hatimu,akulah jawapannya,
jika kau tanya siapa yang mengundang dukamu,tetap aku jawapannya,
akulah yang membawa tangis dalam senyummu,
akulah yang mengarak mendung kelabu bertandang ke langit cerahmu,
aku jua lah yang menggalaskan kau dengan pikulan yang tak mampu kau pikul.
hentikan segala deritamu,hentikan segala resahmu.
Kau pasti lebih mengerti :D"

Thursday, April 2, 2009

days of high euphoria



sebelum memulakan bicara,Hana ini untuk ko :D

gambar di atas ni aku ambil sewaktu mereka menunaikan solat Asar,budak-budak ni baru habis sekolah agama dan hari hujan di Bandar TAR.aku dan Syairah bercerita perihal zaman sekolah kami dolu-dolu :)

post ini adalah atas permintaan Cik Hana nun di sana.sebagai balasan kite nak susu lembu fresh dari NZ (erk!ko tak suka susu kan Hana? :p ) mari kita balik semula ke tahun 2001-2005,merentasi masa,membuka ikatan minda yang tersimpul kemas setelah berlalunya zaman paling best di muka bumi ni.disebabkan keputusan UPSR aku yang tak berapa bijak itu,aku diterima masuk ke SMKASR,bumi bertuah aku.sampai-sampai di sana,terus didaftarkan di dorm akak-akak Seniors membuatkan aku cuak untuk menyesuaikan diri.first time aku masuk dorm B1-5,aku ingat lagi,Kak Huda tengah makan goreng pisang dan siap offer aku lagi.tapi,walaupun teringin nak makan,kena berlagak cool la disebabkan masih segan lagi :D aku,Fatin dan Syakirah je budak Form 1 dalam dorm tu tapi sangat best tau!sebab kitorang dilayan dengan pampered sekali.bertuah!haha~ aku sangat suka tidur sebelah Kak Efie,kakak yang sangatlah caring tentang perihal adik-adik.sampai orang tahu aku adik manja Kak Efie,tapi sekarang dah lama tak contact Kak Efie(sedih :( )

dipendekkan cerita,antara perkara-perkara cool yang masih melekat dalam kotak memori aku adalah yes!peristiwa putus bekalan air.sangat best kan kawan-kawan?bangun pagi seawal 3 am,turun padang besar sekolah kita tu,beramai-ramailah mandi kat tepi padang tu.kalau bangun lambat,nanti kena berebut dengan putera pula.hoh,dah lama tak guna istilah itu :p bergilir-gilirla kita membuat tirai kain batik,perempuan kenalah menjaga diri,kan.paling best waktu kita Form 3.sebulan takde air.PMR pun dah makin dekat,selama itulah juga kita semua bersabar,saling tolong kejut-mengejut di pagi hari,saling berjimat-cermat menggunakan air.time tu lah juga terasa kuatnya ukhwah kita kan?dan,dan sangat best waktu PMR sebab kita diberi breakfast yang special.telur separuh masak yang ummphh!apa ya nama mak cik dining kita yang baik hati tu?Mak Cik Mah kan?sangat ramah kan beliau? :)

dan ini pun best juga,Malam Warden.every year batch kita akan berusaha membuat performance yang terbaik.ingat lagi dikir barat Hindustan kita tu Hana dan Husna?haha..banyak je idea budak-budak ni kan?dan bila time kita handle Malam Warden,kita adakan di waktu siang hari pula.dengan fesyen show tajaan Hana,aku segak bergaya jubah koleksi Saadah dengan Syaza.ko pun Hana,apa kurangnya dengan wajah ko yang ayu naturally tu :p kawan-kawan,Hana memang terkenal di sekolah dengan keayuannya.haha~ dan time kita Form 4 jugakla kita sibuk dengan business PUM.pantang bila mana ada je events,ahli Lembaga mulalah sibuk merancang itu dan ini.sangat enjoy berganding tenaga mengangkat barang-barang jualan,mencuci pinggan dan kuali bila tamat jualan,potong-potong buah,kira-kira duit.rindunya kat korang semua!sorry Hus waktu meeting tu,kita cadangkan kamu untuk post Pengurus Pentadbiran.sebab kamu sangat layak! :D tak lengkap rasanya kalau tak sertakan nama Ustazah Arbaayah,warden kesayangan kita semua.nasihat dan leteran beliau sangat aku rindukan.baru aku rasa beliaulah yang sebenarnya banyak membentuk kita.susun kasut sebelum masuk bilik,cadar ditegangkan,cuci toilet waktu gotong-royong,cabut rumput kat kawasan hostel dan baju dilarang bergantungan di depan katil benar-benar membentuk aku untuk sensitif pada keadaan yang berselerak.Cikgu Ros,kalau ada je baju yang berselerak dalam dorm,for sure dalam masa sesaat baju itu akan berterbangan di udara lalu jatuh ke court badminton.kalau bernasib baik la tu,kalau tak,masuk longkanglah jawab nya.mujur baju aku tak pernah menjadi mangsa :)

bila dah Form 5,kehilangan Husna dan Fatin benar-benar terasa.kalau seorang teringat pasal mereka,maka 1 geng akan menangisinya(hyperbola lagi).bila dah dekat raya,1 geng bertukar kad raya.aku simpan semua kad raya korang tau! :) bila nak ke dining,selagi tak cukup ahli,takkan keluar.dan ko kan Hana yang selalu siap lambat.haha~ aku nak mengimbau banyak lagi ingatan kita,tapi Sir Nazim tak benarkan.beliau minta aku baca kes :D

special untuk ko Hana,kita nyanyikan lagu sekolah!alamak,lupa lirik :D nanti ye?Sir menunggu kita ni :D

Wednesday, April 1, 2009

adjournment sine die

seriously,aku blur first time bile dengar perkataan "Adjournment Sine Die".bunyi memang meremangkan seluruh tubuh aku (hyperbola).semalam aku hadir ke satu rancangan diskusi TV9, Hujah yang diadakan di Dewan Seri Budiman ni je.dekat dengan kolej,jadi janganlah melepaskan peluang :D tajuknya berkisar tentang apa lagi kalau bukan krisis di negeri tanah tumpah lahir aku.sebab dah selalu sangat orang bertanya,siapa sebenarnya MB Perak yang sah,kenapa nak memberi alasan untuk tak datang kan?bagi pendapat aku,tetap lagi Dato' Dr Zambri,walau ramai yang mempertikaikan kesahihannya,still itu satu daripada discretion Sultan,kan?Dato' Zambri pun telah membawa kes berhubung kuasa Speaker yang telah mensuspendkan beliau dan 6 orang rakannya dari Dewan Undangan Negeri.selagi keputusan hakim tak dikeluarkan,kita akan terus menunggulah sama ada beliau itu masih lagi Ahli Dewan atau tidak.

sangat bersyukur sebab aku diberi peluang untuk berada dalam landasan ini dan aku sangat suka belajar dari isu-isu yang timbul ini.disebabkan segala assignment dan tugasan-tugasan aku untuk semester ini telah dibereskan dan hanya menunggu semester ini untuk berakhir 3 Mei ini insyaAllah,maka aku pun mengisytiharkan "adjournment sine die" untuk diri sendiri :D

terima kasih TV9 sebab buat diskusi dekat dengan kolej aku.Alhamdulillah.semalam jugalah baru aku faham kenapa keputusan Speaker DUN Perak itu menjadi isu.kamu semua pun pasti tahu,kan?aku cuma nak share,adjournment sine die itu maksudnya penangguhan persidangan DUN atau Parlimen,cuma bezanya dengan adjournment biasa adalah kerana ia diisytihar sewaktu sidang Dewan telah menyelesaikan tugasan mereka dan tiada lagi isu berbangkit.mungkin ada sesetengah pendapat yang akan membangkitkan hujah,apa bezanya adjournment sine die dan prorogation.kedua-duanya diisytihar apabila Dewan telah menamatkan tugasan.perlu diingat,kedua-dua perkataan ini memberi impak yang besar di mana prorogation dilakukan bila Dewan menamatkan sesi dan untuk memanggil Dewan kembali bersidang memerlukan consent dari Sultan vice versa pula dengan adjournment.Speaker punya kuasa memanggil Dewan bersidang bila melibatkan adjournment tanpa perlu consent dari Sultan.nah!aku mula membebel.baik,baik,sila berhenti.harap-harap ada sedikit input yang berjaya aku sampaikan :D untuk details,bolehlah mencari artikel tulisan Tommy Thomas.di situ,kamu akan lebih faham tentang segala istilah-istilah persidangan Dewan ini.

esok,plannya nak ke Rumah Soleha di Bandar Tun Razak,menziarah adik-adik di sana.Alhamdulillah Komie dan Hawa bersetuju akhirnya untuk turut serta setelah dipujuk rayu aku.haha~ jadi,semua sekali 6 oranglah yang akan berhimpit dalam kereta Kak Farah esok hari.semoga Allah menyempurnakan niat kami,insyaAllah.



mari ke sekolah!



ikan Syairah:Rei,Kenzu,Masau,Erie,mereka comel!

p/s:Fai,jom ikut lagi! :D

Friday, March 27, 2009

si khairul dan oral arab :D

pagi tadi;

Encik A:Khairul Anis Shafikah.
Si Khairul:Ya!
Encik A:Degil?
Si Khairul:Tak.
Encik A:Keras kepala?
Si Khairul:Tak.
Encik A:Saya tak suka orang nama Khairul.
Si Khairul:Kenapa?
Encik A:Sebab orang nama Khairul ni degil.
Si Khairul:Aa?

agak judgemental Encik A tersebut tapi tak mengapa.betul ke aku degil?mungkin Mak lebih tahu jawapannya,kan Mak? :) aku tahu aku memang degil kecik-kecik dulu.Mak tak bagi pergi sekolah naik basikal,aku gigihkan jugak diri.konon macho la naik basikal ke sekolah.(ketuk kepala sendiri).aku sampai pernah kena hanger dengan mak.dahsyat tak dahsyatnye degil aku ni.memang cabaran yang besar nak menjaga anak yang kecil tapi langkahnya besar.bila dah besar,baru terasa degilnya aku dulu!nasiblah Mak tak pernah picit-picit aku waktu aku baby dulu.

Oral Arab petang tadi,Alhamdulillah,ustaz kononnya nak tanya soalan 3 atau 4 je,sekali aku dapat 7 soalan!tapi,yang best dialog Komie la :D

Ustaz:maza tafa'lin fil utlah?(apa yang kamu buat waktu cuti?)
Komie:an-naum(tidur).

haha..Komie,agak-agakla.Ustaz pun tersenyum tersipu mendengar jawapan Komie.apapun,Alhamdulillah da lepas! :) tapi,kerja Sir tak siap lagi!tahniah :D on going Sir,on going.hee~

Thursday, March 26, 2009

that's my bro!

received a phone call from Puan Ainun tadi,dengan suara gembiranya beliau berkata;

"Mak kat sekolah Iman ni,de Hari Anugerah.Iman dapat top 10 student batch die"

dalam hati,(Wow!erk..bukan budak tu malas ke?haha~) apapun tahniah ye adikku.usaha lagi tahun ni.seronok dah Mak tu.tapi,jeles.Ayah nak belanje dia makan dan aku tiada sekali.nak join gak!punya seorang adik yang matured seperti dia kadangkala membuatkan aku tersipu sendiri.mana tak nya,tiap kali aku bersorak-sorak memanggil nama dia,aku pasti akan mendapat jelingan tajam dari dia.kadang-kadang,kata-kata dia lagi bernas dari aku.agak sedih tak boleh kembali ke alam kanak-kanak.haha~ dan hakikatnya,aku tetap orang paling rendah dalam family dan sering mendapat title anak bongsu.tahniah! :)



[ketam dijumpai terdampar dalam akuarium Wet World,comel kan?]

semoga kamu berusaha lagi ya Adikku.gunakan buku-buku yang Encik Afifi dah belikan hari tu.darosa Fillah!

Tuesday, March 24, 2009

Mari pujuk Si Dia

“Sabar,sabar,sabar!Sila bertenang!”

aku sangat perlukan seseorang untuk ungkapkan itu kepada aku. Maaf aku pinta kepada kawan-kawan hari ini sekiranya mimik muka aku tak seperti selalu. Aku terasa benar-benar terluka petang ini. Terluka dilukakan diri sendiri. Kenapa Anis selalu saja careless? Sudah ditulis tapi tidak diselitkan. Membentak rasanya persoalan itu dalam kepala otak yang membelenggu. Aku pujuk Si Dia yang makin terkulai, bimbang dia akan menyalahkan takdir. Jangan Hati, kau diuji bukan untuk terkulai, bukan untuk kau angkat bendera putih itu setingginya, tapi kau diuji supaya kau terus tunduk dan yakin, Allah always knows the best! Setiap percaturanNya, hanya Dia yang tahu, beyond the reasonable eyes. Aku mungkin takkan nampak apa,kenapa dan mengapa ia diatur sebegitu rupa, tapi bersabarlah hatiku sayang :) Dia ada untukmu, Dia ada menyayangimu, Dia ada setia mendengar setiap titis tangismu.bersyukurlah,impaknya masih belum memakan diri lagi.ya!saya bersyukur untuk itu!

Mungkin kau senang saja terluka disebabkan siri-siri kehidupanmu yang lalu. Aku bersalah padamu kerna sering melukaimu dengan perkara-perkara yang tak aku jangka akan aku lalui suatu ketika dulu. Yang tak pernah terfikir dek akal kecilku pada waktu dulu. Tapi Hati, kan Anyah selalu ingatkan, family sentiasa ada kan? Mak dan Ayah kan ada. Anyah dan Abang tak cukupkah lagi? Aku tenang setiap kali Encik Afifi memujuk kau, Hati. Jangan biar peristiwa semalam terus menghantui dirimu. Simpanlah ia sekemasnya, bungkuskan ia lebih tebal lagi, agar ia tak serapuh kertas belacan, agar ia takkan membuka lagi episod duka itu. Jangan cepat kau terluka, jangan jadi lembik okay! Bangun!

Kawan-kawan, terima kasih atas doa kalian yang tak putus-putus. Terima kasih sebab selalu memahami aku. Muchas gracias!