Friday, June 12, 2009

Pilihan

Ini bukan pilihan cinta tiga segi yang memerlukan aku memilih dia atau dia,bukan jua perlu memilih antara Si Biru atau Chelsea(walau aku tahu yang kemudian lebih bermakna untuk kamu),nope,bukan,tidak.Tapi ini persoalan yang memerlukan pilihan,sama ada kedua-duanya,salah satu,atau menolak kedua-duanya.

ANAK
Anugerah atau Ujian?

kelmarin,ada seorang kakak membuat panggilan telefon ke radio,mengadukan nasibnya yang sudah 4 tahun mendirikan rumah tangga tapi masih belum dikurniakan zuriat.Dirinya dibebani rasa rendah diri apabila orang sekeliling mula membuat persepsi masing-masing.Tetapi,kakak itu bertuah,punya suami yang sentiasa menyokong,menjadi pendamping yang setia,suami idaman.Bersabarlah kakak,mak cik saya 10 tahun usia perkahwinannya barulah Allah mengurniakan dia cahaya mata.Allah itu Maha Mengetahui,ya kan?Mungkin Allah mahu memberi kakak masa untuk lebih bersedia.Waktu itu,aku rasakan,anak memang suatu anugerah,yang tak semua antara kita akan menikmatinya.Wanita mana yang tidak bersedih jika itu kekurangan mereka.Hati perempuan mana tidak tersentuh melihat kebahagiaan orang lain.

Dan,tempoh hari,sekali lagi aku diuji dengan persoalan yang sama.1 hari 1 malam menjadi ibu ganti pada Si Kenit cukup menduga.Kali ini,bermalamnya dia di rumah kami dengan mood yang tak ok.Malamnya,dia minta untuk tidur dengan aku.Aku menurut.Sekitar 240 pagi,dia merengek,menangis dalam tidur.Aku bingung mulanya.Bukan sekali,tiga empat kali dia menangis.Mahu mengejut Mak,tapi niat dibatalkan kerana aku tahu Mak penat.Lalu,aku baca Ayat Qursi berulang kali sambil menggosok badan Si Kenit.Moga segala gangguan dihindarkan.Alhamdulillah,usaha berhasil.Terdetik juga di dalam hati,anak kecil yang sudah menjengah 3 tahun pun masih menangis dalam tidur.Bukan mudah tanggungjawab ibu :)

Di hari siang,kami singgah ke kedai.Aku belikan dia ais krim,memujuk hatinya yang selalu merajuk.Tapi,lain pula yang menarik hatinya.Dia menarik carta ABC.Aku mulanya enggan menuruti kehendaknya sebab aku tahu,minatnya hanya bertahan untuk hari-hari pertama saja terhadap carta tersebut(tambahan,duit di dalam dompet kekeringan sebab dah lama tak mengunjungi ATM :p).Apa reaksinya?Dia menangis,sambil menarik-narik tangan aku,minta aku belikan.Aku mengalah jua.Waktu itu,aku rasakan anak jua merupakan satu ujian.Apabila kita berhadapan dengan situasi tersebut,kita terkadang keliru,sama ada untuk bertegas atau menuruti kehendak mereka.Aku selalu mendengar pesan Mak,anak jangan terlalu dimanjakan,kelak dia tidak tahu membezakan antara yang baik atau buruk.Tetapi,kalau berhadapan dengan situasi begitu,yang perlu memilih antara bertegas atau kasih yang tak berbelah bagi,ada di antara ibu yang tersalah pilihan.Aku jadi takut,tidak tahu bagaimana dan apa pilihan yang akan aku buat.Ia nampak mudah tapi sukar.



waktu nakalnya sukar dijangka

Aku pernah mencatat sedikit info parenting skill yang aku dengar daripada sebuah forum.3 peringkat cara mendidik anak mengikut perkembangan usia mereka:

1.7 tahun pertama
Perbanyakkan unsur komunikasi,sosial dan emosi dalam mendidik anak.Banyakkan berbual walaupun mereka waktu itu masih bayi lagi.Komunikasi lisan dan sentuhan dapat membantu membentuk emosi mereka.Wujudkan perasaan dihargai dan disayangi dalam diri mereka.

2.7 tahun kedua
Waktu ini kita perlu mengajar mereka tentang unsur halal dan haram.Solat pun perlu kita terapkan seawal usia ini,kan?Didik mereka supaya menutup aurat,wujudkan sifat malu dalam diri mereka untuk melakukan dosa.Kenalkan mereka pada dunia yang luas dan penuh ranjau ini.

3.7 tahun ketiga
Aku kira di peringkat terakhir ini,mungkin kamu sedia maklum.Di usia remaja mereka,jangan terlalu sombong dan ego dengan mereka.Kita perlu bersifat seperti seorang kawan yang baik pada mereka.Yang mendengar segala keluh-kesah,suka dan duka mereka,kerana di waktu ini,kebanyakan anak-anak lebih prefer pada teman mereka untuk mengadu tentang segala hal.Jangan terlepas pandang,ibu bapa yang sepatutnya lebih mengenali masalah anak-anak mereka,bukan orang lain :) Jika ada yang perlu ditegur,intonasinya jangan dulu dinaikkan.Mungkin,musyawarah lebih berkesan.

Wallahu'alam.Aku sebenarnya cetek ilmu.Belum merasa lagi menjadi seorang ibu yang hatinya kita pun tidak mengerti.Tapi ingat,jagalah ibu kita seperti mana kita menjaga Syurga kita kelak,insyaAllah :D

=>Coursemate aku,tahniah untuk semua result kalian.Moga kita lebih berusaha next sem!Sir Nazim dan semua lecturer,terima kasih dari lubuk hati saya.Tiada yang mampu dibayar atas segala kesabaran kalian mendidik kami.Terima kasih!

Monday, June 8, 2009

Kasihnya Qasidah.

Qasidah masih di situ,di tikar sejadahnya yang kian usang.Berteleku mengenang dosa semalam.Saban hari,itulah rutinnya.Dingin malam terus menemani hati yang berantakan.Jiwa kalau tak dibasuh dengan solat malam,dirasakan seakan kosong.Matlamat akan kabur,pencarian semakin samar.Qasidah terus bermunajat,memanjatkan puji hanya pada Yang Berhak.Dilahirkan tanpa kasih sayang ibu dan ayah dan hanya menumpang kasih nenek yang telah kembali ke pangkuan Ilahi pernah membuat dirinya menyalahkan takdir.Qasidah rasa terabai,Qasidah membiarkan dirinya dihambat dunia yang tak pernah lari dari keseronokannya.Dunia sentiasa mengejar hati-hati yang kosong.Jiwanya buta dengan perkataan "Mardhatillah",walau ia acap kali didengari,hatinya tak tergamit langsung dengan kalimah itu.

Kakinya tersalah arah,ditujunya arah yang terus menggembirakan Sang Hitam dalam hati yang kosong.Waktu itu,akalnya seolah hilang panduan.Qasidah tidak melihat lagi sucinya kasih Yang Maha Agung.Qasidah terus menzalimi diri,tak terfikir olehnya pada hari kebangkitan kelak,dia lah yang akan bertanggungjawab atas segala perilaku dan tindak-tanduk anggotanya.Qasidah seolah lupa bahawa mereka akan menjadi saksi utama di hadapan Yang Maha Agung.Qasidah lupa,lupa segalanya.Qasidah dinodai dosa yang dirasakannya mencapai ke langit yang ketujuh.Malah,mungkin lebih dari itu.Hadiah dari seorang teman,sedikit demi sedikit membukakan hatinya.Jiwanya yang pernah memberontak suatu ketika dulu semakin hari semakin runtun. Itulah hadiah paling berharga,sebuah tafsir Al-Quran.Itulah kekuatan ayat-ayatNya,yang mampu mencairkan jiwa-jiwa hingga kita takut pada azabNya.(Rujuk AQ,59:21).

Malam ini,Qasidah melakukan rutinnya.Dibuka lagi selembar demi selembar helaian tafsir Al-Quran pemberian temannya.Teman itulah yang membuatkan Qasidah berasa dia masih diperlukan di dunia ini.Teman itulah yang membuka matanya bahawa dia punya tanggungjawab itu,menyampaikan risalah dakwah.Walau diri masih bertatih,namun temannya meyakini Qasidah,bukankah walau sepotong ayat pun wajib disampaikan?Qasidah mahu jadi Qasidah yang baru,yang menutup hatinya dari jalan kesesatan.Jalan kebatilan itu takkan pernah jemu mengundangnya kembali seperti dulu,namun itu bukan pelemah.Kekuatan dicari,pelemah dijauhi.Malam ini,Qasidah membuka surah Ar-Rum yang dirasakannya seolah memujuk jiwanya yang pernah tandus itu.Air matanya gugur lagi.Walau dosa seakan tak tertampung lagi,tidak pernah sekalipun dia merasakan Yang Maha Agung murka padanya.Tapi,manusia-manusia yang pernah dikenalinya dulu,sedikit kesilapan dibalas dengan cercaan yang merobek hati.Cinta Yang Maha Agung itu terlalu luas,tak terjangkau pada akal normalnya.

Sujudnya lagi Qasidah di malam itu.Melepaskan segala kerinduannya yang tak tertanggung lagi.Kesucian cintanya jangan lagi dicemari.Di saat dia meratap hiba,Kekasihnya Maha Mendengar.Di waktu batin Qasidah meronta sakit,Kekasihnya Maha Mengetahui.Tiada siapa yang tahu derita jiwanya,tiada yang mahu memahami,tiada.Kerana dia sebatang kara.Namun,Qasidah mencuba,nama Kekasihnya tak pernah lekang dari basah bibirnya.Dipuji siang dan malam,walau sesaat kehilangan terasa hilang setianya.Qasidah oh Qasidah. Doanya pada ibu dan ayah tak pernah dilupakan walau kasih mereka tak sempat dijamah.Qasidah mahu matinya nanti dijemput Izrail dengan lambaian syurga.Qasidah mahu Kekasihnya nanti menghadiahkannya taman syurga.Qasidah mahu kasihnya akan terus setia pada Yang Maha Agung,kasihnya Qasidah,tiada lagi gusar di hati.Qasidah terus di situ,meluahkan cintanya yang satu.

"Mati itu pasti,hidup...insyaAllah"-Cinta Sang Ratu,RAM :)

p/s:Cik Nor,temanku sayang,jangan bersedih selalu.kamu tidak berseorangan menanggung lara.

Sunday, June 7, 2009

Bila hati berbisik.

Termenung,
Di malam kenduri pak cik-pak cik sibuk berbicara tentang perempuan,
Rimas,
Anak muda yang menegur tak bertempat,
Betah menghukum,
"Tak ada benda lain ke yang bermanfaat nak dikongsi?"
Malu sendiri,
"Mengapa menghukum andai mereka terkhilaf?",
Fitrahnya,
Pentingnya kita saling mengingati,
Kerana itu Dia berfirman dalam Surah Al-'Asr:2-3,
"Sungguh,manusia berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan
serta saling menasihati untuk kebenaran
dan saling menasihati untuk kesabaran"

bila hati berbisik,pujuklah ia dengan puji Ilahi,
jangan biarkan Sang Hitam menjadi raja tak bertakhta.

Monday, June 1, 2009

Hikayat Doraemon

aku dah terbiasa,kalau tak Doraemon,makanya jadilah Emon atau yang seangkatan dengannya.sampaikan kawan sekolah rendah aku pun sudah tahu nick name SMKA aku tu.mana tak nya,si kawan SMKA bertanyakan:"Doraemon apa cite?" nama saya Anis ok!tapi,tak mengapa,nick namenya sedap didengar :D

sepanjang hari ini,menghabiskan masa senggang yang tak berapa senggang bersama my-love-lepak-friends:Siti,Farehah dan Aridza dan cerita sekolah rendah takkan kami lupa.seronok kan kawan-kawan zaman muda-muda dulu,dengan tudung bulat yang tersangatlah bulat.seingat aku,aku lah budak perempuan dalam class 6I dulu yang paling bulat dan gelap.gambar menyusul.class kami lah yang selalu dapat award class terbersih dan terceria,sampai tak perlu announce,dah tahu siapa empunya gelaran.segala buku dan majalah ilmiah bergantungan di sudut bacaan class dan pagi-pagi,siapa yang bertugas,perlu menyapu selicin yang mungkin.kami juga pernah memelihara anak burung yang disorokkan dalam locker buruk belakang class.bila saja nak burung itu ber-chip-chip,masing-masing buat muka tak tahu apa-apa,takut cikgu marah.



aku yang depan,dari kanan,no dua:bulat :D

guru class kami,Cikgu Noorsiah,merangkap mak Atirah(classmate yang otai) merupakan guru BM kami.siapa dapat B penulisan,siaplah perut masing-masing.akan ditarik sehabis mungkin dan dipulas.ouchh!Alhamdulillah,aku tak pernah kena :D tapi,sebab Cikgu Noorsiah lah class kami menjadi sangat fun.penuh dengan geng gaduh dan debat,budak lelaki yang tak habis mencari pasal sambil mencurahkan idea-idea tak kering gusi.aku jadi teringat waktu aku main kejar-kejar sampai jatuh lalu terkoyak kain sekolah aku.malu sungguh.nasiblah tak besar,tapi makan leter jugalah dengan mak bila sampai rumah,aku tahu aku sungguh kurang baik dulu :D muka pun dah jadi hitam metallic gara-gara setiap petang mengayuh basikal ke sekolah yang agak jauh.kononnya latihan rumah sukan tapi menyembang yang lebih-bak kata Aridza.biasalah,budak kan.koir class kami,lagu "We will rock you" kami hentam,menang pula itu,sungguh memelikkan.

ada juga yang mencipta adegan pos surat melalui kaedah baling-baling kertas,sungguh bijak bistari kalian.kalau cikgu bermesyuarat,geng-geng pengawas yang paling ringan mulutnya,bukannya menjaga class,malah menjadikan class ibarat pasar malam lengkap dengan si penjual sayur,ikan dan ayam.aku bertugas jaga kantin,lalu akulah paling awal keluar rehat.alasan big boss,bijak.banyak lagi cerita mereka yang aku rasa tak mampu untuk dicoretkan.tahu sajalah,zaman budak-budak pasti mampu membuat kita tersenyum sendiri.

Sunday, May 31, 2009

put the blame on me,only.

'D highest failure subjects dis sem are
CONSTI 2, land 1 n equity'
dipetik dan ditampal semula dari blog Cookie.
soalan pertama:apa perasaan anda ketika ini?
jawapan:mestilah 'gembira!'(dalam nada sedih) sebab aku tahu,aku tahu,aku tahu.don't blame the quest,blame yourself.meletakkan paper Consti di tengah kekalutan paper-paper lain dan menangisi diri yang tak kuat mengharungi class Sir Nazim.
soalan kedua:apa harapan anda?
jawapan:semua berharap yang kita semua akan lulus hendaknya.paling kurang,lulus pun Alhamdulillah.tapi,memikirkan jawapan kita semua,adakah menepati piawaian SIRIM Sir Nazim,membuatkan aku termangu sendiri.sedangkan di dalam lecture hall pun,1,2 soalan Sir,adalah yang menjawab,masuk soalan seterusnya,lecture hall bagaikan sudah berpindah ke kutub selatan,beku.tangan menggigil,hati merintih,kenapa sukar menyenangkan hati Sir?
soalan ketiga:apa yang akan anda lakukan sekarang?
jawapan:berdoa,berdoa,berdoa!kawan-kawan,tolong doakan kami ya terutamanya yang berada di dalam class Sir Nazim ini.kamu tahu kan betapa unexpectednya beliau.
soalan keempat:apa akan jadi kalau kamu perlu repeat?
jawapan:siapa yang tidak akan bersedih.tapi ingat,REDHA.Allah Maha Mengetahui,itu penyejuknya :)

bila mahu jadi Ummi?

jalan yang akan aku lalui ini,tampak mudah,
namun likunya berduri,tepiannya gaung,lembahnya berlumpur,
aku acap kali terjatuh,terangkak-rangkak aku bangun,
mengalah?mungkin tidak.
selagi nyawa belum di ghalgharah,takkan bisa berpaling,
langkah yang sumbang cuba aku perbetulkan,
walau aku tahu,keringatnya memakan hati,
tapi,untuk apa takut pada hati yang sakit,
kalau balasannya redha Allah?
janjiNya ingin aku reguk,peneman diri di kala hati berbisik.

aku punya 1 cerita,tentang Si Kenit itulah ;D
minggu lepas,kakak aku masuk wad,kandungan gula dalam badannya tinggi,risiko untuk baby yang digelar Alesha "Adam Kodam".ini semua adalah kesan pengambilan ubat batuk dan 100 plus akibat kakak aku yang demam.Alhamdulillah,satu hari saja beliau di wad.(pesanan untuk bakal-bakal ibu,jaga pemakanan ok! :D )

sepanjang ibunya di wad,Si Kenit bertandang dan bermalam di rumah kami.segala eksperimen dan research yang dibuatnya di bilik aku,tak perlu dikira lagi.Mak,yang excited mahu mengajar Si Kenit tidak memakai pampers lagi,menjadikan aku bak "The Scary Mother Step".mengapa?

2 kali Si Kenit buang air dan sekali 'melabur'(yang last itu dalam bilik aku.oh!) menariknya,selesai 'buat projek',barulah dia beritahu "Opah,chacha kencing".aku cuma mengambil giliran menjadi cleaner untuk peristiwa kedua dan ketiga.hebat la tu,2/3.haha..aku rasa aku tak kuat membebel,tapi ternyata aku silap agaknya.sebabnya,Si Kenit itu telah menghantar report khas pada ibunya.dia mengadukan pada ibunya perihal 'projeknya' yang merata itu.lalu,kakak aku bertanya;

"Opah marah tak?"
"Opah tak marah,Cik Yang marah"

nak tergelak dengar cerita kakak aku.yang aku ingat,waktu itu aku cuma pesan pada dia supaya beritahu aku kalau nak membuang apa-apa.mungkin sebab dia anak manja,diingatnya aku marah.sorry Sha,Cik Yang tak marahlah.suka mulut becokmu itu :D buat Hana dan Husna,jadikan kisah ini sebagai pengajaran.kalian kan,bakal...(rahsia YM :D )

"tido-aku ingin berbual dengan dia,tapi x mampu :( "-understand,sila minum MILO :)

Monday, May 25, 2009

"Aku mahu Dewasa"



Ku halakan pandangan ke luar tingkap,
mendung,semendung diri yang mencari,
tika nelayan bertaruh nyawa,antara hidup dan mati,
menanti mungkinkah Izrail bakal menjemput,
gelombang ombak makin mengganas,
aku yang jauh di daratan bertarung dengan suara itu,
bagaikan pendekar si penglipurlara lagaknya,
tapi,segagah itukah aku?



angin berhembus tidak sesepoi semalam,
namun nyamannya masih terasa,
dada langit ku renung,
awan yang semakin suram dan kelabu,
ku imbau,seakan jejak-jejakku semalam yang berdebu,
ku renung lagi ke dada langit,
berharap birunya akan kembali,
berharap dan terus berharap.



"Maka ada pun orang yang bertobat dan beriman,serta mengerjakan kebajikan,maka mudah-mudahan dia termasuk orang yang beruntung" (28:67)



semoga pemimpin-pemimpinku jua akan lebih dewasa :)