Friday, October 1, 2010

bukan jodoh kita doktor.

Kenapa saya tak meletakkan doktor sebagai antara ciri-ciri pilihan hati?
Sebab saya rasa saya tak mahu rasa sunyi lagi.
Kalau doktor banyak masanya di wad,
sunyilah syurga dunia saya.
(lagi pula,jangan berangan doktor nak meminang kau)

Walaupun Syairah kata,
kalau semua orang tak nak suka doktor,
siapa pula mahu temankan doktor-doktor soleh ini?
Siapa yang mahu jadi kekuatan mereka?
Siapa yang mahu membina syurga mereka?

Mungkin saya rasa saya belum kuat lagi
untuk menyokong si suami yang jauh dari pandangan mata.
Untuk membina syurga dunia saya tanpa dia di sisi sentiasa.
Mungkin saya mahu dia sentiasa menjadi bahu dan kekuatan saya.
Mungkin saya mahu selalu rasa disayangi.
Walaupun sang doktor juga punya cinta yang tinggi.

Mungkin juga kerana saya sememangnya mengada.Hati dan jiwa senada,tiada irama kedengaran lagi.Tiada bunga sakura bertaburan di pandangan mata.

Jodoh itu rahsia,biarkan rahsia jadi kejutan.

Wednesday, September 29, 2010

tiba-tiba jadi stalker.

Sejak minggu lepas,saya selalu jadi stalker FB seorang hamba Allah ini.Orang baik firasat saya.Dia baru melangsungkan walimahnya (faktor jadi stalker setia).Bukan kawan saya pun.Banyak nya masa ekau kan nak stalk orang segala.

Saya suka baca post dia yang ini;

"Semoga setiap masa kami terisi dengan ganjaran pahala"

"Tiba di __________ membawa pulang hadiah berharga dari ___________"
(nama kampung isterinya)

Ok,manisnya.

Dan ada juga sahabatnya yang mengucapkan dia bertuah punya isteri seperti isterinya itu.Saya terdiam.Bertuah kah kamu dengan saya yang tak punya apa-apa?

Daulatkan daerahku.


Daerah ini bukan terra nullius,
bukan juga berpenghuni.
Daerah ini kosong,
yang ada hanya sinar matahari dan bulan.
Kuasa daulatnya belum tiba.
Menunggu surat kuasa dari Maha Pemerintah.

Daerah ini tak menjadi konflik kuasa,
ia terpencil,sepi,
dan memencil.
Daerah ini bukan pertaruhan,
antara kalah & menangnya perang dunia.
Daerah ini memilih untuk memencil.

Daerah ini bukan terra nullius,
hanya menanti daulat Sakeenah & Mawaddah,
daulat yang satu,
daulat yang dilantik Maha Pemerintah.

Daerah ini bukan Island of Palma atau Klipperton Island.
Ia hanya daerah bukan terra nullius.
:)

ps: terra nullius adalah istilah Latin yang biasa digunakan untuk merujuk sesuatu kawasan yang belum berpenghuni atau belum dijajah.Tiada kuasa rasmi yang memiliki kedaulatan kawasan itu.
pss: walaubagaimanapun,terra nullius dalam karya ini bukanlah merujuk kepada kawasan yang dimaksudkan secara lahiriah.cubalah menghayatinya,insyaAllah faham :)




Monday, September 27, 2010

Hadiahkan aku cintamu.

Sedangkan langit biru kan mendung & gelap,
sedangkan bumi kan dilanda gempa,
sedangkan laut kan diterjah tsunami,
sedangkan tanah kan merekah,
inikan pula kita.

Sedangkan bumi & langit yang luas Allah yang menjaganya,
inikan pula manusia yang kerdil.
Sedangkan bumi pun berputar mengikut aturanNya,
tak akan Allah itu membiarkan kita menentukan jalan sendiri
tanpa kasih sayangNya?
Tak akan mungkin Allah itu meninggalkan kita.
Sedangkan bumi dan alam dilanda bencana,
inikan pula kita yang katanya khalifah memimpin dunia?
Sedangkan bumi perlukan keseimbangan alam,
apa kita tak mahu pada keseimbangan diri?

Kesedihan ubatnya sabar,
kejahilan ubatnya ilmu,
keburukan ubatnya muhasabah.

Kerana kadangkala ketenangan itu hadir di kala kita bersendirian.Waktu itu,kita mula melakukan proses keseimbangan dengan muhasabah segala dosa & kesilapan.Kerana kadangkala ubat ketenanangan itu ada pada diri kita.Menangislah semahunya,berbicaralah dari hati.Allah itu tak pernah jauh dari hambaNya.Pujuk hatimu kerana kau lebih lama bersamanya,bercintalah dengan hatimu kerana kau lebih memahaminya dan ia lebih dekat denganmu.Kerana itu,jagalah hati,maka dia akan melakukan "tugasnya" dengan tekun.

"Tuhanmu tidak pula meninggalkanmu dan tidak pula Dia membenci" (Ad-Dhuha:3)

Silakan masuk tenang,bertapalah di sini selama mungkin.

Hadiahkan aku rasamu.

Saturday, September 25, 2010

hari belum gelap.

Kamu sedang gembira memberus baju kotormu.
Gembira bersama sang sabun & si pelembut.
Sudah mula terbau kewangian Breeze & AVA.
Hati mula senang.
Tapi kamu terhenti.
Ada getah yang masih melekat di bajumu.
Getah semalam.
Ia tak akan luntur dan akan tetap kekal di situ.

Begitulah.

Waktu kita berdiri di kaki realiti.
Hati mula menggarap sinar cerah matahari esok.
Mula kembang & berbunga.
Tersenyum mengharap bahagia.
Hakikatnya,kita masih terbawa basahnya hujan semalam.
Dinginnya masih terasa.
Bila kita mula bermimpi untuk hari esok,
bayangan semalam tak rela melepaskan.
Kita ditinggalkan kering & gersang sendiri.
Sepi dalam kedinginan.


Kalau hari masih belum gelap,
masihkah ada peluang untuk aku jemur harapan esok?

adik-adik saya.

Esok kami ada open house di rumah Syairah.Kami lah memasak,kami juga lah yang membaham semuanya,semoga.Haha.Selalu kat rumah,saya ada Mak sebagai kawan di dapur.Esok saya ada banyak kawan,yeehoo~

Kenapa Allah tak hantar adik perempuan untuk jadi kawan saya?Sebab Allah tak nak bagi satu atau dua adik.Dia bagi saya banyak adik hari ini untuk dicintai.Adik yang tiada pertalian darah tapi punya pertalian hati.Manis kan?Ya,saya tahu.





"mengapa semua menangis,agar aku selalu tersenyum"-Catatanku.
Bongkah kasih sayang untuk Izureen!
Mimpi indah kawan.

Tuesday, September 21, 2010

Kasut cantik.

Ada dua pasang kasut di depan kita.
Kasut kamu dan kasut saya.
Satu warna pink,satu warna biru gelap.
Dua-dua nampak cantik & sempurna.
Kamu saiz tujuh,saya saiz enam.
(kasut saya comel,yea!)

Satu hari,saya cuba sarungkan kaki saya ke kasut kamu.
Kamu juga cuba memadankan kaki kamu ke kasut saya.
Saiz kita tak jauh bezanya.
Kita cuba untuk memakainya seboleh mungkin,biar selesa.
Agar kemas dan nikmat.
Saya rasa saya akan selesa.

Ternyata,bila saya sarung,
kasut kamu tetap saja lebih besar.
Dan kasut saya tetap saja lebih kecil.
Walaupun kita menyangka jurangnya tak seberapa.
Kasut kamu tetap kasut kamu.
Kasut saya tetaplah milikan saya.
Tempat kamu,kamu saja yang merasa.
Begitulah juga dengan tempat saya.
Kita punya kasut,
yang saiznya beda.

Kita cuba untuk memadankan diri kita dengan kasut yang lain.
Saya dengan kasut kamu.
kamu dengan kasut saya.
Tetapi sampai masanya kita berasa kasutnya ketat,
atau mungkin ia semakin longgar.
Kenapa?
Sebab saya adalah saya & kamu adalah kamu?

Tapi saya berharap kita tak putus asa.
Kita masih punya pilihan.
Saya masih bisa memasukkan kertas ke dalam kasut kamu,
agar saya muat dengan saiz kasut kamu.
Kamu pula bagaimana?
Mahu cuba lagi pakai kasut saya?
Cubalah walaupun sekali.
Ok,terima kasih ;)