Saturday, November 20, 2010

siap sudah kamu?

eh eh anis update lagi?rajin pulun gigihnya dia!memang.

hey kamu rasa dah cukup umur tak nak menjadi ehem mak orang err slow sikit suara plis.terimbau (tu dia) kata-kata cik kawan maybe you know her mahu ada baby tak mahu ehem suami.yeah,jadi ibu best tapi jadi isteri oh-oh tarik diri surrender (kau ingat jadi ibu senang ke).cerita ini gara-gara cerita flash back Mak waktu si anis bergelar budak.mak kata,dulu ayah pernah parking kereta di seberang jalan besar berhadapan stesen minyak dan meninggalkan si anis di dalam kereta.dengan selamba dan gagahnya,si anis keluar kereta dan mahu melintas jalan sambil memanggil "Ayah".(okay kau tak comel pun mengada macam tu.)bila mendengar cerita begitu,si anis yang sudah muda remaja menarik nafas panjang.nasib kau tak jadi lempeng kat tengah jalan sibuk tu kan.

itu anak-anak zaman 10-20 tahun lepas.dah nakal begitu.anak-anak zaman globalisasi ni,memang bijak dari kita yang dah tua.tengok saja si kenit kami,kakak.bila mak cik si anis tegur anak sulungnya yang ralit menonton tibi,si kenit lantang bersuara,"orang sayang anak" sebagai protes supaya mak cik jangan marah-marah anak.tengok,umur 4 tahun boleh kata macam tu?yang umur 22 tahun pun ternganga mendengar upps tutup mulut.

satu hari 'bersantai' bersama 2 makhluk Tuhan paling comel itu pun sudah buat kepala gelabah.ku sangkakan hati selembut sutera,rupanya boleh mencair jadi lava gunung merapi meletup pom.bila si kakak minta susu,nak mandi sejam,nak main game padahal dalam laptop zero game,si adik memanjat kerusi,tekan-tekan keyboard,mengamuk nak tidur,haa baru kau tahu bukan senang jadi ehem mak orang.

ibu-ibu,bagaimana sih kalian menjaga kami semua dengan tekun dan kasih sayang?berat duh ini semua.kakek takut tidak mampu duh melakukan ini semua (amik kau citizenship baru).

ya,sungguh perjalanan ini memang perlu jadi panjang kerana sesungguhnya nyata kau belum benar-benar siap.banyak lagi perlu dibentuk dan banyak lagi perlu dibendung (ehem waktu tidur).orang baik-baik kata,kalau mahu anak soleh solehah,kamu yang kena jadi soleh solehah dulu.ya anak nakal itu lumrah.mereka kan baru mahu mengenal dunia.mahu coba itu ini,mahu rasa sini sana.bukan mudah ya puan-puan pendidikan anak-anak kecil ini.bukan seperti masak-memasak boleh campak-campak dalam kuali.ayuhla kita ke kedai buku cari buku parenting skill.

dan jangan lupa belajar sunnah Nabi juga tentang akhlak Baginda dan anak-anak :)

jom,5 tahun lagi kita tengok hasilnya.bhahsyahhh~

Friday, November 19, 2010

nota 9.

senyum gembira ketawa.
sudah lama rindu berperasaan.
bahagia si pelangi,
berterbangan si rama-rama.
perut suka lupa lapar.

sedih kecewa hampa.
masih perasaan.
mungkin kerana jarang diundang.
ia jadi sepi.

hey tapi awan mendung kan redup.
kelabu pun girang waktu tenang.
asap tiba-tiba jadi kabus pagi.

bila sedih,sang minda kuasa utama.
untuk tukar si beast menjadi si beauty.

motif tak seberapa.tapi sedang berbahagia.terima kasih ;)

Monday, November 15, 2010

hikayat kertas bukan buku hutang 555

pen bertemu kertas suatu ketika dahulu.mereka berkawan baik.pen petah dan kertas lena menerima.semuanya nampak sempurna,simbiosis mereka.pen tidak mempunyai dakwat yang cantik dan semahal Parker.ia hanya local pen tiada jenama,boleh didapati di warung kopi mungkin.kertas adalah keluaran syarikat yang agak well-established.kertas punya kertas sekualiti jenama A4 di pasaran.kertasnya tebal dan mantop.ini bukan kisah Kassim Selamat maka isu darjat dan kasta tidak timbul antara mereka.kawan baik tak kenal duit,itu prinsip.kawan baik kenal percaya ya bijak.

pen selalu mencatat kisah sedihnya yang tidak berjenama.kertas menerima segala kisah pen.kertas tidak menapisnya walau satu huruf.lembaga penapisan bukan penguasanya.kertas percaya persahabatan pen.kertas menerima segala kisah pen yang mungkin tak akan diterima hatta oleh buku hutang 555 itu.yelah buku hutang tengok RM je.okay kau discriminate.kertas juga berpegang prinsip,kawan baik kenal percaya.kertas jadi kawan setia.pen jadi tekad.kertas akan selamanya di sisi pen.eh terbalik.pen akan selamanya di sisi kertas.kerana simbiosis memerlukan mereka begitu.

masa berlalu.kini telah wujud printer di antara mereka.printer nyata sedarjat dengan kertas.pen jadi meminggir.kisah sedih pen menambahkan lagi sebab memencilnya dia.pen kata kertas hanya layak untuk gembira dan bahagia.mana mungkin kertas yang selesa di kilang mahal bergaul dengan pen di warung kopi.pen mungkin akan cari kawan baru,si kertas surat khabar lama warung kopi.supaya pen tak rasa terbeban lagi.pen hanya mahu hidup tanpa rasa bersalah.tahukah kertas rasa pen ini.

tidak kata kertas.walau pen kehabisan dakwat sekalipun,kertas masih di sini.kertas tak akan terbang jauh dari pen.kertas masih punya percaya yang tinggi amat.kerana percaya tak akan memungkinkan kertas terbang jauh dari pen.kisah sedih pen untuk dicoretkan pada kertas.mana mungkin kertas membiarkan pen memendamnya tanpa ditulis.mana mungkin kertas tegar melihat pen menanggung semuanya termasuk berat badan pen dan dakwat.'pen sudah cukup berat' kata kertas.kertas sudah lama dengan kosong.penuhilah dengan kisah pen.kisah pen akan kertas abadikan sebagai kisah kertas jua.sedih atau gembira,biar kertas mengarkibkannya.bukan di muzium arkib tapi di hati kertas.pen dan kertas.dunia pun tahu kita tak akan jauh.kertas percaya pen jadi kita tetap kawan kan?

mahukah pen percaya hikayat ini.

saya ada janji.
jadi sila jangan sakiti.

apa kau merapu tengah malam ni anis sebelum kau over cepat tido.
see you insyaAllah.
selamat hari raya!

Saturday, November 13, 2010

eh tak bestnya entry.

yosh kawan-kawan,amacam cuti?bestnya,bestnya! :)

sebelum balik lagi,cakap pasal balik je,kita cakap boleh makan.sampai rumah je boleh makan.hatta dalam bas sekalipun,ingat nasi mak lagi.sampai Inte pun cakap,"that's so K.Anis".haha.okay,saya baru perasan.memang kau ingat makan je kan.nah lempeng setalam.

makan je ke best kat rumah?eh tak la.banyak lagi benda best.tapi maybe sebab mak punya masakan uh-uh menjilat jari,so perkara lain bai tolak tepi.haha

hari ni kan kawan-kawan,kita baru dapat tengok baby kambing yang dah umur sebulan dekat kawasan zoo mini ayah & mak.macam-macam haiwan ada kat situ.ada itik,ayam,kambing,ikan keli tak ketinggalan nyamuk dan keluarganya.zoo mini kan?kalau ada haiwan nak mendaftar,sila PM (bajet macam kau tuan tanah).yang bestnya,cerita anak kambing.siapa-siapa yang agak-agak dah jemu dengan anak kucing,sila bela anak kambing.manja kot.siap panjat-panjat orang lagi.patutla Anyah tak jemu bagi makan diorang.tadi kita tengok anak kambing tu panjat-panjat badan Anyah.bila Ayah bagi dia keluar dari kandang,dia punya melompat fuh tingginya macam kuda.kerusi patah pun dia nak sodok.

haa,best tak anak kambing?best kan.nanti bila-bila kita click-click gambar dia yeay!

oh ya,tadi ada hari anugerah kakak.kawan-kawan dia bernasyid,dia boleh buat miming muka ja?memang artis.haha.

okay,habis cerita dah.sorry cerita busan.tapi tak kesah nak tulis jugak.jumpa lagi nanti!

tak sabar tunggu Hana balik.tak sabar nak mula program.disember,moga jodoh kita panjang.

Wednesday, November 10, 2010

finally hoyeah.

should we say it,should we?

yeah jom jerit kuat-kuat!

MERDEKA YEAY!

exam habis,buku tutup,drama maggi koop berakhir.

operasi berjoli mula.

later story,sedang teruja dengan perasaan.

walaupun tak tau lagi apa result oh sedey.

click-click jom!

Monday, November 8, 2010

told you now.

because I love you so much,
I'm sorry if I didn't give the things that you want,
because I love you so much,
I'm sorry if I made you so confused
for what is so called a real happiness,
because I love you so much,
I'm unable to define a real dividing line,
antara bahagia dan sengsara,
because I love you so much,
everyday I try so hard to make you smile,
smile like everyone surrounding you,
to imagine to have what they have,
to feel like the way they feel,
to feel the secure atmosphere like they do,
to push away the bad side of our story,
to have the sense of care from others,
the family,
because I love you so much self,
I'm sorry if I failed to make you smile in the past days.
I'm sorry dear self.

I dont have the guts,
if I'm unable to defend you in the hereafter world,
the place where people will blame each other.
will you put the blame on me?

"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." (36:65)

Wednesday, November 3, 2010

so do you do.

nareul tteonagajima neoreul bonael su eobseo
eotgallyeotdeon unmyeonge neoui soneul nochigo
maeil apeugo apeuge ni ireum bulleobwa

kalau hebat,cuba translate.
jangan risau,bukan international law dah.
haha.