Friday, February 4, 2011

ahjumma tak sempat jumpa.

sekarang saya rasa takut.takut bolehla diklasifasikan di tingkat 4.

menikah itu bukan cerita budak-budak.bukan macam main lat-tali-lat.bukan macam kita main kawin-kawin waktu umur 6 tahun dulu.semalam waktu membelek-belek kalendar,mengingat usia yang semakin tua,saya bertanya bonda;

'mak tak penat ke menanggung anak-anak semua?'

'tanggungjawab,kena tunaikan'

'boleh kata lebih dari separuh usia mak kan tanggung kitorang'

'kita ni dilahirkan semua dengan tanggungjawab'


ya,kiralah,menikah kalau usia mak lingkungan 27 tahun.sekarang mak sudah 56 tahun.sudah hampir 30 tahun mak bertungkus-lumus memastikan kesejahteraan & tumbesaran kita semua berjalan lancar.yeah,sebab tu jangan main-main.baby pun ada tanggungjawab.untuk makan,minum,membesar.supaya kelak dia boleh menebarkan ayat-ayat agung Tuhan.

main point saya bukan yang ini.sebenarnya saya sedang takut.menikah satu hal.jadi ibu pun satu hal.kakak sedang bertarung nyawa di hospital.kandungan luar rahim.jadi tiada pilihan,terpaksa 'mencuci' kandungan.sudah 3 kali kakak dibedah.semua kerana tanggungjawabnya sebagai wanita & ibu & isteri.sebab itu Nabi kata perempuan mudah masuk syurga & mudah juga masuk neraka.menahan sakit darah tinggi di saat mengandung bukan suatu perkara ringan.sakit.dari semalam sudah kelihatan riak sakit di wajahnya tapi dia menahan tanpa mengadu sedikit pun.

sepanjang perkahwinan kakak & abang,saya tahu dia wanita cekal.jarang sekali melihat dia menangis.tatkala kita menelefon dia ketika dia di hospital pun,dia masih sempat buat lawak.

& kini saya takut.mampukah kita jadi sekuat ibu-ibu di hadapan kita?tegar memegang tanggungjawab ibu,bertarung nyawa,keluar masuk hospital.ah,membayangkan bersalin normal pun tak sanggup.

jagalah badan kita baik-baik.badan pun amanah.makannya perlu dijaga,kesihatannya juga.okay tak boleh hentam kromo sumbat segala dalam mulut lepas ni arasso.badan ini bukan hak kita.kita punya amanah menjaganya supaya kelak ia melahirkan sesuatu buat umat.perut,tolong sihat.




mungkin sudah takdir Adam kekal panggilannya as Adik.
ahjumma tunggu niece/nephew lain.
hati jom redha.

doakan K.Ina.

Thursday, January 27, 2011

sapu tangan satu.

entry bajet sedih-ini bukan cerita ayam.
sedang emo tengok orang balik rumah.

hela nafas ini panjang.
melepas segala lemah di dada.
kerana kau rasa tak akan berjumpa dia di mana-mana lagi.
kerana dia akan kekal sebagai bayang-bayang.
hanya mengekori derap langkahmu,senyap.
dan dia akan tetap bisu.

dan kau akan terus melangkah.
sambil dia mengiringimu.
waktu terang dia ada.
waktu gelap pun dia ada.
masih dalam kebisuannya.
sekurang-kurangnya,
dia masih bergelar bayang-bayang.
dan kau takkan tersadung dek bayang-bayang.



Tuesday, January 25, 2011

hello heart,are you healthy enough?

i've been reminded by mum on the last semester break;

"selalu sangat lebihkan orang,tak fikir pasal diri sendiri"

saya menangis sendiri di dalam kereta,
berharap semoga mak tak perasan.
saya bukan anak yang baik-gagal berfikir tentang keutamaan keluarga.
bukan juga sahabat yang baik,seringkali melukakan.
kerana apa yang saya fikir baik untuk mereka,
adalah sebenarnya melukakan mereka.

it just happened when i was a litle bit late went back home after helping my friends to do something-better-not-to-tell-top-secret.im not putting a blame to anyone here.mum worried bout her only daughter to drive alone at night plus there was a heavy rain that night.situation sometimes challenge we to go through hard times aite? (ok now you put the blame on situation)

that night also remind me about the incident few years back which caused me to face my condition now for the whole life.what i thought which was not thought by others.what i consider as good for everyone is actually not.what i consider as 'sacrifice my life for good' is actually 'sacrifice my life for harm & pain'.

does it show that I'm not mature enough when it comes to make a decision?
to choose the right path & to have a strong fight moment to face life?

why does it always turn out to be like that?

when you decide to do something,you actually didn't do anything good for yourself.
when you thought its okay to feel pain for the time being & let others keep their rainbow day
yet you still cry.

when you're sitting alone,
you dont know why there's cloud in your eyes.
am I punishing myself?
or my inner self claim for retribution for what I've done.

this is just a personal entry.
for me to keep reminding myself.
not to torture your inner self anymore.
lets colour your day.
muchos thanks to si kawan baik.
untuk segala saksi kejadian.

i'm only a servant who serves my Lord.
and a duty as a servant ain't easy as you spell the words.

dah tua-tua pun jadi kerisauan mak lagi kan.
anak memang comel :p



Tuesday, January 18, 2011

i'm sitting in front of you yet you don't know me well.

mom would always be a person you admired most.
through thick & thin.

a famous quote says that;

"seorang ibu itu bisa merasakan perasaan kurang enak bila anaknya sedang berduka hati"

and there you go.

'banjir' macam adik 6 tahun masuk sekolah semata-mata kerana rindu.

mungkin ini hikmah Tuhan mentakdirkan bunda hanya punya seorang puteri.
kerana kalau punya 10 yang sebegini,pening bunda melayan.



operasi sabit rumput seminggu sebelum pulang sekolah.

sekian melaporkan,
kembali matang.

she is waiting for you at the end of the road.

have you come across a situation when you feel sad without a reason.
macam hujan menimpa tanpa mendung,hujan lebat mencurah.
and that time you feel like to confess to a friend besides you.
you feel like to be a story teller for the whole day.
from a sunny day till its rain,day to night.
but the voice stuck in your throat.

you think and rethink and rethink for many times.
in the end,you keep all that things along with you and only you.
sealed it tightly.
and never let it discloses to anyone.

you just love to keep it yourself.
at the same time,
you afraid that you don't trust yourself anymore.



& now you miss your transparent smile.

Tuesday, January 11, 2011

when a daughter hugs you tightly,it means something.

kita menyusur jalan yang panjang,

setelah lama kita berjalan,

kita tiba-tiba takut melangkah walau jalannya terang,

bukan kegelapan yang kita bimbangkan,

bukan duri dan onak yang kita risaukan,

bukan berdiri sendiri yang kita gusarkan.

kerana suatu perjalanan itu sememangnya menuntut peluh dan keringat,

sakit dan penat.

kecewa dan bahagia.

lalu apa?kerana rapuhnya kita.

kita takut berdepan penghujungnya.

apakah perjalanan ini nanti akan menurun atau menaikkan mampu.

apakah perjalanan ini akan mengekalkan kita selamanya di takuk ini.

apakah perjalanan ini punya arah tuju yang jelas.

apakah perjalanan ini benar-benar mengejar suatu perhentian yang abadi.

apakah perjalanan ini akan tiba pada destinasinya atau tersasar dari arahnya.

“redha Allah tidak terletak
pada sulit atau mudahnya,
berat atau ringannya,
bahagia atau deritanya
senyum atau lukanya,
tawa atau tangisnya.

Redha Allah terletak pada
apakah kita mentaatiNya
dalam menghadapi semua itu..
apakah kita berjalan dengan menjaga perintah dan laranganNya..
dalam semua keadaan dan ikhtiar yang kita lakukan”
(salim a. fillah,2010)

sumber:

http://salim-a-fillah.blog.friendster.com/2009/03/sulit-mudah-ridhanya/



mode:setelah meng'Google' masa depan.
"kerana sesungguhnya hati itu gelisah kepada yang haram
dan tenang kepada yang halal"


Sunday, January 9, 2011

fat girl dances while her heart singing.

its a great weekend,to have the person you love most by your side.its a great meet,to see her innocent face yet you dont have the chance to bully her (pasang bodyguard noh,melepas cheq!) its a great ukhwah I must say,to see them all together happily along the road.

all in all,Kedah is awesome,with its people & beautiful bendang!








boleh tak nak buat rumah kat gua tu?





adik-adik bersuka-ria (tiba-tiba rasa tua)


shining sket bajet glamour.



hai alien,kau sihat?

malas upload kat FB sebab blog tak glamour jadi bajet tak ada orang usha.

thanks Nana & IMY you more now.
makin jumpa,makin rindu pulak.
angin gedik pasang surut oh biasalah alien.