Wednesday, March 30, 2011
I love them.they fill ME in the blank.
this post is specially dedicated to my bestfriend.I would like to express my feeling here (saspen) our respected class representative always ask us,why do we love group F? kenapa saya suka rumah saya? (tone budak lelaki iklan Petronas) sebab rumah saya bessstttttt. today,for the first time ever,I have the full spirit of confidence in my pocket to present our topic on semiotic and conflict of pluralist legal system.big thanks to Miss Cookie for such a clearrrr explanation on introduction of post-modernism.nice job babe,we love you!and of course many thanks and muchos love to my beloved group mates; Atul & Mazidah for 'dying' with me together on our preparation stage.and to my lovely bolat,Mira for being my ad-hoc actress.rocknya anak didikan kami ni.kami like!*kupil telinga hampa tak digest tarbiyah kami haha* we always quote in class; "Learning together,achieving together" yes we did,alhamdulillah.all praises to Him for giving us understanding to do our research & case study and to identify the conflict and problem in the system (todia ayat macam kau dah buat research untuk Master hey koya-koya pelepap). and to my dear classmates,especially the barisan hadapan people (Cookie,Yuyu,Qatrin,Intan,Ani & semua laaa!) for keep supporting us to explain & give your superb attention to our presentation.untuk setiap adegan angguk-angguk faham & strictly asked for example if you dont understand make me melt & terharu dengan tumpuan yang sebegitu. saya suka sangat class saya.mereka superb! walaupun sebelum present,perut rasa kosong.kepala rasa pening.loya.simptom gastrik?omo omo habisla pecah rekod satu-satunya anak Mak tak ada gastrik.despite all the limitating symptoms that I faced,I felt greatly relieve when I saw their supportive face & gestures. love you guys,truely,madly,deeply! macam emotional & feminin kan post?biasalah orang ayu fewit. okaylah,banyak kerja sekolah nak kena submit minggu depan.exam lagi 3 minggu,mula kira berapa kilo berat nak turun.doakan kami tak sakit gastrik.weekend ni pun sibuk dengan program siapkan sekolah-literal translation.tak sabaq kami nak habiskan sekolah kami cepat-cepat. jumpa lagi kalau kami rajin update!belajaq ghajin-ghajin no.
Friday, March 25, 2011
my dekat di jarak,jauh di mata buddy.
she's sooooo pretty I tell you.with her shining face and ayu-ish look,setiap yang terpandang akan terpikat.I really want to practice my kepoh habit with her but due to certain reason,I was unable to do that.because I feel like she is soo matured enough and there was a gap between us in term of characteristic.plus at that time,I've spent most of my time with Husna.hey,we got the same class-heaven sungguh ada geng sekolah.
after we have been transferred to the new hostel (ala-ala macam urbanisasi,dari dorm tradisional pindah bilik bandar),I rarely saw her.boleh kata seminggu,berapa kali je.kat dewan makan,kat surau & kat kuliah mingguan kat masjid.boleh kata,I admire her and her best friend,Abi because they're kind of sahabat sejati sampai syurga.whenever I saw her,Abi would be there too (memang bukti admire sengguh kan?)hihi.
till the day that I decided to terminate my study in KMK,since then I've never heard of her.
and I move to my new school.
orang kata dah memang jodoh panjang.hey,I found her back.she's currently having her master study in so called professional english apa dia nama penuh kos pun cheq tak tau.so habisla post ni memang broken english gilak.harap-harap dia tak baca =.=
confession: I do love befriend her.(click click camera paparazi)
ok lah.kena insaf diri.berbalik kepada tujuan asal masuk universiti untuk menuntut ilmu bukan berblogging.mai la kita insaf sama-sama (hiperbola betui la hang ni)
tembak postmodernism haiiiip!
ps: i miss mom.i miss home.i miss my empuk bed.mom do you miss me too?
Monday, March 21, 2011
thats why I give you extra 5 marks (apo apo?)
Omma ajar gelak sopan.
'I cant smile without you'
kadang-kadang
kita sangat suka ada orang dengar kita ber'mumble' tanpa henti.
kadang-kadang ceritanya tak best pun.
kadang-kadang cerita pasal beli keropok pun macam nak kecoh.
macam la dapat ayam panggang setalam jatuh dari langit.
dan kadang-kadang kita macam tak faham.
adakah kita telah melangkau usia tua.
bila perangai dah jadi macam umur 10 tahun dulu?
kan orang selalu cakap,orang veteran akan bertabiat seperti kanak-kanak.
whoa!kau tua!kau tua!
dan sangat tak best.
bila kita hanya mampu ber'mumble' dengan seorang kawan saja.
(mampu ya bukan mahu)
sangat diskriminasi.
apo nak buat jang.
sangat tak best.
sangat tak best bila hobi tak dapat dipraktik lagi.
*lari keliling padang sambil tutup muka akibat kecewa*
nak tadah telinga?
konfem nanti kau menguap.
(post macam nak buat invitation to treat)
Friday, March 18, 2011
of ibu ayam bertelur riuh sekampung.
despite having soooo many works to be finished up,
(IP,Iraq crisis,postmodernism,duty of director-kira lagi kamoonnn)
i'm officially announce my journey to teluk intan this evening,
insyaAllah.
merisik khabar.
dunia baru.
yep me.
gigih kan?
hey koyanya kepoh satu negeri.
tajuk pun dah ibu ayam.
ibu ayam produce telur ayam.
dan telur ayam sangat femes waktu kenduri.
haa,mesti saspen kan?
wehehe.suka suka!
okay,nantikan khabar gembira.
doakan!
reminder:
jangan berharap pada sesuatu yang belum pasti.
jangan marah kalau apa yang disangka tak sama dengan dunia realitinya.
haha-gelak sopan.
yeah saya tahu post ini merapu banyak.jangan lempang.
saya tak tahan sakit (tibe2)
Labels:study
dunia oh dunia,
friends,
jalan-jalan
Monday, March 14, 2011
well said,prove it.
kami dipukul dari sisi kiri,kanan,depan dan belakang.
untuk sesuatu sebab yang bukan kami sengajakan.
bukan kami pinta.
untuk sesuatu urusan yang kami sedayanya mahu melakukan yang terbaik.
tetap saja kami dipukul kiri & kanan.
kerana kami juga manusia.
maka kami terkesan.
walaupun hati banyak kali berbisik sabar.
bertahan dan bersangka baiklah,
tetap saja kami terkesan,
bersedih dan berduka.
bukan kami pinta.bukan kami sengajakan.
maafkan kami Tuhan.
kerana kami tersadung lagi dalam tarbiyahMu.
gagahkan kami untuk bangkit.
ini aku rasakan ujian menguji ikhlas.
ikhlas kami sebagai hambaMu.
ikhlas kami mengerjakan urusan kehidupan kami.
ikhlas kami dalam melafazkan kata 'SABAR'.
ikhlas kami dalam bersaudara.
kerana lidah akan diuji dengan setiap yang dia perkatakan.
kerana syurga itu mahal harganya,
bayarlah ia dengan tiap titisan peluh,keringat dan air matamu.
bertahan bertahan dan bertahanlah.
walau apapun kata mereka.
Friday, March 11, 2011
ribena pulang ke kilang.
dalam masa lebih kurang 7 jam lagi,sebuah bas akan meluncur laju vroom vroom meninggalkan bumi shah alam dan segala kenangan tersadung terbabas test malam ini.setelah sekian lama,ini boleh dikata kali pertama atau kedua kepala terasa berdenyut-denyut (nyut-nyut) waktu jawab test.muka macam asam keping rindu bantal.omo kenapa malam ni?
dan teruslah dia menulis tanpa perasaan.boleh kata rentung jugak la jawapan tadi kot.kesian.
Intan cakap,tawakkal lah.tawakkal tu satu keajaiban dunia.lidah dah cakap kita tawakkal,tapi hati?ajaib kan kalau kita rasa macam frust sangat kalau tak dapat jawab dengan baik,tapi kita masih boleh cool & maintain macho macam biasa.sebab kita yakin kita dah usaha dan kita yakin Allah ada bersama kita.
seronoknya kalau boleh rasa ajaib macam makan ABC!
oyeah,tak mahu membebel panjang.nanti merapu lagi banyak.al-maklumla orang kecik memang mulut banyak.doakan vroom vroom kita esok selamat tiba ke destinasi.oyeah oyeah syoknya!
jangan jeles.
Monday, March 7, 2011
when everyone still fighting with books,I become a junior ninja.
ini gambar bagi hint-hah,teka la.
(tak habis-habis over)
dengan title pun nak over.
mulai esok,lusa sampai la sebulan dua lepas ni,
atau lebih spesifiknya,
semua kembali seperti asal,
jangan tegur kenapa,
"kenapa awak dah macam udang bakar?"
tak kisah la udang ke,ayam ke,ikan ke,
hatta doremon pun,
asalkan ada BAKAR,
harap jangan sebut.
untuk sementara,
BAKAR di list out dari senarai daftar perkataan bahasa.
kalau yang expert english tu,
BURN pun tak boleh jugak.
hey over ya.
minta maaflah ye,tiba-tiba emo.
kan dah letak disclaimer kat tepi.
95% entries sini semua emo belaka.
terserempak adik baik tengah jalan mencari air.
tiba-tiba dia bagi makanan.
dengan lahapnya berserta bismillah,maka menelan.
sekarang rasa macam "eh ada dawai kokot masuk sekali ke?"
ohayyo kau memang haru.
Labels:study
campus life,
friends,
jalan-jalan,
sorang tak best,
usrah
Subscribe to:
Posts (Atom)


