Tuesday, June 28, 2011
this is not good *screaming at the top of my lung*
Sunday, June 26, 2011
Dear God,this heart belong to You and to them,sisters.
Kalau bukan sebab buta jalan area Puchong ni, comfirm dah tidur dengan jayanya dalam bas tadi. Tapi disebabkan sorang-sorang tak berkawan dalam bas tu & takut terlepas stesen bas Kompleks ni, maka tahanlah ngantuk sambil tengok budak kecik depan mata. Main kenyit-kenyit mata sikit lepas tu mata pun still nak sepet jugak. Parah haih. Alhamdulillah sampai jugak di hostel yang serba bahagia ni.
Oh, kira settle la bab mukadimahnya. Hehe. As usual, merujuk pada previous entry, saya sangatlah berbesar hati nak berkongsi kebahagiaan & kegembiraan saya dalam dakapan usrah ini. Bahagia hokay. Amat. Sila cemburu ewah.
Bagi saya, akhawat dengan kawan sekelas, seuniversiti atau setaman perumahan itu banyak bezanya. Er minta maaf. Agak diskriminasi ya. Yelah, pengalaman bertahun-tahun ni cukup mematangkan cinta saya pada mereka. Melihat akhawat kesayangan kita baru mula nak senyum,kita dah terasa macam ada bunga-bunga sakura gugur dari langit. Boleh imagine tak kebahagiaan tu? Muahaha minah bunga pulak dah. Itu baru mula nak senyum, kalau mereka dah senyum, dah mula berbicara, hah, terasa macam bermandi bunga sakura terus. Wah. Indah bukan?

bestnya kalau dapat jalan bawah pohon sakura waaaaa.
Kalau bercerita bab rindu, biarlah susah nak pergi tempat mereka pun. Tak tau jalan sekalipun. Cubalah sedaya dengan kudrat & ruang yang Dia pinjamkan. Nak jugak sampai menatap muka mereka depan mata. Nak jugak dengar suara mereka. Nak jugak berpeluk cium bagai dengan mereka. Tak kira tak kira. Baik matahari baru nak keluar,dah terpacak tegak atas kepala atau waktu matahari dah mengundur diri. Kalau diizinkan Dia, insyaAllah kuat je terasa kaki nak pergi. Biar pun waktu hujung minggu, ramai anak muda memilih untuk berada di mall-mall besar, sibuk membeli barang-barang terbaru di pasaran, mereka memilih untuk berada bersama sisters. Menokok ilmu di dada. Memantapkan level iman. Menjulang hebat nama Islam. Menarik kuat-kuat ikatan ukhwah sesama. Hebat kan kecintaannya? Orang berchenta kata mabuk chenta. Tapi jom kita pakai term yang lebih mulia lagi. Khusyuk berchenta ewah.
Saya sebenarnya bukanlah orang yang layak nak bercerita tentang hebatnya kuasa khusyuk chenta ni. Banyak lagi pengalaman sisters di luar sana yang lebih upgrade daripada saya. Yang tahap dewa kekuatan chenta mereka. Saya mungkin baru di level negative satu alahai. Tapi saya melihat kekuatannya dan sedikit sebanyak, tempias kehebatan chenta mereka terkena di hati saya.
Dari sumber mana mereka mendapat kekuatan chenta sebegini rupa?
Pastinya daripada Dia. Tempat bergantung segala sesuatu. Hebatnya Dia yang mengikat hati :)
Orang berchenta, kalau rindu pada sang kekasih, tak ada tempat nak mengadu selain pada sang kekasih itu. Tak kan nak mengadu pada mak bapak pulak. Laju je nanti mak bapak hangkut pergi pejabat tok kadi. Erk? Nak mengadu pada Dia? Sila bermuka hijau dulu. Malu beb malu. Apakes kau rindu ajnabi?
Tapi kalau kita rindu sisters? Bila-bila masa kita boleh text mereka dengan mesej-mesej seperti IMY, ILY, uhibbuki jiddan jiddan, aishiteru, woo-ai-nee dan sebagainya. Pastinya hati mereka berbunga-bunga menerima kiriman rindu kita tu kan. Haha. Hati saya berbunga tiap kali Muna text “tc anis sayang”. Hatta nak mengadu pada Dia kita rindukan sisters pun tarak hal. Tak malu. Dia kan Maha Mendengar. Untung-untung, hijab terbuka, tupp Dia hantar sisters tu depan mata kita. Pada Dia lah kita nak bercerita segala hal pun kan. Terasa sangat kebergantungan hidup pada Dia.
Terasa sangat Dia yang mendekatkan ukhwah kita. Terasa sangat Dia yang membuka jalan untuk kita jadi someone better than before. Bila tengok sisters konsisten dengan solat rawatibnya, dengan witir & dhuhanya, dengan talaqinya, dengan puasa sunatnya, dengan sujud syukurnya sehari entah berapa kali. Itu baru bab ibadah personal. Belum masuk bab sisters yang bergerak dalam dakwahnya. Belum tengok lagi kuatnya mereka bergerak sana sini demi mencari hati-hati untuk diisi. Nak mencari jiwa-jiwa yang suram untuk diterangi. Ke mana pun letaknya cahaya malap tu, insyaAllah mereka akan datang, untuk sama-sama menggilapkan semula cahaya tu. Kalau dah terang, nak tambah terang lagi cahayanya. Tak kisahlah duit kopak pun, tarak hal. Semangat bukan?
Sebab itu, ada words yang cakap “Islam is a verb”
Oyeah. Sebab Islam itu perlu sentiasa bergerak. Perlu sentiasa bekerja. Siapa yang menggerakkan Islam? Kita lah. Pengisinya. Dan Muna cakap sebab apa Islam bukan noun. Sebab Islam itu wujud bukan hanya pada nama. Bukan sebab nama saya Ahmad Islam. Bukan sebab dekat IC saya tulis “ISLAM”. Tapi Islam itu perlu untuk kita isi. Bukan Islam yang perlukan kita pun. Tak ada kita pun, ada Dia yang menjaga. Instead kita yang sebenarnya perlukan Islam tu. Tanpa Islam, kita mati. Tak percaya? Cuba hidup sehari tanpa iman. Tak ke celaru. Nak buat mende pun tak tau apa purpose. Hidup jadi tak tentu hala. Buat kerja untuk please orang je maybe. Bila tension, entah ke mana nak berpaut pun tak tau. Semua orang buat tak kesah. Tapi dengan Islam, segala hape yang kita buat, terasa sangat nak buat dengan sungguh-sungguh. Sebab kita sangat yakin, Dia sedang menilai kita all the time. Kalau tengah lonely pun tak terasa. Sebab kita ada iman. Dengan iman, kita percaya Dia selalu dekat dengan kita. Lebih dekat dari urat leher sendiri. Dia akan selalu ada dengan kita. Sweet.
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya..” (50:16)
Dan sebab itu saya terasa ukhwah dengan sisters membantu saya benar-benar menjadikan Islam itu a verb.
Mereka selalu konsisten dengan dakwah. Kalau terjelepuk sekali pun,akan ada tangan yang menggapai mereka kembali. Untuk balik kan kita ke tempat yang baik. Remind each other (51:55). Sebab sisters semuanya nak masuk syurga secara jamaie. Kekuatan ukhwah mereka, kecintaan mereka bukan dasarnya keduniaan, bukan dasarnya untuk nampak baik di mata sisters lain. Tapi kuatnya kecintaan mereka, kuatnya kasih sayang mereka sebab mereka letak cinta mereka pada Dia melebihi segala-galanya. Mereka sentiasa meletakkan Dia di depan. Sebab itu kalaupun mad’u mereka buat hal, mereka tak terus frust atau give up. Mereka selalu ingat Dia tak suka kita berputus asa dengan rahmat Dia. Mereka yakin Dia yang memegang hati kita. Maka, mereka akan terus usaha,usaha,usaha dan doa moga Dia mempermudahkan segalanya. Mereka hidup bukan untuk manusia, mereka hidup untuk Dia.
Sebab itu saya nampak mereka selalu kuat. Jarang sekali tengok sisters lemah semangat, putus asa dengan Dia. Jarang. Walaupun mungkin ada.
Ini contoh ikhwah yang selalu saya stalk;
"Rehat seorang dai'e hanya di syurga."
Eh, bau apa tu..? Macam bau hangit rentung terbakar. Hihihi..
Mana ada masa nak rehat cik abang, cik kak. Kalau ada masa untuk berehat, tu namanya futur. Tidak bekerja. Mengapa? Kerana umat sedang sakit. Tenat. Kalau bukan kita yang hendak merawatnya, takkanlah zirafah dan panda pula..?
Biarlah saya penat di dunia sekiranya dengan penatnya saya itu Allah redha.
Biarlah saya penat di dunia seandainya penat saya itu akan membawa saya ke syurga.
Dan biarlah saya penat di dunia asalkan ia bisa menyelamatkan saya daripada apa neraka.
[gabbana]
Cool lah!Islam is a verb kan? Perlu kerja kan? Hebat tak hebat. Segala puji untuk Dia yang menciptakan, yang memberi kekuatan.
Dan saya sempat mengadu hiba dengan Muna. Kecewa hati dengan diri melihat hadek-hadek lain yang lebih junior dah melangkah lebih jauh dengan dakwah mereka. Mereka seperti naik bullet train fesyiungggg dan saya sepertinya masih mendayung sampan yang bocor. Sudahlah sampan, bocor pulak lagi.waduh-waduh! Terkiyal-kiyal. Muna tak biar saya terus give up. Muna cakap Allah akan bagi jalan kita at a point which we are ready to have that. Indeed. Mungkin saya belum cukup gagah,maka Dia tak mahu bagi terus zaappp macam tu jalan yang nampak mudah. Mungkin Dia nak tengok saya menapak satu-satu supaya nanti saya boleh lari laju macam Derek Redmond. boleh habiskan jalan dakwah ini sampai nafas terhenti. tak akan give up walaupun injured. Mudah-mudahan amen insyaAllah. The point is, selalulah bersangka baik dengan Dia. Dia akan bagi perkara terbaik pada masa yang terbaik. insyaAllah. So tak boleh putus asa, kena giatkan usaha lagi untuk jadi better, better and better, not to forget pray to Him, moga kita dipilih Dia untuk jadi kader dakwah Dia. Ibnu Qayyim pun pernah pesan, jangan pernah penat untuk meminta dari Dia. Kalaupun kita dah depan pintu sorga Dia, pintunya tak buka-buka. Sense of rejected kata Muna. still jangan berpatah balik. Teruslah berdoa untuk masuk ke sorga Dia sampailah pintu sorga Dia terbuka untuk kita. Allahu Akbar.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (2: 186).
Banyak sungguh semangat baru diserap & ilmu Dia yang saya belajar in 24 hours. All praises back to Him Alhamdulillah. Sebab itu usrah itu sangat perlu. Lebih ruji daripada nasi dalam hidup kita. Usrah itu sangat sweet & ia akan menambahkan kelajuan adrenaline dakwah kita. Kita akan kaku & statik kalau sorang-sorang. Sorang tak best, believe me. Ehe.
Cukuplah entah berapa kajang dah membebel ni. Minta maaf, tiba-tiba over eksaited nak menulis. Dengan tatabahasanya ke lombong, bahasa campur rojak mamak tak hengat. My bad, my bad.
Semoga semua yang baik-baik selalu dekat dengan kita. Semoga yang tak baik cepat-cepat blah.
Allah Maha Baik, terima kasih.
p/s: Muna boleh bukak restoran spagheti.serious sedap tak pernah rasa sedap macam tu sampai licin bekal Muna bagi tadi.okay dah rindu balik (tarik selimut)
Saturday, June 18, 2011
untuk mereka yang selalu dekat,di sini :)
berhenti jadi ais cair!
Thursday, June 2, 2011
ku teruskan (wah!)
Thursday, May 26, 2011
separuh gelas niscafah sudah ku tuang jauh ke dalam tanah.
wah apa kau ingat belog ni ala-ala Gua Hira' dah bersawang segala baru seminggu je pun tak hapdate.huahua tak lawak.
sila percaya saya kini sedang bergembira men'sia-sia' masa muda di Kampung Permatang Tok Bidan.kerja part time jadi bidan katanya.penat sungguh bergelut mmberi dorongan psikologi kepada ibu-ibu yang melahirkan oh.
(okay tidak benar).
lokasi seperti disebutkan di atas adalah benar.cuma aktivitinya terlebih imaginasi dek kerana nama kampung yang gah teruja didengar.keberadaan saya di sini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menghabiskan elektrik rumah tok Syairah dengan menghapdate belog ini-ya sungguh kurang sivik di situ.Tok,halal kan noh?hihi.
bukan bukan.ini kerja waktu lapang cuma.wah banyaknya kau membebel sila serious.ya patik di sini adalah untuk menjunjung titah tuanku puteri syairah tengku hassim untuk meraikan keberangkatannya menziarahi Tanah Suci Mekah waaaa (jatuh rahang).err bukan titah syairah sebenarnya.memang kaki kau yang gatal nak melangkah kan wawa!
"rajin sungguh ni berjalan",kata Mak Cik Ros merangkap mak Syairah.
dan saya hanya mampu tersenyum simpul ala-ala kambing baru lepas dimandikan.apakah?
mungkin perlu menelan hakikat itu walaupun pahit acewah tibe-tibe.sebenarnya saya memang suka berjalan kalau destinasinya membawa saya ke tempat mereka yang saya cintai.sama ada dia itu sisters kesayangan atau si kawan baik suka duka sepanjang jalan.makanya walau terpaksa meredah salji dan ribut pasir,akan ku gagahkan kaki menempuhnya wawawa tak wujud dua-dua situasi itu di sini ya PANG.
kali ini,berlagak gaya turun ke belah utara pula.KTM tu dah jadi kawan baik no 5 nak ke mana ke mari.sampai-sampai Butterworth tidaklah terlalu jakun kerana kebetulan pernah mengotaikan diri sebelum ini naik KTM di sini di waktu muda dulu.kata kaki jalan kan wawa.boleh ajak diskas geografi dengan cheq mai mai.sementelah menunggu si kakak cantik meng'pick up',berlagak macho dengan membelek buku yang baru dibeli semalam wah.tiba-tiba datang seorang pak cik berbaju biru menyapa;
"molek sungguh adik molek,jadi menantu pok cik mau ka?"
GEE-LA.parah parah.
wahaha itu cuma khayalan imaginasi orang bujang berumur 23.
pak cik itu sebenarnya berniat baik.firasat saya.menegur & bertanya
"sedang menunggu orang kah?"
"ya pak cik",kata saya datar.
"masuklah dalam dulu (stesen KTM),minum dulu"
"eh takpelah pak cik.kejap je ni" (walaupun tekak memang dah menggila kata haus,haus)
selang 5 minit.
"nah ambik air".
pak cik itu kembali menghulur segelas nescafe ais yang sungguh menggoda aromanya.waaaaa cair tekak.
jujur saya katakan,saya memang teragak-agak untuk mengambilnya.memegang fakta 'kau seorang perempuan & kau sekarang seorang beb',saya jadi tambah lebih kaget (wah!).tetapi melihat air muka pak cik tersebut membuat saya jadi tak sampai hati menghampakan niat murninya itu (insyaAllah).saya ambil,saya minum sampai setengah gelas sambil membaca bismillah banyak kali-moga-moga kalau ada sihir atau racun,boleh segera dineutralkan dengan kuasa yang Maha Kuasa yang tak akan pernah membiarkan kita dizalimi kan?
habis setengah gelas saya teguk,saya pun chow dari stesen tu,mundar-mandir pula di luar stesen.takut kalau terjumpa lagi pok cik tadi,terkantoi pula tak minum air dibelanja sehingga menjilat gelas.kecil hati pok cik tu nanti.sampai di luar,saya tonggang air yang berbaki pada rumput.rezeki kau lah rumput air mahal ni wawa.dalam hati bercampur-baur antara nak menghargai jasa baik pak cik yang melegakan kegilaan tekak & takut dan gabra ada racun ka dalam ini air waaaaa sila ketaq lutut.tajuk post di atas macam best kan haha syok sendiri.
tapi hingga sekarang alhamdulillah nothing happen.adakah banyak gelora bersangka-sangka di dalam diri saya.kesian pok cik.saya melarikan diri setelah mengucap terima kasih.I'm sorry pok cik,saya bukan calon menantu yang baik untuk pok cik (tetibe).tak dapek saya nak beramah mesra dalam keadaan saya takut melihat air nescafe pok cik itu.tapi saya rasa pok cik boleh maafkan saya kan kerana saya perempuan,pok cik lelaki & air nescafe pok cik itu.saya doakan moga jasa pok cik hanya Allah saja yang mampu membalasnya.kudos to pok cik :)
sekarang sedang mengepack bagasi tengku syairah.patik pacal yang mulia ini harusla memberi sokongan moral tak berbelah bahagi kepadanya supaya dia tidak ketiduran sambil melipat baju.dalam hati terasa macam nak tolong pack bagasi encik suami pulak wah over sungguh pelempang NAH!sila kembali ke alam nyata-baiklah.
okaylah.doakan semoga kawan cinta hati saya ini bertemu cinta teragungnya di sana.juga sekudus doa cinta rindu untuk arissa myana yang bakal menyusul hujung minggu ini.sempatkah saya menatap wajahmu juga?wah bunga.
terima kasih Tok belanja letrik ni.
terima kasih Mak Ngah tolong ambil di stesen keretapi.
terima kasih Mak Cik Ros belanja char kuey teow.
terima kasih Pak Ngah jemput solat berjemaah ramai-ramai.
& terima kasih Mamat golek-golek dengan kami tadi (wah sila melopong sekarang)
Mamat tu kucing Pak Ngah la.cool kan nama.haha.semua insan di atas tak mungkin akan melihat belog bughok ini.moga Allah sayang kita semua & banyak-banyak arigato for treating me like I'm a part of this family wa-a-au!
senyum sampai telinga ^____________________________^
Tuesday, May 10, 2011
hai rumah nombor 164.
boleh tak nak berhenti jawab sekarang =.=
todia.final kali ini memang merentap semuanya.bukan saja hati,usus pun terganggu proses kelancaran hidupnya.orang bercinta kata tidur tak lena mandi tak basah makan tak sempat buang balik.erk?
abaikan.
bila menghadap exam yang punya jangka hayat sampai tiga minggu memang boleh menarik suku kewarasan.sampai di satu tahap semalam,terasa sangat-sangat dah tak mampu nak mengakses berapa banyak yang dah diserap otak.waktu itu dalam perjalanan ke duratul miyah wah siapa belajar arab sila senyap.haha.sambil-sambil jalan sambil-sambil fikir.orang kata einstein yang bijak tahap petala lapan tu pun baru guna berapa percent je daripada otak dia.kita yang tak berapa nak bijak tahap petala negatif 10 ni agak-agak berapa gram otak je la yang dah guna (toreh kepala ceduk otak pergi timbang-maveles!).haisy,sangat tak berkeyakinan pada diri ya.rejam lemak sekarang!
tak apa tak apa.pulang dari duratul miyah,bersama mama tuntun,terjumpa puan nazurah yang memegang megi perisa kari.
"habis study dah hang,ketaq pala no weh tengah malam makan megi"
perbualan pun berlangsung hingga 5 saat.kemudian,ternampak sesuatu di bilik kawan.
"ko tengok ni,hamster ni tadi aku jumpa kat atas.kucing dah gigit dia.nasib baik dapat selamatkan"
whoah.superwoman betul puan nazurah ni.kemudian terus mengamati badan hamster tersebut.cuba teka apa jadi?
hamster tu senyum kata "hai,nama saya naruto.saya kalah dalam pertempuran"(haha tak lawak =.=)
ok serious.badan hamster tu dah corak-carik weh sampai nampak jantung (eh hamster ada jantung kan?fail fail fail =.= haha tak lawak sangat)
badan dia memang luka teruk.kulit dia memang nampak clean & clear la.merah duhhhh.tapi muka maintain cool.hamster boleh buat mimik muka ke?
oh tak mengapalah.yang penting hamster tu,walaupun kitorang tonggang botol minyak gamat atas luka dia,tak ada pun dia menggeletar tahan sakit ke.macam tu je.statik.bertahan & bertabah.haiwan tu.mantap.
kita ni,manusia ni,banyak akal & lemak sangat,sampai exam 3 minggu pun tak tahan.teruk teruk.parah parah.semalam tak la terfikir sangat pasal ni.cuma tadi waktu berfikir-fikir di dalam 'limosin panjang rapid KL',barulah terfikir hikmahnya Allah mentakdirkan kami untuk belajar daripada kejadian ICU hamster tersebut.
err.agak-agak relevan ke?huahua sedapnya kau syok sendiri.
makanya,tuan punya badan,silalah belajar semangat hamster yang dah cedera tersangat-sangat parah tu,muka maintain cool,tak goyah sikit pun even kena tonggang dengan ubat.
walaupun baru mendapat berita,hamster itu kini telah kembali menemui Penciptanya petang tadi.huwaaaaaaaaa.
tapi dia tetap berjuang kan?menyelamatkan diri daripada kawanan kucing taiko otai kat hostel ni bersama anak-anaknya.Maha Suci Tuhan yang mencipta ;)
okaylah,selamat bercuti 4 bulan semua.jaga diri,jaga amal,jaga semua.jom panjat tangga syurga.


